Bab 42

12K 481 7
                                    

Sudah seminggu Ridzwan duduk di Perth hari ni tiba masa untuk dia pulang. Aku yang menolong Ridzwan mengemas pakaian mula rasa berat hati untuk membiarkan Ridzwan pergi. Di sebabkan aku sudah terlanjur mendaftar belajar di Perth, aku tidak dapat pulang bersama Ridzwan.

"Abang, tak boleh ke tinggal seminggu lagi dekat sini. Cuti abangkan masih ada lagi seminggu"ujar ku.

"Tak boleh sayang, abang kena balik seminggu awal. Exam abang dah nak dekat. Nanti kalau abang ada cuti lagi abang datang sini lagi"pujuk Ridzwan memegang kedua belah pipi aku. Mata di tenung lama.

"Elly minta maaf, sebab tak dapat ikut abang balik"kata ku dengan mata yang mula merembeskan air jernih.

"Tak apalah, dah jangan nangis. Nanti abang datang sini lagi. Kalau rindu kita video call. Okay."Ridzwan menyeka air mata ku dari mengalir.

Dahi aku di kucupnya penuh rasa sayang. Ridzwan memandang ke arah anaknya yang nyenyak tidur diangkat dan di bawa ke dalam dakapannya.

"Kita jumpa lagi ya anak papa"kata Ridzwan lalu mencium pipi Hayiz.

**********
Di lapangan terbang Perth.

Dari lepas Ridzwan check in sehingga ke ruang menunggu aku tidak lepas dari memeluk pinggang Ridzwan. Mata aku asyik berair saja. Hayiz pula berada dalam dukungan Ery. Ridzwan akan pulang ke malaysia bersama mak Mah kerana tugas mak Mah di Perth sudah selesai.

Suasana menjadi sayu apabila panggilan penerbangan ke malaysia berkumandang. Air mata aku yang di tahan dari tadi akhirnya pecah. Ridzwan memeluk aku erat bagi menenangkan aku. Satu kucupan hangat di berikan di dahi ku. Aku menyembamkan wajah ku di dada Ridzwan dengan tangisan.

Perasaan pilu dan sedih untuk meninggalkan isteri tercinta dapat Ridzwan rasai.

"Sayang.. dah jangan nangis. Tadi dah janji dengan abang tak nak nangis. Abang nak kena pergi dah ni"ucap Ridzwan lembut.

"Tak nak... Abang janganlah pergi..."aku merenget kesedihan kepala aku di elusnya.

Ridzwan meleraikan pelukan. Kedua pipi aku di pegang. Air mata aku di seka dan dahi aku di kucup lama. Ridzwan memandang Hayiz yang berada dalam dukungan Ery. Ridzwan memeluk Hayiz buat kali terakhir sebelum bertolak.

"Ridz pergi dulu. Elly jaga diri elok-elok. Nanti abang datang sini lagi"kata Ridzwan. Aku menggeleng dengan tangisan menunjukkan bahawa aku tidak mahu Ridzwan pergi tinggalkan aku lagi.

Langkah Ridzwan di atur berat memasuki balai pelepasan. Ridzwan menoleh ke belakang melihat aku yang masih menangis di bahu Ery. Akhirnya bayang mak Mah dan Ridzwan hilang di dalam balai pelepasan.

Tangisan aku masih lagi tidak henti. Dua tahun berpisah bukannya sekejap. Banyak perkara yang perlu di tempuh.

"Jom adik, kita balik. Kesian Hayiz sejuk"pujuk Ery. Aku akur lalu mengambil Hayiz dari dukungan Ery kedalam dakapan ku. Kami berjalan ke parking untuk pulang.

***********
Kapal terbang baru sahaja berlepas 15 minit yang lalu. Ridzwan yang berada di business class bersama mak Mah memandang ke luar tingkap.

"Ridz, sabar ya. Tak lama pun sekejap ja. Ingat, hal yang besar akan datang kepada orang yang bersabar. Allah tak akan menguji kita kalau kita tak mampu"pesan Mak mah.

"Yelah Mak Su"jawab Ridzwan ringkas.

Ridzwan kembali merenung ke luar tingkap. Ridzwan merenung gambarnya, Elly dan Hayiz di lockscreen telefon bimbitnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now