Hari yang aku nantikan telah tiba. Camping time! Aku sudah mengemaskan barang ku. Perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini akan menjadi perkhemahan yang paling bermakna dalam hidup aku.
Kedengaran bunyi hon di halaman rumah. Aku bergegas mencapai beg baju dan beg galas ku mergegas turun. Kasut sukan ku capai dan di sarungkan ke kaki.
"Abang! Abi! Adik pergi dulu ya."kata aku.
"Baik la.. hati-hati"sahut ery.
Aku memasuki mini van dan kami bertolak ke tapak perkhemahan.Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk tiba di tapak perkhemahan.
Pada masa yang sama Ridzwan dan kawan-kawannya juga bertolak ke tapak perkhemahan. Ridzwan memandu kereta Axia miliknya meluncur ke jalan raya.
Untuk pengetahuan semua, Zack juga akan turut serta secara diam. Entah apa yang di rancangkan.
***************
Setibanya di tapak perkhemahan, mini van Kristle Fire di parkingkan betul-betul sebelah Axia milik Ridzwan yang baru sahaja sampai selepas beberapa minit aku sampai.Aku keluar dari mini van tiba-tiba tertancap wajah Ridzwan di hadapan aku. Ridzwan berpakaian kemeja hitam dan berkaca mata hitam membuka cermin matanya untuk memandang aku. Aku segera berpaling membelakangi Ridzwan menghadapn mini van.
Aduh..apa yang dia buat dekat sini. Mana aku pergi mesti dia ada. Tak ada tempat lain ke?
Ridzwan memandang gadis yang membelakanginya. Senyuman terukir dibibirnya. Nampaknya dia mengenali gadis yang berada di hadapannya.
Aku mengesot ke kiri tetapi langkah ku terhenti apabila di menegur aku.
"Kaca mata awak jatuh"kata Ridzwan.
Aku meraba kepala ku. Kaca mata ku masih berada di atas kepala. Tanpa aku sedar, aku sudah berpaling ke arahnya.
Ridzwan tersenyum. Muka aku sudah mencebik. Kaki ku dihentak dan berlalu dari situ.
"Comelnya bila dia marah"desis hati Ridzwan.
Kenapalah Ridzwan camping dekat sini juga. Ni kalau Khai nampak si Ridzwan ni mesti dia nak gabung ni. Mentang-mentang menang battle, semua lelaki kristle fire mula rapat dengannya. Benci!.
Khai memasang tali rafia di tanah sebagai pemisah antara khemah lelaki dan perempuan. Sedang aku asyik memasang khemah, aku terdengar seseorang memanggil nama Ridzwan. Oh! No! Jangan Khai, jangan.
"Weh, Ridz. Kau pun camping ke?"tanya khai sambil berjabat tangan.
"Ha'a. Dengan kawan-kawan aku. Ni, Haziq, zaim, yazid, dan yang ni mirul." Ridzwan menunjukkan satu persatu kawan-kawannya.
"Tiga orang dekat belakang tu kawan kau juga ke?" Tanya khai.
Mata aku terbuntang melihat kelibat Zack yang tidak jauh dari Khai. Aku segera menyorok. Aku takut kes di kolej itu berlaku kembali.
Ridzwan memandang Zack and the geng. Wajahnya berkerut menahan amarah. Mana taknya, musuh dia datang sekali. Dia mula rasa ada yang tidak kena.
"Oh tu.. itu kawan kolej aku"jawab Ridzwan dengan senyuman kelat.
"By the way, korang tak nak gabung dengan kitorang ke? Group aku ni ada 3 orang je lelaki. The rest, semua perempuan. Tak mampu juga nak control. Sebab dorang tu lain macam sikit" kata khai.
![](https://img.wattpad.com/cover/167523739-288-k833581.jpg)
YOU ARE READING
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]
Romance{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan tempuh untuk mencari calon yang diberikan oleh abinya telah tamat. Dia terpaksa berkahwin dengan pili...