Bab 23

13.3K 616 0
                                    

Aku meniarap di atas katil. Kepala di disembamkan ke bantal. Tidak sanggup aku mahu berdepan dengan Ridzwan.

Pintu bilik di buka perlahan. Ridzwan menjenguk ke dalam bilik dan ternampak aku duduk meniarap di atas katil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu kembali. Langkahnya di atur ke katil bahagian kanan.

Ridzwan duduk di lantai sambil dagunya di tongkatkan di atas tilam menghadap aku.

Tangan kanan Ridzwan mencuit tangan aku yang menutupi muka. Aku menggeleng tanda tidak mahu memandangnya.

"Elly, pandanglah aku ni"kata Ridzwan dengan nada lembut kalau dengan suara kasar mahu tak bertegur dengan aku sebulan. Susah pulak nanti.

"Tak nak. Nanti kau marah aku"kata ku dengan wajah masih lagi menekup bantal.

Ridzwan menghela nafas. Badannya di ubah posisi. Dia bersandar di meja kecil di sisi katil. Kaki kanan di luruskan manakala kaki kiri menampung tangan kirinya.

"Aku tak marah kau. Aku cuma geram. Kenapa kau selalu kena kacau. Nak kata kau cantik tu.. adalah sikit. Tapi comel je yang banyak. Ikutkan hati aku ni, nak je aku tumbuk mamat tadi tu"jelas Ridzwan mendongak memandang siling.

Aku menelengkan wajah ke kanan memandang Ridzwan. Rambut yang menutupi wajah, ku selak

"Salah aku ke sebab aku ni comel!"kata aku geram.

"Memang salah. Kau terlalu comel sampaikan aku ni dah jatuh cinta dekat kau"kata Ridzwan tanpa sedar menghadap aku.

Aku terdiam seribu bahasa. Ridzwan menutup wajahnya dengan sebelah tangan sambil tertunduk. Malulah tu terlepas cakap. Aku bangun dari tiarap, dan merangkak menghampiri Ridzwan yang ada di sisi katil.

"Betul ke kau cintakan aku?"tanya aku lagi tersenyum.

"Dahlah aku nak pergi mandi"kata Ridzwan berdalih lalu berdiri.

Baru Ridzwan mahu melangkah, kakinya terhenti. Dia memandang ke arah lengannya yang di paut oleh aku. Aku berdiri di atas katil bagi menyamakan tinggi ku dengan Ridzwan lalu merenungnya

"Apa kau renung aku macam tu?"tanya Ridzwan.

"Cepatlah.. betul ke kau cinta kan aku"kata aku menggoncangkan tangan Ridzwan seperti kanak-kanak yang tak dapat mainan.

"Ye.. dah lepas. Aku nak mandi"jawab Ridzwan. Terus aku melepaskan pegangannya senyuman melebar di bibir.

Ridzwan Segera masuk ke bilik air. Boleh tahan merah jugak muka dia menahan malu. Aduh.. isteri sendiri pun nak malu ke?.

Aku yang mendengar akan jawapan Ridzwan sudah melompat keringan di atas katil. Siapa je tak suka kalau cinta terbalas.

Ridzwan memandang cermin yang sudah di ganti dengan yang baru akibat tumbukannya. Mukanya di simbah air beberapa kali. Dia memandang pantulan wajahnya di cermin. Senyuman tipis terukir.

Seusai mandi, seperti biasa Ridzwan akan keluar dari bilik air hanya dengan bertuala sahaja di lilit di pinggang. Elly yang bersandar di kepala katil sedang asyik dengan telefonnya perasan akan itu terus memusingkan badannya menghadap kearah bertentangan.

"Ish!! Kau ni kan selalu macam tu. Keluar tak pernah nak pakai baju terus"marah aku. Bukan marah sangat pun. Marah-marah manje gitu..

Ridzwan yang sudah memakai seluar tetapi belum berbaju menghampiri aku. Dia duduk di birai katil dengan tshirt di tangannya. Aku segera menutup muka dengan kedua-dua belah tangan. Senyuman nakal terukir di wajah Ridzwan. Timbullah idea-idea mahu mengusik Elly. Ridzwan mendekatkan jaraknya dengan aku. Badannya di sengetkan merapati aku.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now