Bab 36

11.3K 464 4
                                    

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke perth Australia mengambil masa selama 5jam setengah. Boleh naik kematu punggung aku duduk lama-lama dalam flight. Kapal terbang yang di naiki aku selamat mendarat di lapangan terbang Perth australia.

Aku menunggu ketibaan abang aku Ery di lobby untuk menjemput ku. Sewaktu aku menelefon abang Ery tadi untuk datang mengambil ku, berpuluh-puluh soalan diajukan oleh Ery. Mana taknya datang Perth sorang-sorang.

Setelah 10 minit menunggu, kereta milik Ery tiba di lapangan terbang Perth. Ery membantu aku mengangkat beg baju di letakkan kedalam bonet kereta. Aku memasuki perut kereta tanpa sebarang suara. Ery memandu kereta pulang ke rumahnya.

"Adik, kenapa adik datang sini?"tanya Ery.

"Nak sambung belajar"kata ku mendatar.

"Tak payah nak tipu abang Ery. Cuba Elly jujur je dengan abang. Apa yang jadi"kata Ery.

"Adik gaduh dengan Ridzwan. Dia dah mengandungkan orang lain. Perempuan tu sendiri mengaku anak yang dia kandung tu anak Ridz. Hati adik sakit abang. Adik lari datang sini sebab tak nak jadi penghalang untuk Ridz kahwin dengan Perempuan tu"terang ku dalam tangisan. Ery yang fokus memandu mengerling aku sekilas.

"Abang Ery tak rasa yang Ridz sanggup buat macam tu. Ada adik dengar cerita dari Ridz?"kata Ery. Aku menggeleng.

"Adik.. benda yang berkaitan fitnah ni.. kita tak boleh dengar dari satu pihak sahaja tau. Kita kena dengar dari pihak lagi satu. Cari bukti yang kukuh. Baru lah kita boleh buat andaian"terang Ery panjang lebar.

"Nak bukti apa lagi abang, perempuan tu ada tunjuk gambar yang dia dengan Ridz tidur satu katil".

"See, cuba adik fikir secara rasional sikit. Kalau Ridzwan nak buat benda macam tu, tak adanya dia nak ambil gambar bagai, nak buka aib sendiri macam tu".

"Dah lah abang Ery, Elly dah cukup sakit hati dengan apa yang Ridz buat".

"Ikut suka hati adik lah. Ikutlah keras kepala tu. Nanti menyesal abang tak nak masuk campur".

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Aku melihat permandangan kota perth yang sangat cantik. Mampu memberi minda ku ketenangan.

************************************
Kami tiba di rumah Ery dimana rumah itu adalah tempat tinggal Ery sepanjang dia berlajar di perth. Aku keluar dari perut kereta tergamam melihat rumah yang megah dan mewah di hadapan mata.

"Abang Ery tinggal sorang-sorang je ke dekat sini?"tanya ku.

"Ye.. sebab tu dulu abang Ery ajak adik datang belajar sini tak nak. Nak jugak menari dekt KL tu"kata Ery mengeluarkan bagasi aku dari dalam bonet kereta.

"Dah jom masuk"ujar Ery lagi.

Masuk sahaja kedalam rumah, sekali lagi aku tergamam. Rumah ni lebih cantik dari rumah aku di KL. Mungkin senibina di sini sangat berbeza dengan seni bina di KL.

"Adik, bilik adik ada dekat atas. Bilik musik pun ada, gym pun ada bilik cermin pun ada. Kalau adik nak apa-apa bagitahu abang"kata Ery. Tiba-tiba sahaja telefon Ery berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Adik tengok- tengok lah rumah dulu. Abang nak angkat call kejap"kata Ery. Dia terus berlalu ke luar untuk menjawab panggilan telefon.

"Ya, Elly ada dengan aku."

"........"

"Ridz selesaikan apa yang perlu di selesaikan dulu di sana. Kalau dah settle datang sini pujuk Elly".

"........"

"Ye lah, aku akan jaga Elly baik-baik."

"........."

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now