bab 7

13.6K 596 32
                                    

Aku memisat-misatkan mata ku yang masih tertutup. Aku membuka mataku. Lenaku terganggu dek kerana keriuhan suara-suara sumbang dari luar khemah. Aku yang hanya memakai sweater oversize pink separas paha. Bangun dari pembaringan dan melangkah keluar khemah.

Suasana di luar khemah sudah gelap. Berapa jam aku tido?. Aku mengintai mereka dari khemah aku. Aku mencari kelibat lisa dan kenny. Mata aku mencari sasaran untuk aku kenakan. Aku meraup rambutku yang panjang merurai ke hadapan melitupi muka dan lengan ku dilabuhkan sehingga tidak nampak jari. Aku berjalan menghampiri lisa lalu aku duduk di belakang lisa. Yes aku tahu kalau aku mengacau orang sebegitu di hutan, benda yang tak sepatutnya akan gangu. Aku memang suka mencari nahas.

Khai yang ternampak akan diri aku di belakang lisa mendongak menanyakan sesuatu. Lalu dia berpaling ke belakang.

"Arrrrggghhh!!"jeritan lisa yang nyaring membuatkan mereka yang berada di khemah melulu ke unggun api.

Aku meraup kembali rambut ku ke belakang. Ketawa ku pecah. Tangan ku menekan perut senak kerana kuat sangat ketawa. Lisa memukul bahu aku geram. Yang lain juga turut ketawa.

"Elly, kau ni.. nasib baik akak tak ada sakit jantung"aku duduk di sebelah lisa yang sudah mengurut dadanya.

Kain selimut kecil yang berada ditanganku ku hamparkan di atas riba. ya lah, aku cuma pakai sweater labuh paras peha je.

Mereka semua sudah berkumpul di unggun api untuk menikmati santapan malam yang di masak oleh khai selaku chef yang tidak di lantik.

Tiba-tiba mata aku terkunci pada susuk tubuh yang berjalan menghampiri unggun api. Weh... Asal design baju dia sama dho..

Ridzwan melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Situ je tempat kosong yang ada. Aku memandang Ridzwan sekilas. Wajahnya itu selalu menjadi santapan ku dalam diam. Kekacakannya tidak pernah membuat ku jemu. Rambutnya yang basah itu menambahkan lagi katampanan wajah seorang budak yang berumur 18 tahun itu.

Ridzwan mula rasa di perhatikan tetapi di biarkan sahaja. Dia tahu bahawa aku sering memerhatinya. Aku kembali memandang makanan yang berada di hadapan aku.

"Kepala kau dah okay?"tanya Ridzwan. Selepas sahaja kejadian siang tadi. Kepala aku tidak berhenti berdenyut. Itu sebabnya kau tidur sampai ke malam. Aku membalas dengan anggukkan.

"Peeweet.. ada orang tu pakai baju couplelah.. so sweet"kata jezz.

Aku mengangkat wajah ku memandang sekeliling. Sebenarnya aku dah tahu baju aku dengan Ridzwan sama. Aku saje buat-buat tercari.

Mata ku melilau memandang sekeliling lalu pandangan ku terhenti di sebelah ku. Wupp! Baju sama. Pinggan ku letakkan ke tepi. Hehe.. tiba masa untuk aku cari gaduh. Kenapa? Sebab aku suka cari gaduh dengan dia. HAHAHAHA..Gelanggang pergaduhan sudah dibuka. Ting! Ting! Round 1!

" Eh! Apasal kau pakai baju sama dengan aku hah! Tak ada baju lain ke nak pakai!" Kata aku terus memulakan arena.

"Heh! Mulut tu sedap sikit ya. Kau tu yang tiru aku"balas Ridzwan.

Aku bangun berdiri begitu juga Ridzwan.

"Eh hello! Aku pakai baju ni lepas aku lemas petang tadi tau"aku mencuit hidung ridzwan kasar.

"Owh.. patut lah bau busuk semacam je dari tadi"balas Ridzwan tidak puas hati. Aku menghidu baju aku. No, still wangi okay.

"Kau saja nak cari pasal dengan aku kan. Dah lama hidup ke?".

"Ehh!! Siap yang cari pasal dulu aku ke kau". Yang lain hanya memerhati sahaja drama tak berbayar. Mereka malas mahu meleraikan. Jika gunung berapi mahu meletus jangan di usik nanti makin parah.

