Bab 40

13.1K 487 2
                                    

3 bulan sudah pun berlalu. Muhammad Hayiz Muiz nama diberi yang kini berusia 3 bulan berada dalam dukungan Ery. Nama bayi itu di beri sendiri oleh Ridzwan sewaktu bayi berusia 2 minggu.

Flashback.

"Ridz, Elly nak kau bagi nama untuk anak kau"kata Ery melalui corong telefon.

"Kenapa Elly tak bagi je nama? Ridz rasa Ridz tak sesuai bagi nama untuk anak. Ridz dah lukakan hati Elly"kata Ridzwan.

"Ridz, dalam situasi ni tak ada sapa yang salah. Kau dan Elly masing-masing mangsa keadaan. Sudah lah. Nanti kau datang sini bincang elok-elok dengan Elly"ujar Ery.

"Baiklah abang Ery. Macam mana kalau nama baby tu letak Muhammad Hayiz Muiz"cadang Ridzwan.

"Bagus juga nama tu. Okay nanti aku akan bagitahu Elly. Jangan lupa datang sini. Jangan sayang sangat duit tu nak terbang sini"kata Ery sindir.

"Hahahaha.. ye lah abang Ery, nanti Ridz datang sana"kata Ridz.

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam" talian di matikan.

End flashback.

Aku berpeluk tubuh memandang laut yang mengalir di hadapan ku. Wajah aku berpaling ke sisi di mana seorang jejaka sedang duduk tertunduk memandang tanah berumput yang menghijau.

"Abang buat apa datang sini? Mana isteri abang?"soal ku serious.

"Abang datang sini nak terangkan apa yang berlaku. Please Elly. Dengar apa yang abang nak explain"pujuk Ridz.

"Nak explain apa lagi abang? Dah cukup terseksa dah Elly selama ni. Setahun abang!, setahun abang tak datang jumpa Elly sekali pun. Tanya khabar pun tak! Nafkah Elly dengan anak ada abang bagi?! Suami jenis apa abang ni?!"marah aku.

Ery yang dari tadi cuba menahan sabar akhirnya kesabarannya sudah meletus. Segera dia menyerahkan Hayiz kepada Mak Mah yang turut berada tidak jauh dari situ.

"Elly! Watch your word! Elly tahu tak selama setahun tu Ridz bekerja keras nak selesaikan masalah rumah tangga Elly dengan Ridz! Nak cari duit nak sara Elly.! Cuba hormat sikit dekat Ridz! Kalau Elly nak tahu, setiap bulan Ridz masukkan duit nafkah dia untuk Elly. Duit belanja yang abang bagi bulan-bulan tu sebenarnya duit Ridz tahu tak!"marah Ery.

Aku terkedu mendengar kebenaran yang keluar dari mulut Ery. Rasa berdosa mula muncul dari lubuk hatiku. Mata aku mula berkaca. Ridzwan meraup rambutnya ke belakang dengan keluhan berat.

"Abang! Betul ke apa yang abang Ery cakap! Explain lah! Apa lagi yang abang sembunyikan dari Elly."amuk aku.

"Sabar Elly"kata Mak mah yang mendukung Hayiz bersuara lembut bagi menenangkan aku.

"Mula-mula abang nak jelaskan tentang Mia. Sumpah demi Allah abang tak pernah sentuh dia. Dia mengandungkan anak teman lelaki dia. Masa dia nak perangkap abang dekat hotel dulu.

Kedua, abang tak pernah kahwin dengan dia. Lepas Elly pergi, memang ada aunty Mirza paksa abang kahwin dengan Mia. Tapi, abang minta masa untuk buktikan yang anak dalam kandungan Mia tu bukan anak abang.

Haziq, Zaim, Mirul dan Yazid banyak tolong abang. Diorang cari teman lelaki  Mia yang nama dia jeramy. Abang bawak Jeramy jumpa dengan Mia dan Aunty Mirza. Jeramy mengaku depan semua orang yang anak dalam kandungan itu anak dia...."

"Sayang ada cakap yang abang tak pernah ambil tahu pasal sayang. Sayang tahu, setiap hari abang call, whatsapp dengan abang Ery untuk tanya perkembangan sayang. Abang dah cuba contact sayang. Tapi sayang dah block semua contact dengan abang"terang Ridzwan panjang lebar tentang perkara yang sebenar dari awal hingga akhir kepada aku. Aku hanya merenung rumput di tanah

Aku diam membisu. Tidak tahu apa yang  perlu aku katakan. Sungguh berat beban yang Ridzwan tanggung sepanjang aku membawa diri. Mata aku yang tadinya hanya menahan takungan air, akhirnya berguguran jatuh.

