Bab 50

11.9K 455 1
                                    

Seminggu sudah berlalu sejak kejadian Ery mengajak Erlina untuk berkahwin. Aku memanjangkan leher mencari seseorang di lautan manusia yang kebanyakannya baru keluar dari kapal terbang.

"Ish! Mana abi ni.. dah setengah jam tunggu tak ada pun. Entah-entah tak jadi balik"rungut ku lalu melabuhkan punggung di salah sebuah bangku.

"Sayang.. cuba duduk relax sikit. Nanti abi sampailah. Tengok Hayiz ni relax je tunggu dada"ujar Ridzwan.

"Yang kau ni dari tadi menghadap phone je dah kenapa?"kata ku kepada Ery yang duduk di sebelahnya kesal.

"Lailahaillallah... Kau ni dah kenapa? Aku main phone pun salah ke? Ini lah perempuan. Bila sakit hati semua nak di sebutnya. Semua tak kena"kata Ery dengan kepala digelengkan.

Ridzwan yang sudah mahu tergelak ditahan karang tak pasal-pasal dia tidur luar.

"Dada!!"jerit Hayiz berdiri di atas kerusi dengan lambaian.

Terus aku melihat ke hadapan terpancul figura abi sedang menolak troli bagasi dan tersenyum. Aku dan yang lain bangun dari duduk dan terus menghampiri abi

Baru saja Ridzwan menurunkan Hayiz ke bawah, terus dia berlari mendapatkan abi. Abi turut melutut dengan tangan di depakan. Badan kecil Hayiz memeluk abi erat

"Abi, pergi mana? Lama tau adik tunggu?"ujar ki.

"Tadi trafic jam tu yang lambat tu"kata abi selamba. Muka aku terus berubah cemberut mendengar jawapan dari abi. Ery tertawa geli hati. Tangan terus menyalami abi.

"Ha! Dah ada calon ke?" Satu lagi ayat menikam keluar dari mulit abi. Ery tergamam tanpa kata.

"Jomlah abi, kita pergi dekat kereta."kata Ridzwan apabila melihat aku dan Ery diam tanpa kata.

Troli bagasi milik abi di tolak Ridzwan. Hayiz pula memang melekat dengan dada dia lah. Aku dan Ery hanya membuntuti dari belakang. Masih tiada kata yang terkeluar. Menusuk sangat ke ayat abi tu.

Sepanjang perjalanan, abi berbual dengan Ridzwan tentang perkembangannya sekarang. Rancak jugalah mereka berborak. Aku dan Ery hanya memerhati. Mati kata agaknya lepas terkena panahan tajam dari abi.

Sebaik sahaja tiba di rumah, abi melangkah masuk ke biliknya untuk berehat. Aku dan Ery menghempaskan badannya di sofa dengan keluhan lega.

"Korang kenapa senyap je dari tadi?"tanya Ridzwan melabuhkan punggungnya di sofa.

"Lepas kena panahan ayat abi tadi terus aku mati kata. Tak tahu nak cakap apa? Awal-awal dah keluar ayat calon. Tak ada muqaddimah langsung"kata Ery bersandar.

"Ala.. mungkin abi penat tu naik flight. Itu yang jadi macam tu"kata Ridzwan menyedapkan hati.

"Kau ni Elly tak habis lagi merajuk dengan abi. Dah jadi mak orang pun still nak merajuk"Ery menjeling adiknya yang kelihatan seperti sedang merajuk.

"Biarkan dia, nanti tak payah pergi Maldives lusa. Biar Ridz dengan Hayiz je pergi"kata Ridzwan provok.

Mendengar sahaja ayat Ridzwan terus aku berubah riak.

"Eh! Mana ada Elly merajuk. See Elly okay je tak merajuk pun. Dah lah Elly nak masuk dapur"kata ku.

"Sikit-sikit ugut. Sikit-sikit ugut. Ish! Bencinya. Aku tak masak baru tahu. Biar semua mati ke bulur. Eh! Astarghfirullah.. celuparnya mulut aku. Tak de, tak de diorang panjang umur lagi"omel ki sendiri.

Ridzwan ketawa mendengar omelan ku. Sejak dah jadi mak orang ni, suka sangat membebel. Itu lah yang ada dalam fikiran Ridzwan.

*********
Di meja makan, masing-masing senyap menghadap makanan. Hayiz yang duduk di antara aku dan Ridzwan memandang kiri dan kanan.

"Dada, Ayiz want toys"Hayiz bersuara.

"Nice question grandson. Takdelah sunyi sangat meja makan ni."perli abi. Terus menghulurkan mainan kepada Hayiz. Hayiz menyambut dengan gembira apabila mendapat permainan baru.

