Bab 43

11.1K 464 44
                                    

Elly dan Ery membawa Hayiz bermain di taman memandangkan hati itu mereka berdua cuti. Elly yang duduk di atas tikar picnic memerhati Hayiz dan Ery bermain kejar-kejar dari jauh.

"Mi..mi.."panggil Hayiz yang masih pelat.

"Ya sayang.. ada apa?"jawab Elly memeluk Hayiz yang sedikit berpeluk.

"Papa? Ane papa?"tanya Hayiz.

Elly memandang Ery tersentak dengan pertanyaan Hayiz. Masuk ini sudah banyak kali dia bertanya di mana ayahnya.

"Erm.. papa kerja. Nanti bila papa dah habis kerja, papa datang jumpa Hayiz"terang Elly kepada Hayiz yang ada di ribaannya.

"Ayiz du papa"kata Hayiz menunduk sambil tangannya bermain dengan permainan yang di kirim oleh Ridzwan dari malaysia.

"Macam mana ni abang Ery, Elly kesianlah dekat Hayiz"ujar Elly.

"Ridz kan tengah last year. Banyak projek kena buat. Lagi pun bukan Ridz tu tak pernah video call"jawab Ery.

Elly menunduk memandang Hayiz di pangkuannya bermain permainan. Tiba-tiba telefonnya bergetar dengan di sertai deringan. Video call dari Ridzwan terpapar di skrin telefon.

"Panjang umur"kata Ery. Terus Elly menekan butang biru untuk menjawab.

"Assalamualaikum sayang.. apa khabar? Sihat?"tanya Ridzwan dari dalam telefon.

"Wa'alaikumsalam. Sihat. Abang cakap nak datang sini? Tapi tak datang pun"kata Elly merajuk. Ery yang duduk di hadapan Elly sudah membuat muka loya.

"Abang sibuk sayang.. banyak kerja dekat sini. Ni kan last year abang. Lepas tu nak kena ambil alih syarikat abah"kata Ridzwan.

Hayiz yang ralit bermain permainan terdengar akan suara Ridzwan terus mengangkat wajahnya. Telefon di rebut dari tangan Elly.

"Papa!! Ayik du papa"tutur Hayiz pelat.

"Ye sayang.. papa pun rindu sangat dekat Hayiz"ujar Ridzwan terseyum melihat Hayiz yang mukanya penuh di skrin telefon. Bukan main dekat lagi dia pengang telefon. Macam nak masuk dalam telefon pun ada.

"Papa, Mi ajuk"kata Hayiz ketawa.

"Hahahaha Hayiz pujuk lah Ummi".

"No, papa did. Papa ujuk"kata Hayiz dengan slang Englishnya. Sungguh comel.

"Ye lah.. papa pujuk. Give that phone to ummi."tutur Ridzwan.

Hayiz memberikan telefon itu kembali kepada Elly. Elly mencapai telefon itu lalu menayang wajah cemberutnya dengan mulut di muncungkan.

"Mulut tu muncung nak ke mana?"tanya Ridzwan.

"Biarlah. Abang tak jadi datang sini. Merajuk lah"tutur Elly merajuk.

"Sayang... Abang bukan sengaja, betul. Abang banyak sangat kerja dekat sini. Nanti kalau abang tak sibuk abang pergi sana ya"pujuk Ridzwan.

"Yelah.. tunggu abang punya tak sibuk tu berjanggut dululah Elly dekat sini".

"Kau ada janggut ke dik"celah Ery.

Ridzwan ketawa dengan penyataan Ery. Wajah Elly bertambah cemberut.

"Okaylah. Abang ada kerja ni nanti abang call lagi ya. Assalamualaikum".

"Wa'alaikumsalam"terus talian di matikan.

"Kau memang mengada macam ni ke dik. Geli aku dengar."kata Ery membuat reaksi gelinya.

"Eleh! Jealous cakap. Tulah.. lain kali kahwin lah awal-awal. Pentingkan sangat kerja tu."perli Elly.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now