Bab 54

10.3K 418 1
                                    

Sudah seminggu berlalu. Tanda-tanda kelibat Najwa masih belum muncul. Abi sudah memasang banyak bodyguard. Terutamanya kepada aku. Erlina dan Mimi juga turun di beri bodyguard kerana secara tidak langsung sudah terlibat dalam kes Ridzwan.

Mimi pula terpaksa tinggal di rumah aku buat sementara waktu. Takut kalau apa-apa yang berlaku. Ridzwan yang sedang membuat kerja tidak tenang kerana asyik memikirkan keselamatan aku yang baru sahaja hamil dan keselamatan Hayiz yang baru berusia dua tahun.

"Along, abah tahu along risaukan Elly dan Hayiz. Dan abah tahu along rasa bersalah dekat semua orang kan sebab libatkan mereka"ujar abah yang baru sahaja muncul.

"Eh! Abah, bila abah masuk bilik along. Along tak sedar pun"kata Ridzwan.

"Itulah along mengelamun sangat. Sampai abah masuk pun tak sedar".

"Tak de bah.. along rasa bersalah dengan semua orang. Tak pasal-pasal diorang pun terlibat sama. Nak, nak lagi dengan Ery. Dah lah dia baru je kahwin"Kata Ridzwan kusut.

"Abah tahu... Along tenang.. kita ikut je apa yang Hamzah cakap. Insya Allah semua berjalan dengan lancar. Banyakkan berdoa"pesan abah.

"Baiklah abah". Ridzwan cuba untuk mengukir senyuman.

*********
Hari ni aku, Erlina dan Mimi merancang untuk keluar membeli belah di salah sebuah pusat membeli belah. Kami ke pusat membeli belah dengan ditemani oleh 3 orang bodyguard.

Semua mata memandang ke arah kami bertiga. Yalah.. tak famous tapi ada bodyguard. Korang rasa orang akan buat derk je. Memang diorang akan tengok lah sampai kepala terletang patah leher.

Kami masuk ke sebuah kedai. Tanpa di sedari kami sedang di perhatikan dari jauh.

Tanpa di duga, ramai pengunjung bersesak dan menyebabkan kami bertiga berpisah. Aku yang erat memegang tangan Hayiz mula ketar. Aku memandang sekeliling. Bodyguard aku juga terpisah.

Tiba-tiba seseorang menekup mulut aku dengan sapu tangan begitu juga dengan Hayiz. Aku meronta untuk melepaskan diri. Lama kelamaan aku dan anak ku pengsan lalu di bawa lari.

"Lina, mana Elly?" Tanya Mimi mula cemas.

Erlina memandang sekeliling tiada kelibat aku yang ada cuba bodyguard aku yang kelam kabut mencari aku

"Ilman! Mana Elly. Kau sepatutnya yang jaga Ellykan"marah Erlina.

"Maaf puan. Tadi sesak dengan orang kami terpisah. Saya tak jumpa mana puan Elly"kata Ilman bodyguard aku.

"Aduh... Macam mana sekarang ni?"tanya Mimi.

"Kita balik dulu. Lepas tu aku call Ery"cadang Erlina. Mereka terus bergerak pulang ke rumah agam milik Encik Eric.

***********
Buk!

Satu tumbukan di lepaskan ke muka Ilman. Ridzwan bagaikan hilang kewarasan mujur ditahan oleh Ery. Kalau tak dah mati anak orang agaknya.

"Kau sepatutnya jaga Elly! Macam mana Elly boleh hilang! Argh!! Tak guna!!"marah Ridzwan mengamuk.

"Ridz! Kau sabar boleh tak. Kalau kau mengamuk macam ni, macam mana nak selesaikan masalah"kata Haziq.

"Aku tak boleh maafkan diri aku kalau apa-apa jadi dekat Elly dan Hayiz"kata Ridzwan terus duduk membongkok memegang kepalanya.

Perasaan marah, sedih, kesal bercampur baur dalam dirinya. Disebabkan kesilapan lalunya, aku dan Hayiz menjadi mangsa.

"Nampaknya Najwa dah mula bertindak. Kita teruskan rancangan kita"kata Hamzah.

Telefon Ridzwan berdering menyepikan suasana. Ridzwan memandang nombor yang tertera di skrin telefon. ' nombor yang tidak dikenali'. Mata Ridzwan terarah ke Hamzah, Hamzah mengangguk lalu membuka laptopnya. Butang hijau di tekan.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now