Mia memeluk lututnya sambil bersandar di birai katil. Matanya merah dek kerana menangis. Rambutnya serabai bagaikan orang gila yang baru terlepas dari tanjung rambutan.
Pintu biliknya di ketuk. Sahutan panggilan mummynya tidak di jawab. Dibiarkan begitu. Hatinya sakit, hancur remuk.
"KENAPA KAU PILIH BETINA TU!!! KENAPA?!!"raung Mia. Dia bangun lalu tangannya melemparkan segala barang yang ada di meja soleknya.
"ARGHH!!!"jeritnya hilang akal.
******************
Selesai sahaja di butik pelamin, aku dan ridz ke pavillion sudah begitu lama aku tidak menjejakkan kaki aku di pavillion.Setibanya di pavi, aku segera membawa langkah ku ke dataran pavi di mana tempat kristal fire selalu perform. Rindu benar aku dengan mereka semua. Ridzwan hanya mengikuti aku dari belakang. Aku ternampak kelibat khai, terus melambai memanggil namanya.
"Eh!! Elly, kau apa khabar sekarang. Lama tak nampak. Macam mana? Dah ready nak jadi bini orang?"kata khai.
"Aku? Macam ni lah. Still hot hahaha. Takdelah aku busy sikit sekarang ni tarikh kahwin dah dekatkan".
"Eh Elly! Argh!!! Lama tak jumpa kau"kata Suraya dengan di sertakan jeritan yang nyaring. Begitu juga dengan aku. Lelaki yang ada di situ hanya menekup telinga mereka dengan tapak tangan.
"Ish bising lah. Perempuan ni memang tak sah kan kalau jumpa tu tak jerit"kata bob.
"Eleh jeles"kata ku.
"Kau amacam sekarang ni dah jadi bini orang"tanya ku lagi.
"Aku macam ni lah. Actually aku ada something nak bagitahu korang"kata suraya.
"Apa dia?"semua di situ teruja untuk mendengar.
"Aku dah... Pregnant"kata suraya.
"Warh!!!! Congrat!! Lepas ni kau dah tak boleh dah nak join kristal fire"kata ku.
"Walaupun aku tak join, tapi aku tetap akan datang tengok korang perform"kata suraya.
"Eh! Ni mesti tunang Elly kan?"tanya suraya kepada ridz.
"Ya saya".jawab ridz pendek.
"Macam pernah nampak je".
"Memang kau pernah nampak pun suraya. Dia lah yang aku jumpa 3 kali tanpa sengaja dulu".kata ku.
"Oh! Ya ke? Nampaknya jodoh kau di lantai tarilah ni"sakat suraya.
***************
Aku melihat barangan hantaran yang di beli. Aku merenung jauh. Betul ke keputusan aku ni. Boleh ke dia tu jadi suami aku? Aku ni dah sedia ke nak jadi isteri dia?Bermacam persoalan yang timbul didalam kotak fikiran aku. Aku keliru. Tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk.
Aku mencapai telefon ku di atas meja. Satu mesej dari nombor tidak di kenali menghantar mesej kepada ku.
- aku nak kau putuskan pertunangan kau dengan ridzuan. Dia milik aku. Kalau tak tak nak putuskan pertunangan kau dengan dia. Aku akan bunuh ridz dan keluarga kau- unknown.
Aku mengcampakkan telefon ke tepi. Pesanan itu aku biarkan begitu saja. Siapa yang berani ugut aku macam tu. Dari mana dia dapat nombor aku.
***********************
Selepas ridz penghantar aku pulang, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Ridz memakai handsfree lalu menekan butang hijau.
"Hello, Ridz. You dekat mana? I nak jumpa you boleh"kata suara itu dari dalam talian.
"Kau nak apa lagi Mia. Cukup lah kau dah hancurkan hati aku. Aku dah malas nak jumpa kau".kata ridz
"I nak you datang jumpa I sekarang jugak dekat tempat biasa. Kalau you tak datang. Elly akan ada dalam bahaya. Faham"kata Mia di hujungi dengan hilaian tawa.
Ridz terus mematikan panggilan. "Tak guna punya perempuan!!. Aku tak akan benarkan sesiapa sentuh Elly"marah ridz sambil menghentak stereng keretanya.
Setibanya di tempat yang di janjikan, Ridz menghampiri meja yang di duduki Mia.
"Ada apa kau nak jumpa aku? Aku banyak kerja lagi nak buat daripada layan kau"kata ridz.
"I nak you putus tunang dengan perempuan tu"kata mia
"Kau siapa nak arah aku. Kau tak ada hak nak putuskan pertunangan aku"marah Ridz
"Eh! Sekejap. You kata I tak ada hak. You dah lupa ke? Bila-bila masa sahaja I boleh bagitahu daddy I untuk gugurkan you dari KV. And one more thing sayang.. kalau you tak nak putuskan pertunangan you. I tak teragak-agak untuk bunuh Elly" kata Mia dengan senyum sinis.
Mata Ridz terbuntang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mia tadi.
"Kau ni dah gila Mia! Kau dah gila! Kalau kau berani apa-apakan Elly. Mampus kau aku kerja kan!" Marah Ridz dan terus berlalu dari situ.
"I akan buat apa saja untuk dapatkan U Ridz!"kata Mia tersenyum tetapi Ridz sudah jauh di depan.
Bersambung....
YOU ARE READING
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]
Romance{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan tempuh untuk mencari calon yang diberikan oleh abinya telah tamat. Dia terpaksa berkahwin dengan pili...