Bab 15

15.2K 602 2
                                    

Ridzwan masuk ke bilik. Matanya melilau mencari aku. Aku yang terbaring di sofa sudah nyenyak di buai mimpi. Ridzwan mendapatkan aku di sofa. Ridzwan mengeluh. Mungkin gurauanya tadi sedikit melampau. Rambut diraut ke belakang.

Badan aku dicempung dan di letakkan di atas katil. Aku sedikit pun tidak terganggu. Tidur mati.

Ridzwan mengambil bantal di sebelah lagi dan di bawa ke sofa. Badannya menghenyak sofa dengan keluhan kecil. Sebelah tangannya di letakkan di bawah kepala.

"Haih, tak percaya betul aku dah jadi suami dia. Aku sekarang ni dah pikul tanggungjawab yang besar"kata Ridzwan sendiri.

Dia teringat akan cerita yang di beritahu oleh mamanya sewaktu dia di hospital.

Ridzwan terkujur kaku di katil tiada sebarang respone menandakan dia akan sedar. Tiba-tiba jarinya bergerak-gerak. Pantas Puan Haliza memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan.

Sebaik sahaja doktor tiba, mesin yang membantu Ridzwan untuk bernafas itu menjadi laju. Doktor segera memanggil beberapa jururawat yang bertugas.

Waktu itu puan Hasliza ternampak akan Elly yang berdiri di pintu. Segera Puan Haliza mendapatkan Elly. Wajah Elly amat sedih dan risau.

Tiba-tiba mesin itu mengeluarkan bunyi mendatar. Puan Haliza rebah dalam pelukan Elly semua menangis.

Dengan kuasa Tuhan, mesin itu kembali berbunyi dan Ridzwan membuka matanya perlahan-lahan. Puan Haliza segera mendapatkan Ridzwan apabila di beritahu oleh doktor bahawa Ridzwan sudah sedar.

Elly berdiri air matanya dihapus. Dia memandang ke arah Ridzwan. Ridzwan yang baru sahaja sedar memandang Elly. Senyuman dibibir Ridzwan terukir. Air mata gembira ku mengalir ke pipi.

"Ridz, aku minta maaf"kata aku dalam igau.

Ridzwan yang terdengar akan itu terus berpaling ke arah aku. Dia bangun dari pembaringan lalu melabuhkan punggungnya di birai katil di sebelah aku. Kepala ku di usap lembut.

Ridzwan kembali ke sofa. Mata di pejamkan dan akhirnya di buai mimpi.

**********************

Kedengaran azan subuh berkumandang. Ridzwan yang tidur di sofa terjaga sendiri. Dia menyapu mukanya yang masih lagi mamai. Mata di hala ke arah jam dinding.

Dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Seusai itu, dia menyarungkan baju tshirt terlebih dahulu dan bertuala di pinggang sebelum mengejutkan aku. Nanti tidak pasal-pasal aku menjerit pagi-pagi buta.

"Elly, bangun. Dah subuh ni. Cepat"kejut Ridzwan.

Aku menggeliat lalu bangun dari pembaringan. Posisi aku sekarang dalam keadaan duduk. Mata aku masih lagi terpejam rapat.

"Hoi! Bangun lah mandi"kata Ridzwan nada suaranya sedikit kuat cukup membuatkan aku tersentak.

"Ha...ye ye. Kecoh ar dia ni"kata aku terus melompat dari katil menuju ke almari pakaian. Dengan mata yang masih mamai, aku tak perasan pula yang aku hanya mengambil seluar. Kaki aku di hayun terus ke bilik air.

Tidak lama kemudian,  aku memanggil Ridzwan.

"Ya! Ada apa?"tanya Ridzwan yang berbaju tshirt dan berkain pelikat sedang bersandar di sofa.

"Tolong ambilkan baju aku. Aku lupa nak ambil tadi"pinta aku.

"Kau keluar je lah ambil".

"Ala.. please... Cepatlah.. nanti lambat nak solat subuh"rayu aku lagi.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now