"Sekarang Mia dekat mana? Jeramy?"tanya aku dalam tangisan.

"Mia sekarang dalam hospital sakit jiwa. Dia jadi tak waras bila dia tahu kandungannya gugur waktu kandungan tu berumur 3 bulan. Jeremy pulak dah ada dalam lokap atas kes rogol"kata Ridzwan masih menunduk. Tanpa dia sedar, air mata lelakinya gugur ke tanah.

Tanpa sepatah kata, aku terus membawa Ridzwan ke pelukan ku. Perasaan kesal terhadap ego ku sendiri mula melimpah. Esakkan aku mula kedengaran.

"Elly minta ampun abang. Maafkan Elly. Elly tak ada waktu abang susah. Maafkan Elly."tutur aku dengan Esakan. Aku betul-betul kesal dengan ego aku.

Mak mah datang menghampiri Ridzwan. Bahu Ridzwan di pegang. Ridzwan mendongak memandang Mak Mah yang berdiri di sisinya sambil mendukung Hayiz. Hayiz beralih ke dukungan Ridzwan.

Ridzwan memandang raut wajah Hayiz yang nyenyak tidur. Pipinya di elus. Sekali lagi air matanya gugur kerana sebak. Ini adalah kali pertama dia mendukung anak yang terhasil dari benihnya.

Ridzwan segera mengelap air matanya. Pipi mulus Hayiz di kucup perlahan. Tangan Ridzwan yang lagi satu memaut kepala aku lalu di kucup umbun-umbun aku bahagia. Sekarang hidupnya sudah kembali lengkap. 

************************************
Hari ini sudah masuk hari ke tiga Ridzwan di Perth. Cuti pertengahan semesternya selama 2 minggu akan di habiskan di Perth bersama anak dan isterinya.

Aku yang melihat Ridzwan berbaring di atas sofa di hampiri. Aku melabuhkan duduk ku di atas sofa di mana Ridzwan sedang berbaring. Matanya fokus memandang telefon bimbit.

"Abang, Elly rasakan kesian pula dekat Mia. Walaupun dia banyak buat jahat dekat kita, sekarang ni dia jadi tak waras sebab anak dia dah tak ada"kata ku.

"Kita bukan boleh buat apa pun.. tuhan dah atur semuanya sayang"kata Ridzwan. Matanya masih menatap telefon.

Dengan perasaan geram, aku mengambil telefon Ridzwan lalu di letakkan ke dalam poket seluar track ku.

"Why you are not looking at me?"kata aku merebahkan badan ku di atas dada bidang Ridzwan.

Ridzwan menundukkan pandangannya memandang aku tanggannya pula memeluk pinggang aku

"What do you want sayang...?"tanya Ridzwan meleret.

"Elly nak tanya, bukan ke abang ada game sekarang ni?".

"Oh.. Mirul ganti abang. Now give me my phone"kata Ridzwan.

"No, you're not give an attention to me"kata ku mencebik.

"Anak dah tidur?"tanya Ridzwan. Elly mengangguk.

"Patut pun manja semacam je ni..."Ridzwan menjungkitkan keningnya sebelah. Senyuman senget di hadiahkan kepada ku.

Tiba-tiba kedengaran deheman dari seseorang. Aku dan Ridzwan tersentak memandang kearah itu. Terus aku bingkas bangun dari menimpa badan Ridzwan dan  membetulkan kedudukan ku.

"Korang ni pun.. bilik ada nak jugak buat dekat ruang tamu"kata Ery.

"Apa abang Ery merepek ni? Dah lah. Elly nak pergi tolong mak Mah"kata ku berlalu.

Ridzwan dan Ery tergelak melihat aku yang menahan malu. Ery melabuhkan duduknya di sofa.

"Abang Ery ni bila nak kahwin? Umur dah masuk 28 dah"kata Ridzwan.

"Tak ada calon lagi Ridz... Haih.. apalah nasib. Masih lagi membujang"kata Ery.

"Abang Ery kut yang jual mahal".

"Tak adanya nak jual mahal ni. Bagi free pun tak de yang sangkut"kata Ery dengan riak wajah pasrah. Ridzwan tergelak kecil mendengar jawapan yang keluar dari mulut Ery.

"Apa yang kelakar sangat?"tanya Ery.

"Kelakarlah bang, abang Ery ni rupa ada, harta ada, kerjaya pun ada takkan tak ada orang nak".

"Sebenarnya... "









Bersambung.....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now