"New toys lagi. Dalam rumah ni boleh buat gudang untuk mainan Hayiz je"ujar ku setelah tersentak dengan ayat abi.

"Biar lah adik.. bukan selalu pun abi bagi dia mainan"ujar abi. Aku mengeluh.

"Oh ya? Abi lupa. Ery, macam mana dengan calon menantu tu? Ada?"tanya Encik Eric dalam nada perli.

"Erm... Ada. Tunggu nak pergi meminang je ni"balas Ery.

"Okay, Ridz pergi Maldives lusakan? Berapa hari?".

"4 hari Abi"jawab Ridzwan".

"Good. Lepas Ridz dan Elly balik, kita terus pergi meminang"cadang abi.

"Hah?!"Ery terkejut. Terus tangan yang mahu menyuap nasi ke mulut terbantut.

*********
"Papa, ummi.. nak itut"rengek Hayiz mendepakan tangan ingin di dukung.

"Hayiz, let Ummi and papa go. You want a little brother or sister?"kat Ery bersuara.

Tiba-tiba aku terbatuk tersedak air liur sendiri. Ridzwan hanya membuat riaksi biasa. Terus belakang badan aku di tepuk perlahan.

"Kau jangan mengajar anak aku bukan-bukan. Aku sembelih kau buat sup nanti"marah ku.

"Eh! Mana aku ajar".

"Ummi, it is true what uncle Ry said. Your want give me a little brother"kata Hayiz sepatah-sepatah.

Aku memandang Ridzwan tidak tahu apa yang mahu di balasnya. Aduh.. seorang ni pun susah nak jaga nak ditambah lagi satu. Hayiz baru umur 2 tahun kut.

"Erm.. Hayiz, we will see okay. If, Ummi dapat bagi adik, dapatlah. Kalau tak ada it's okay"kata Ridzwan melutut di hadapan Hayiz.

Wajah aku kelihatan agak risau. Boleh percaya ke abang aku ni jaga Hayiz. Entah apa yang di ajar anak aku itu.

"Elly tak payah Risaulah. Mama ada, abah ada, abi ada, Raiqal pun ada ramai boleh jaga Hayiz. Elly pergilah bercuti. Luangkan masa dengan Ridz"ujar mama

"Ye lah mama, kalau ada mama lega sikit hati Elly ni. Kalau nak harapkan si Ery memang apalah dia ajar Hayiz".
Kata ku memandang Hayiz bersama Ridzwan dan Ery tidak jauh darinya.

Ridzwan berdiri menghampiri aku. Pinggang aku di paut.

"Kita dah boleh gerak dah ni. Nanti takut terlepas flight pula. Ridz pergi dulu ya mama, abah, abi"kata Ridzwan bersalaman dengan mereka begitu juga aku.

Ridzwan dan aku masuk ke dalam grab. Sempat aku melambai anak ku Hayiz sebelum membolosi badan kereta grab. Grab bergerak ke lapangan terbang dan hilang dari pandangan.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, wajah aku tak lari dari kerisauan. Ridzwan yang perasan akan itu terus menegur.

"Tak payah nak risaukan sangat.. dekat rumah tu kan ramai orang yang boleh jaga Hayiz"ujar Ridzwan.

"Baik lah.. harap-harap tak apa-apa lah"aku mengeluh kecil. Dia masih risau takut-takut ada musuhnya datang untuk menghancurkan rumah tangganya yang baru sahaja mahu pulih.

Setibanya di lapangan terbang, pemandu grab itu menolong Ridzwan mengeluarkan bagasi. Setelah itu Ridzwan mengeluarkan not 50 kepada pemandu. Duit baki di hulurkan.

"Eh! Tak apa. Encik simpan je baki ni. Anggap je ini rezeki encik"ujar Ridz.

"Terima kasih Encik semoga Encik dan keluarga sentiasa di lindungi tuhan"ucap pemandu grab itu.

Ridzwan menolak bagasi memasuki lapangan terbang beriringan dengan aku. Langkah di tuju ke kaunter tiket untuk check in.

Setelah itu, kami duduk di tempat menunggu. Di dalam kepala aku muncul bayangan anak ku dan Maldives silih berganti. Mana taknya aku tidak pernah berjauhan dengan anak aku.

Panggilan untuk penumpang pesawat ke maldives, pintu pelepasan sudah di buka.

Mendengar sahaja pengumuman itu, Ridzwan dan aku melangkah ke balai pelepasan. Nafas di hembus. Riak wajahnya cuba di ubah ceria. Aku perlu gembira untuk percutian ni bersama Ridzwan kali ini.









Bersambung....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now