Bab 57

11.8K 431 22
                                    

Pejam celik, pejam celik kandungan aku sudah masuk 9 bulan, menunggu hari sahaja untuk melahirkan dan sudah 4 hari aku berada di rumah mama. Aku mahu berpantang di situ kerana Mak Mah juga ada di situ. Aku duduk melunjur di atas sofa berangkai 3 sambil mengunyah potato chip. Mata ku sedang asyik menonton drama korea.

Ridzwan yang baru sahaja turun segera mendapatkan aku. Potato chip di rampas dari tangan aku.

"Sayang, berapa kali abang pesan. Tak elok makan makanan ni. Sayang tu dah nak bersalin lagi empat hari je lagi due"kata Ridzwan sedikit marah.

Ridzwan sudah awal-awal lagi meminta cuti. Takutlah aku terberanak awal ke. Maklumlah ini kali pertama dia menyambut kelahiran anaknya. Waktu Hayiz di lahirkan dia tiada di samping aku.

"Ala.. Elly nak makan sikit je.. boleh lah..."rayu aku cuba mencapai potato chip itu kembali.

"Tak boleh.. sayang kalau dah makan tak adanya sikit-sikit ni. Tu tengok. Bersepah dengan plastik makanan ringan. Abang sorok sayang curi-curi ambil".

"Abang, shh.. jangan membebel boleh. Kesian baby nak tidur"kata aku meletakkan jari telunjuk di bibir Ridzwan.

"Assalamualaikum.."sahut mama.

"Atum...."Hayiz mengikut apa yang di katakan mama.

"Eh! Anak papa dah balik.. meh sini"Hayiz berlari mendapatkan Ridzwan lalu di bawa ke dukungan.

Ridzwan melangkah duduk di kerusi berangkai 2 manakala mama duduk di kerusi berangkai 1.

"Hayiz pergi mana tadi?"tanya aku cuba menukar posisi. Susah betul dengqn perut yang dah besar ni.

"Hayiz pergi umah tawan grandma."kata Hayiz petah.

"Hayiz buat apa je dekat sana?"giliran Ridzwan pula bertanya.

"Grandma gossip"kata Hayiz tersenyum. Ridzwan dan aku berpandangan lalu memandang ke arah mama.

"Ish! Apa Hayiz ni. Malu grandma"kata mama. Aku dan Ridzwan ketawa kecil.

Hayiz turun dari ribaan Ridzwan memanjat kerusi duduk di sebelah aku

"Ummi, when the baby will come out?"tanya Hayiz.

"Soon"jawab Elly sepatah.

"Is that baby boy or girl?"tanya Hayiz lagi. Sejak dah petah bercakap ni, banyak betul ayat yang keluar dari mulut Hayiz.

"Surprise"tambah Ridzwan.

"Hayiz, come. Let go bath"ajak mama

Hayiz turun dari kerusi menghampiri mama. Langkah di atur satu persatu menaiki anak tangga.

Aku mencapai plastik jajan yang baru lalu di bukanya. Laju sahaja tangan aku menyua ke mulut. Ridzwan yang terlihat akan itu terus menyambar.

"Ala... Abang.. bagilah..."rungut aku.

"No!"tegas Ridzwan terus tangannya ligat mengemas plastik yang bersepah lalu di bawa ke dapur.

Aku bersandar dengan wajah monyok. Tangan di silangkan memeluk tubuh. Tiba-tiba aku mula merasakan sakit yang luar biasa di bahagian perut. Sakit yang menekan perut ku. Wajah aku berkerut. Sakit itu semakin lama semakin kuat.

"Abang!!!!"teriak aku kesakitan. Segera Ridzwan mendapatkan aku.

"Kenapa? Dah nak bersalin ke? Nak buat apa ni? Bukan lagi empat hari ke?"soal Ridzwan bertubi-tubi.

"Abang!! Orang tengah sakit ni! Cepat lah!"marah aku.

"Mama!! Elly dah nak bersalin!".

Terkocoh-kocoh mama menuruni tangga dengan mendukung Hayiz yang berbalut dengan tuala.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now