Bab 41

12.4K 488 24
                                    

"Sebenarnya...aku tak terfikir pun nak kahwin lagi"kata Ery sambil menggosok belakang lehernya.

"Abang Ery, ni Ridz cuma nak pesan je. Abang Ery tak boleh terlalu kejar kerjaya sangat. Abang kena jugak cari peneman. Abang tak nak ke bagi abi menantu. Fikir-fikirkan lah ye"kata Ridz menepuk bahu Ery dan berlalu ke bilik.

"Huerm.. abi dah tanya aku banyak kali dah pasal menantu. Patut ke aku cepat-cepat cari calon"kata Ery sendiri mengusutkan rambutnya.

************************************
Ery berjalan di taman. Mengambil udara segar. Kata-kata abinya 2 tahun lalu berputar kembali.

"Ery, bila Ery nak bawa calon jumpa abi?"soal Encik Eric yang sedang membaca surat khabar.

"Belum ada lagilah abi. Ery belum rasa nak kahwin lagi".jawab Ery.

"Abi bukannya apa, abi ni dah tua. Nak lah juga tengok Ery bersanding sebelum abi pejam mata. Nanti Ery dah ambil alih syarikat abi, memang tak ada masa lah nak cari calon"pesan Encik Eric.

"Kalau ada jodoh Ery kahwin adalah abi. Abi jangan risau ya. Ery akan kahwin juga bila kita balik malaysia nanti"kata Ery.

"Yelah tu.."Encik Eric menayangkan wajah yang selamba.

"Aduh!"

Ery tersedar dari lamunan apabila dia terlanggar dengan seseorang. Ery ternampak seorang gadis bertudung litup yang jatuh terduduk di tanah. Segera dia melutut di hadapan gadis itu untuk membantu.

"I'm so sorry. Did you hurt?"tanya Ery menghulurkan tangan untuk membantu.

Gadis itu tidak menyambut. Wajahnya di angkat memandang Ery. Ery terkedu melihat wajah gadis bertudung itu. Sungguh cantik dan sejuk mata memandang.

Mata hazel yang besar, bulu mata lentik dan lebat, kulit putih mulus dan bibir merah jambu yang nipis menaikan lagi keayuan wajah gadis itu.

"It's okay"kata gadis itu. Tetapi Ery masih lagi kaku merenung gadis itu.

"Heh! Kau kenapa pandang aku macam tu? Miang!"marah gadis itu geram.

Ery tersedar dari lamunan. Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu, terus dahinya berkerut.

"Oh! Melayu, huh! Harap muka je lawa. Mulut macam longkang. Kalau ikutkan hati aku tak hingin nak tolong"balas Ery berdiri.

Gadis itu turut berdiri berhadapan dengan Ery. Hatinya sudah menggelegak mendengar kata dari Ery.

"Hey! Kau yang langgar aku dulu. Jalan tu lain kali pakai mata. Ni duk berkhayal siang-siang hari ni kenapa?!"marah gadis itu lagi.

'eh!eh! Perempuan ni. Marah aku pulak. Tapi memang salah aku pun'bisik hati Ery.

"I hope i'm not meet you again Mr. Chestnut"kata gadis bertudung itu dan terus berlalu.

"What?! Chestnut?! Dah lebih minah ni.. takpe. Kau tunggu. Kalau aku jumpa kau lagi kau siap kau. Miss pumpkin pie"kata Ery geram.

Gadis itu berlalu mendapatkan kawannya yang memandang sekeliling mungkin mencari kelibatnya.

"Lina, mana kau pergi? Puas aku cari kau tau?"soal kawannya yang juga bertudung.

"Sakitnya hati aku!!"jerit Gadis bertudung itu yang di gelar Lina oleh kawannya.

"Kau ni dah kenapa lina?"tanya kawannya.

"Kau tahu tak Mimi, tapi ada sorang mamat ni langgar aku. Lepas tu dia naklah tolong aku. Lepas tu dia tenung aku macam nak telan. Aku apa lagi soundlah dia. Lepas tu kan dia pulak marah-marah aku"adu Lina.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now