Bab 55

10.1K 412 20
                                    

Seperti yang di janjikan. Ridzwan sedang bersiap dengan di bantu oleh Hamzah. Ridzwan berjalan di ruang tamu dengan mengenakan singlet hitam dan berseluar hitam. Di tangannya terdapat baju kemeja biru laut yang mahu di pakainya.

"Hamzah, asal kau tak bagi aku pakai baju lagi?"tanya Ridzwan menghampiri sofa yang diduduki Hamzah dan yang lain.

Hamzah berdiri dan di tangannya terdapat jaket kalis peluru. Jaket itu di hulurkan kepada Ridzwan.

"Pakai ni". Ridzwan menyambut huluran itu lalu memakainya. Terus kemeja di sarungkan ke badan.

"Ridz, aku doa supaya kau balik dengan selamat"kata Ery lantas memeluk Ridzwan. Ridzwan membalas pelukan dengan tangan menepuk belakang Ery.

"Ridz, kau dah boleh bergerak. Pasukan Haziq dan Mirul dan standby dekat sana. Jangan lupa pakai ni"alat komunikasi di hulurkan kepada Ridzwan.

Ridzwan menyambut lalu memakainya. Langkah di atur berat keluar dari rumah. Jantungnya berdegup laju. Pemanduan di mulakan dengan basmalah dan kereta Ridzwan meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Sebaik sahaja kereta Ridzwan hilang dari pandangan terus Hamzah bercakap melalui alat komunikasi.

"Sedia semua, Ridz dah keluar". Hamzah turut bergerak mengekori Ridzwan dari jauh.

**************
Ridzwan tiba di gudang yang di maksudkan Najwa. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Gudang itu di pandangnya lama. Nafas berat di hembus. Terus kakinya melangkah menuju ke pintu gudang.

Terdapat dua orang lelaki bertatoo dan berbadan besar menjaga pintu. Sebaik sahaja dua orang lelaki itu nampak akan kehadiran Ridzwan, terus pintu gudang di buka luas.

Kaki Ridzwan melangkah masuk kedalam gudang. Sunyi sepi. Mata Ridzwan melilau melihat sekeliling yang penuh dengan lelaki yang memegang senjata.

Kaki Ridzwan terhenti apabila melihat Najwa yang memperagakan busana pengantin duduk di atas sebuah kerusi. Mata Ridzwan tertancap pula pada. Wanita dan sangkar yang ada di belakang Najwa.

Terbuntang wajah Ridzwan melihat wajah aku yang lebam dan bibir yang pecah berdarah. Hayiz pula mula menangis apabila ternampak dirinya di situ.

"Najwa! Aku dah cakapkan jangan apa-apakan Elly!"marah Ridzwan kakinya baru mahu melangkah menghampiri aku tetapi Najwa pantas memberi isyarat kepada anak buahnya supaya memegang Ridzwan.

"Well, well. I tahu U mesti datang"kata Najwa senyum menyeringai. Dia duduk bersandar di kepala kerusi sambil memutarkan pistol yang ada di tangannya.

"Lepaslah! Kau nak aku kan! Aku dah datang sekarang! Kau nak apa lagi! Lepas kan isteri dan anak aku!"amuk Ridzwan meronta. Tetapi tidak mampu untuk dia melepaskan diri dari lelaki berbadan besar yang memegangnya.

"Kau! Bawa tok kadi masuk sekarang!"arah Najwa kepada anak buahnya.

Anak buah Najwa menuju ke satu bilik di mana tok kadi di tempatkan. Segala perbicaraan antara najwa dan Ridzwan dapat di dengari oleh Hamzah dan yang lain. Hamzah yang sudah lengkap berpakaian operasi bersembunyi menunggu isyarat.

Anak buah Najwa membawa keluar tok kadi lalu mendudukkan tok kadi di salah satu kerusi. Elly yang baru sedar memandang ke hadapan di mana jelas kelihatan Ridzwan berada di hadapannya.

"Abang!"jerit ku dengan suara yang serak-serak basah.

"Elly!"Ridzwan meronta untuk melepaskan diri. Tetapi dia di dudukkan oleh anak buah Najwa di kerusi berhadapan tok kadi.

"Kau dah sedar, baguslah. Sekarang, aku nak kau tengok sendiri depat mata kau yang laki kau ni kahwin dengan aku dan lepas tu dia akan ceraikan kau".

"Kau lepaskan isteri dan anak aku dululah!" Kata Ridzwan marah.

