Bab 47

11.5K 441 3
                                    

Majlis berakhir dengan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar. Ridzwan dan aku bergerak pulang. Ridzwan mendukung Hayiz yang sudah tertidur akibat keletihan bermain.

Ery dan keluarga mentua ku sudah pulang terlebih dahulu kerana esok Ery perlu melapor diri di syarikat abi sebagai CEO.

Ridzwan membaringkan Hayiz di tempat duduk belakang dengan penuh tertib kalau terjaga nanti susah pulak dia nak tidur balik. Dia memasuki perut kereta setelah berjabat tangan dengan rakan-rakannya.

Kereta Ridzwan meluncur laju membelah jalan raya. Jam sudah menginjak ke angka 12 jadi jalan raya kelihatan agak sepi. Waktu-waktu begini semua warga kota sudah pun masuk ke alam mimpi kerana esok mereka harus memulakan rutin harian mereka.

"Sayang, bila sayang sampai sini?"tanya Ridzwan.

"Pagi tadi, mama dengan abah yang jemput".

"Oo.. dah komplot ea dengan mama dan abah"pipi aku menjadi sasaran cubitannya lembut.

"Au.. nanti kendur lah pipi Elly"aku menggosok pipi ku yang di cubit Ridzwan.

"Tu denda sebab tipu suami".

"Bukan tipu lah.. cuma tak bagi tahu je"aku tersengih.

"Ye lah.. ni esok abang off. So, esok kita settlekan hal Hayiz dulu. Nanti kalau lambat-lambat susah pulak"bagitahu Ridzwan.

"Okay. I miss you"satu kucupan singgah di pipi Ridzwan. Tersentak Ridzwan seketika.

"Sejak bila ni pandai kiss curi-curi ni?".

"Sejak... Dah ada anak hehehe"

"I miss you more"balas Ridzwan sambil mencuit hidung mancung aku dengan senyuman.

**********
Ridzwan mengangkat Hayiz masuk ke bilik. Pakaian Hayiz turut di tukar kepada baju tidur yang lebih selesa. Selesai itu, Ridzwan mencapai tuala mandi melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan solat.

Seusai itu, Ridzwan terus merebahkan badannya di atas katil bersebelahan Hayiz. Bermakna Hayiz tidur di tepi dinding. Takut tergolek jatuh katil pulak.

Aku melangkah memasuki bilik pandangan ku di arahkan ke Ridzwan yang tertiarap memandang laptop. Kaki aku hayunkan ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah itu, aku keluar dari bilik mandi sudah lengkap berbaju tidur. Tangan ku ligat mengeringkan rambut.

"Haih.. dah tidur dah. Penat sangat kut buat kerja."

Aku menghampiri katil lalu menutup laptop milik Ridwan lalu di letakkan di atas meja kerja. Aku melangkah ke meja solek untuk menyisir rambut.

Apabila rambut sudah kering, aku bergerak ke katil. Kepala di baringkan di atas perut Ridzwan yang sudah bertukar posisi dari meniarap kepada mengiring. Lantas sekeping gambar di ambil. Laju sahaja tangan aku ni gatal nak post gambar di sosial media ku iaitu instagram.

 Laju sahaja tangan aku ni gatal nak post gambar di sosial media ku iaitu instagram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now