Bab 25

13.4K 538 14
                                    

Hari ni aku menghantar Ridzwan ke kolejnya. Yelah.. dah bawak barang Projek takkan nak naik motor. Karang tak pasal-pasal benda tu hancur. Ridzwan yang sudah kemas berkemeja hitam dan bertali leher putih turun menuju ke ruang tamu.

Segala kertas kerjanya di kemaskan. Binaan projeknya di ambil lalu di bawa masuk ke dalam kereta porche milik ku.

Aku menuruni tangga dengan memakai sweater oversize dan berseluar jeans pendek dengan rambut di bun kan. Kunci kereta? Ridzwan dah ambil sebab nak letak barang dia dalam kereta.

Aku memakai cermin mata rabun ku lalu memasuki perut kereta di mana Ridzwan sudah menunggu di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Kenapa abang tak bawak kereta sendiri?"soal ku sambil memakai tali pinggang keledar.

"Kalau abang bawak kereta, nanti ramai perempuan nak dekat dengan abang. Sayang nak ke?"balas Ridzwan sambil membetulkan rambutnya menggunakan cermin pandang belakang.

Muka aku sudah cemberut. Enjin kereta di hidupkan dan terus aku memandu keluar dari perkarangan rumah.

************
Setibanya di kolej, ramai pelajar yang ingin masuk ke dalam kawasan kolej memandang akan kereta mewah itu. Seperti biasa, aku akan menyalami tangan Ridzwan dan Ridzwan mengucup dahi aku sebelum keluar dari kereta.

Ridzwan mengambil barang Projek di bahagian tempat duduk belakang dan terus memasuki kawasan kolej. Ramai yang tertanya akan siapakah gerangan yang menghantar Ridzwan tadi. Yelah.. budak famous siapa yang tak kecoh.

Sesampai sahaja di dalam kelas, Ridzwan terus meletakkan hasil Projeknya di atas meja beg galasnya di letakkan di atas kerusi.

"Lewat kau hari ni Ridz?"tanya Haziq.

"Aku tidur lewat semalam. Nak siapkan projek nilah. Kalau kene reject jugak aku tak tahulah"kata Ridzwan.

"Asal berseri betul kau hari ni"tegur Mirul.

"Berseri macam mana pulak. Aku kan memang sejak dari azali memang dilahirkan handsome"ujar Ridzwan.

Semua rakan Ridzwan membuat mata ke atas.

"Tapi betul weh kau berseri gila hari ni. Macam orang baru kawin"kata Zaim.

"Korang ni kenapa? Kan aku baru lagi kahwin. Baru 2 bulan"jawab Ridzwan keliru.

"Susah betul ada kawan bengap macam ni"Zaim pasrah.

Ridzwan hanya ketawa. Dia tahu apa yang di maksudkan kawan-kawannya. Cuma dia malas mahu bercakap pasal tu. Macam dia tak kenal kawan dia tu macam mana. Suka melalut.

Tidak lama kemudian, guru memasuki kelas dan semua pelajar segera duduk di tempat masing-masing.

"Okay semua, hari ni cikgu nak kamu semua bentangkan tentang projek kamu. Ingat, projek ni memberi kamu semua 60% markah untuk final."kata Cikgu sabri selaku tutor elektrikal.

"Baiklah kita mulakan dengan Zaim"kata cikgu Sabri lagi.

Zaim yang dari tadi berdoa supaya dia tidak menjadi yang pertama terkejut mendengar namanya di panggil. Yazid yang berada di sebelahnya menahan tawa.

Dengan lafaz bismilah, Zaim berdiri lalu melangkah ke hadapan kelas sambil membawa projeknya.

Zaim memandang kesemua rakan sekelasnya. Lalu tersenyum macam kerang busuk.

"Yang kamu tersengeh-sengeh dekat situ kenapa? Cepatlah mula"kata Cikgu Sabri.

"Oh! Dah mula ke cikgu?"kata Zaim. Yang lain hanya ketawa. Zaim ni tak pernah tak senget otak dia.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now