"Best drama malam ni dho"kata Zaim kepada Yazid. Yazid mengangguk.

"Ish.. muka dahlah macam bontot kuali. Eh katak lagi elok dari kau lah"kata aku.

"Cakap orang. Kau tu dahlah pendek, katik, gemok, hodoh. Semua yang buruk dekat kau lah" srapp menusuh ke hati aku.

"Eh! Aku cuma cakap muka kau je kan yang kau hina aku bebagai ni apahal ish!"aku memijak kaki ridzwan dan terus berlalu dari situ. Air mata yang sudah mengalir ke pipi ku hapus kasar. Aku yang cari gaduh aku juga yang sakit hati.

"Aduh!! Entah apa-apa minah ni".

"Ridzwan, akak nak cakap sikit. Elly tu sensitif sikit kalau orang cakap dia gemok" kata lisa dan berbalu mendapatkan aku di khemah.

"So, aku kena pujuklah ni?"tanya ridzwan. Semua yang ada di situ mengangguk.

"Aduh.."ridzwan menyerabutkan rambutnya di bahagian belakang.

"Woman bro, always being complicated"kata Haziq menepuk bahu ridzwan.

**********
Akhirnya tiba masa untuk aku pulang ke rumah setelah 4 hari berkampung di hutan. Tambah pula dengan wajah yang menyakitkan hati aku.

Aku mengemas barang-barang dan segera masuk ke van mini. Aku malas untuk berlama. Malas mahu menghadap muka Ridzwan dan Zack.

Pacuan empat roda meluncur membelah jalan raya. Inilah masa yang aku tunggu adalah tidur. Kalau tak memang bertimbun soalan dari pada lisa dan kenny sebagai wartawan yang tidak berbayar.

Oh ya! Untuk mengetahuan semua. Aku dengan Ridzwan masih lagi tidak bertegur sapa. Ego Ridzwan tinggi. Dia rasa masalah tentang isu gemok itu adalah perkara yang remeh. Bagi perempuan, perkara itu adalah besar apabila melibatkan berat badan.

Tidak lama kemudian, van kristal fire berhenti di hadapan pagar rumah agam milik keluargaku.

Aku melangkah memasuki rumah. Nampaknya suasana rumah sangat sunyi. Abi dengan abang Ery mesti belum pulang lagi. Aku merebahkan badanku di atas sofa di ruang tamu. Tv di buka. Remote control di capai dan di tekan ke siaran kegemaran ku. Mestilah movie english. Tak layanlah drama melayu ni. Terlalu complicated sangat kisah cinta. Naik benci pula aku rasa (jangan marah ye)

Tidak lama kemudian, aku di buai mimpi di atas sofa dengan tv masih terpasang. Ya itulah aku.

***********
Aku menggeliat bagi membetulkan urat-urat ku. Lenguh badan aku bila tidur di sofa. Aku memandang jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 malam. Aku bergegas naik ke bilik mandi dan solat.

Sesusai itu, aku turun ke dapur untuk makan malam bersama abi dan abang Ery.

Sesudah itu, aku duduk di ruang tamu bersama abi dan abang Ery. Family time!.

"adik, abi nak tanya tentang calon pilihan adik macam mana?"tanya abi.

"ya Allah abi, adik lupa pasal tu".aku memegang kepala.

"tempoh yang abi dan abang bagi telah pun tamat. Jadi adik kena terima pilihan abang dan abi"kata abang ery sambil matanya memandang kaca tv.

"mana aci macam ni. Yang akan hidup dengan dia tu adik tau. Bukan abang dengan abi. Abi.. Please don't do that to me".

"adik, abi dah bagi peluang pun dekat adik. Abang Ery tak lama lagi dia nak sambung master, abi mestilah sibuk dengan kerja, outstation lagi. Siapa nak jaga adik nanti."

"mak Mah kan ada. Pak Samad pun ada".

"adik, mak Mah dengan pak Samad tu bukan selalu ada dekat rumah ni. Mereka pun ada keluarga juga".

"tapi..".

"no excuses esok, abi nak bawak adik pergi jumpa anak kawan abi".

Aku mendengus geram. Aku berlalu ke bilik tidurku tanda protes. Aku menghenyak tubuhku di atas katil. Tangan ku memukul tilam. Dah macam orang gila dah aku ni.

"aku tak nak kahwin!!!" jerit ku.








Bersambung...

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now