Najwa mengisyaratkan kepada anak buahnya menggunakan pistol di tangannya supaya lepaskan aku dan Hayiz. Sebaik sahaja tali yang mengikat aku di lepaskan, terus aku menerpa ke arah Hayiz yang di keluarkan dari sangkar.

"Sayang ummi okay?"tanya aku menangis lalu mencium dahi Hayiz. Hayiz mengangguk menangis terus badan aku di peluk ketakutan. Aku dapat merasakan gegaran Hayiz yang ketakutan berada dalam pelukan aku.

"Elly dah terlepas. Bertindak sekarang"kata Haziq yang menyorok tidak jauh dari situ melalui alat komunikasi.

Hamzah menembak dua orang lelaki yang menjaga pintu menggunakan silencer. Terus terkulai dua orang lelaki itu.

"Boleh kita mulakan sekarang?"tanya tok kadi ketakutan.

"Silakan tok"jawab najwa tersenyum senget.

Tok kadi menghulurkan tangannya, teragak-agak Ridzwan mahu menyambutnya. Aku yang ada di situ tanpa pengawasan di tarik oleh seseorang. Bersembunyi di balik timbunan simen. Aku yang inginmenjerit di tutup oleh orang itu. Aku memandang lelaki di hadapan aku yang lengkap berpakaian tentera dengan mulut dan hidung di tutup hanya menampakkan mata sahaja.

Lelaki itu beredar dari situ. Aku mengintai Ridzwan di sebalik timbunan simen. Tiba-tiba kedengaran tembakan yang rancak. Terus suasana yang senyap tadi menjadi riuh dengan bunyi tembakan. Aku memeluk Hayiz erat dengan tangan aku menekup telinga Hayiz.

Ridzwan menendang di bawah dagu lelaki yang memegangnya tadi terus lelaki itu kebelakang. Najwa yang terdengar akan tembakan terus mencari punca. Tanpa dia sedar, Ridzwan sudah lari bersama tok kadi itu.

Kedengaran bunyi letupan yang datang dari luar. Satu kapal pelayaran meletup. Najwa terpinga-pinga. Kakinya laju melangkah dan menembak. Tapi satu pun tidak mengena.

Suasana gudang gamat dengan bunyi tembakan. Aku ternampak seorang beruniform dari pintu belakang gudang memanggil aku. Terus aku melepaskan Hayiz pergi terlebih dahulu. Bayangan Hayiz sudah hilang, aku berdiri mahu keluar tetapi nasib ku kurang baik. Aku dapat merasakan ada sepucuk pistol yang melekat di belakang kepala ku yang tudung sudah hilang entah kemana dengan rambut yang sudah serabai.

Ridzwan yang bersembunyi di sebalik timbunan, terpandang akan dua orang yang berjalan ke tengah gudang. Mata Ridzwan terbuntang melihat aku berjalan ke tengah gudang dengan Najwa berada 3 meter di belakang mengacu pistol ke arah aku.

"Najwa! Lepaskan Elly!"kata Ridzwan keluar dari tempat persembunyian menghadap Najwa.

Tembakan yang tadinya rancak terhenti. Konco-konco Najwa yang tadinya ramai, kini tersisa 5 orang sahaja.

"Aku dah cakap dekat kau jangan bawa orang lain. Kau degil Ridz. Sekarang nyawa isteri kau ada dekat tangan kau sekarang ni."kata Najwa dengan senyuman sinis.

"Najwa, tolong.. aku merayu dekat kau. Lepaskan isteri aku"kata Ridzwan matanya memandang aku yang sudah mengalirkan air mata.

"Sekarang baru kau nak merayu dekat aku! Eh! Tak guna dah Ridz! Budak-budak aku dah ramai mati. Kapal aku pun korang dah letupkan. Apa kata kita mati sama-sama"kata Najwa ketawa.

"Eh betina! Kau pusing hadap aku sekarang!"marah Najwa. Aku memusingkan badan ku perlahan menghadap Najwa. Tangisan masih lagi bersisa.

"Kau memang perempuan tak sedar diri. Kau rampas ridz dari aku! Kau hancurkan hati abang aku. Kau tahu tak! Abang aku meninggal kemalangan sebab kau!"tambah Najwa lagi.

Mata aku membuntang. Wajahnya terangkat memandang Najwa. Jangan-jangan...

"Hazriq"satu nama yang keluar dari mulit aku.

"Oh!.. nampaknya kau ingat lagi nama dia. Di sebabkan kau, hidup aku musnah. Kau sepatutnya mati!"Amuk Najwa. Pistol di halakan kearah aku.

Aku memejamkan mata. Aku mendengar Ridzwan menjerit nama ku.

Bang!! Bang!!









Bersambung....

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now