Bab 22

13.3K 556 4
                                    

Ridzwan turun dari motornya sambil membuka helmet full-faced nya. Dia menghampiri aku lalu memeluk leher aku. Umbun-umbun ku di kucup. Aku hanya mampu tersenyum. Tidak dapat disangka bahawa Ridzwan sudah memenangi perlumbaan itu.

"Cayalah bro!"kata Zaim bertepuk tangan dengan Ridzwan.

"Coach, macam mana coach tahu yang nombor 13 tadi nak langgar Ridz?"tanya Haziq.

"Elly..Dia yang bagitahu coach"kata Coach.

Yang lain memandang aku tidak percaya. Bukan senang orang nak detect kalau keadaan macam tu. Aku menayangkan sengihan. Ridzwan menggosok kepala aku  dengan senyuman.

Para pelumba kembali ke khemah untuk merehatkan diri sebelum acara membahagian hadiah berlangsung lagi 30 minit.

Ridzwan berbaring di atas kerusi dengan beralaskan peha aku. Aku memandang yang lain ada yang terbungkang di atas sofa, ada yang tidur beralaskan meja, dan ada juga yang bergambar dengan umbrella girl. Siapa lagi kalau bukan si Yazid dan Zaim budak masuk air.

"Amboi!! Sedap nya dia tidur"kata Zaim.

"Woi! Bangun lah!"Zaim mengambil segumpal kain lalu di baling betul-betul ke muka Ridzwan yang nyenyak tidur.

Ridzwan terjaga. Dia bingkas bangun lalu membaling kembali tuala itu kepada Zaim.

"Kau ni kalau tak kacau aku tak boleh ke?"kata Ridzwan mengusutkan rambutnya. Zaim tersengeh.

"Weh! Weh!. Aku dapat berita weh!"kata Mirul tercungap-cungap datang ke Khemah.

"Asal?"tanya Haziq yang berbaring di sofa.

"Aku dapat tahu dari Coach yang nombor 13 tadi tu Hairul. Sekarang dia dekat hospital. Tangan dia patah"cerita Mirul. Semua terkejut mendengar berita itu.

"Nasib baik kau keluar line. Kalau tak si Hairul tu himpit kau dekat selekoh tajam tadi tu memang kritikal dah kau sekarang ni"kata Yazid.

"Oh ya! Elly, macam mana kau tahu si Hairul tu nak himpit aku?"tanya Ridzwan kepada aku yang berada di sebelahnya.

"Mase tu aku fokus dekat motor kau. Aku rase peliklah dengan motor nombor 13 tu. Motor tu macam rapat sangat dengan kau. Aku boleh agak kalau kau tak keluar line mesti motor 13 tu akan rapat dengan kau dekat selekoh tu"terang aku.

Yang lain mengangguk mendengar penerangan aku. Ridzwan memandang aku dengan senyuman ikhlas. Lalu tangannya meraih tangan aku lalu di genggamnya erat.

"Thanks"kata Ridzwan sepatah.

"Woi! Nak bersemut balik rumah lah. Kesian dekat kitorang yang bujang ni tahu tak"kata Zaim

Yang lain membuat muka menyampah dengan Ridzwan yang bersweet-sweet depan mereka.

Acara pembahagian hadiah akan berlangsung sebentar lagi harap maklum - pengacara.

"Jom diorang dah panggil"ajak Haziq.

Mereka bergerak ke pentas pembahagian hadiah. Ridzwan yang masih mengenggam tangan aku menarik aku mengikutnya.

************************************
Piala kemenangan menjadi milik Ridzwan. Ridzwan perlu ke johor selepas hari raya puasa untuk perlumbaan peringkat negeri.

Ridzwan ke bilik persalinan untuk menyalin pakaiannya. Sementara menunggu, aku bermain dengan telefon bimbit ku. Tidak lama kemudian, Ridzwan kembali ke Khemah.

"Jom, kawan-kawan aku ajak lepak dekat cafe dulu"kata Ridzwan.

Aku yang asyik bermain telefon mendongak memandang Ridzwan terpegun. Rambut Ridzwan yang masih lembab terjuntai di dahi kerana belum memakai minyak rambut.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now