Bab 29

12.6K 502 13
                                    

Ridzwan duduk berbaring di atas sofa sambil menonton telemovie raya di kaca tv. Sungguh membosankan.

"Eh! Along tak siap lagi? Tak nak ikut pergi rumah kawan abah ke?"tanya mama

"Along ada training kejap lagi. Lagi 3 harikan along ada game dekat johor"kata Ridzwan.

"Okaylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa bagitahu mama dengan abah. And one more thing. Jangan selalu sangat mengusik Elly. Kesian dia. Seharian semalam Elly buat kerja"ujar mama

"Alah mama ni. Macam lah along ada buli Elly"kata Ridzwan.

"Eh! Along dah lupa ke. Pagi tadi along suruh Elly macam-macam. Mama report dekat abi dia baru tahu"marah mama

"Ala mama.. along nak bergurau je dengan Elly. Gurau suami isterilah katakan".

"Yelah tu".

Abah datang menghampiri bersama Raiqal dan Raisha di dukungan.

"Ha, Along. Kenapa tak siap lagi?"tanya abah.

"Along tak pergi. Ada training katanya. Dah lah jom. Dah lambat ni"ujar mama

"Hm.. yelah. Abah dengan mama pergi dulu"ujar abah seraya melangkah keluar dari rumah.

Aku menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu di mana Ridzwan berada. Baru sahaja aku mahu melabuhkan duduknya di sofa berangkai dua, Ridzwan memanggil ku supaya duduk di sofa yang sama dengannya.

Aku melabuhkan punggung ku di atas sofa, terus kepala Ridzwan diletakkan di atas peha aku. Aku hanya membelek telefon. Ikon Whatsapp di buka begitu banyak Whatsapp yang masuk melalui group Kristal Fire.

Kristal fire

Khai
Selamat hari raya semua...

Bob
Mat ri ye..

Suraya
Bahasa apa kau pakai ni Bob.

Lisa
Entah. Siapa yang ajar pun tak tahu

Bob
Alah sayang ni tak nak support suami langsung.

Khai
Nak bersweet tak payah dekat sini. Ada yang masih bujang dekat sini.

Kenny
Betul³ budak bawah umur masih di sini.

You
Selamat hari raya korang.
Rindunya nak dance dengan korang lagi.

Suraya
ELLY!!
miss you babe.
Lama tak dengar khabar.
Dah berbadan dua ke?

Lisa
Jangan laju sangat Elly. Akak pun belum ada lagi ni. Masih mencuba.
😂😂

You
Belum lagilah suraya, kak Lisa.
Awal lagi.
Suami Elly pun belum habis belajar lagi.

Khai
Kirim salam dekat Ridz.
Lama tak lepak dengan dia.

You
👍🏻

Aku keluar dari aplikasi Whatsapp. Ikon Camera di tekan. Aku melihat Ridzwan sangat ralit menonton tv terus gambar Ridzwan yang terbaring di riba ku di snap. Applikasi instagram di tekan. Gambar yang di snap tadi di post.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now