Bab 19

13.4K 576 7
                                    

Ridzwan meluncur secara mengundur sambil matanya memerhati aku yang cuba membiasakan diri di atas ais yang licin tu. Sudah lama aku tidak meluncur. Kali terakhir aku meluncur adalah sewaktu aku berumur 16 tahun. Itu pun dengan arwah ummi.

Ridzwan hanya tersenyum memandang aku yang kurang keseimbangan tu.

"Kau okay tak ni?"tanya Ridzwan.

Aku hanya membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Entah macam mana, aku hilang keseimbangan dan terkapai-kapai mahu terjatuh.

"No, no, no!!"kata aku seakan mahu jatuh.

Ridzwan meluncur laju mendapatkan aku. Sempat dia menyambut badan aku yang hampir terjatuh. Aku yang berada di dalam tautannya memandang Ridzwan yang tersenyum.

Aku terus menolak Ridzwan menjauhi ku tetapi kedudukan aku masih tidak stabil dan pergerakan aku kembali terombang-ambing.

Ridzwan yang berada di sisi aku hanya memeluk tubuh memandang aku. Dan akhirnya aku jatuh terduduk di atas ais.

"Aduh... Sakitnya..."adu aku kesakitan sambil tangan menggosok punggung aku yang terhimpap pada ais.

"Tulah.. berlagak sangat. Orang nak tolong pegang tolak. Kan dah jatuh"perli Ridzwan.

Aku menjelingnya berpeluk tubuh dengan wajah yang cemberut. Ridzwan yang melihat wajah aku yang sudah merajuk menghela nafas berat.

Dia bercangkung di hadapan aku sambil menghulurkan tangan bagi menolong aku untuk berdiri. Aku tidak menyambut huluran itu.

"Cepatlah aku nak tolong kau bangun ni. Tak malu ke orang tengok"kata Ridzwan.

"Biarlah orang tengok. Biar kau malu"kata ki merajuk.

"Kau jangan sampai aku angkat kau dekat sini. Nanti kau juga yang malu"Ridzwan sudah mula geram.

Mendengar sahaja kata-kata Ridzwan, aku terus menyambut huluran Ridzwan. Ridzwan menarik untuk berdiri. Pinggang aku di rangkul merapatinya. Aku sedikit tersentak.

"Kau dah kenapa? Malu lah nanti orang tengok"kata ku.

"Kau tengok jelah.. Sekarang ni aku nak kau ikut je gerak aku".

Ridzwan meluncur secara mengundur sambil tangannya memegang pinggang aku. Aku hanya mengikut gerak kaki Ridzwan. Pandai betul budak ni meluncur.

Aku mendongak memandang Ridzwan. Mata kami bertaut. Aku sudah hanyut dalam luncuran. Kami meluncur dengan begitu lancar. Tidak menghiraukan orang sekeliling yang memandang seolah-oleh dunia ni hanya ada aku dan dia.

Ridzwan memberhentikan luncurannya. Aku sedar dari hanyut ke dalam pandangan Ridzwan. Kedengaran tepukan gemuruh dari pengunjung yang datang. Aku memandang sekeliling. Ramai pengunjung yang memandang kami.

Wajah aku mula memerah. Aku memandang Ridzwan. Dia hanya menayangkan riak biasa. Ridzwan menarik tangan aku untuk keluar dari gelanggang luncur. Kami menukar kembali kasut luncur dan bergerak keluar dari situ.

************************************
Sepanjang perjalanan pulang, hanya suara radio sahaja yang berkumandang.

"Bulan depan aku ada game"kata Ridzwan memecah kesunyian.

Serentak dengan itu aku memandang Ridzwan yang tekun memandu kereta.

"Game apa?"tanya ku.

"Racing lah. Kelayakan untuk wakil negeri".

"Kalau kau tak masuk tak boleh ke?"soal ku.

"Kenapa? Kau risaukan aku ke?".

"Memanglah aku risau. Nanti kalau kau excident lagi. Aku tinggal sorang-sorang"aku menundukkan wajah sayu.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now