Ridzwan menuruni anak tangga mencari kelibat aku. Sudah habis kering otaknya memikirkan macam mana dia nak memujuk isterinya. Ridzwan ke halaman belakang. Dia ternampak aku dan Mak mah sedang berborak di gazebo berhampiran kolam renang.
"Eh! Mak su, bila sampai"tegur Ridzwan lalu menyalami tangan Mak mah.
"Baru je sampai, maksu nak masuk dalam dulu lah ye"kata Mak mah berlalu.
Ridzwan mengambil tempat duduk di sebelah aku. Ridzwan tersenyum dan aku membalas dengan jelingan. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Malas nak tengok muka cekodok tak siap tu. Menyakitkan hati.
"Okay, aku minta maaf sebab aku senyum dekat perempuan-perempuan tadi tu. Lagipun diorang yang tegur aku dulu"pujuk Ridzwan.
"Kau pun melayankan. Tersenyum-senyum. Perempuan tu pun satu. Dah tak ada lelaki lain ke nak tegur. Duk tegur laki orang tu kenapa"bebel ku. Ridzwan tergelak kecil mendengar leteran aku
"Nampakkan suami kau ni handsome. Sebab tu ramai perempuan pandang".Ridzwan tersenyum lalu menjungkitkan sebelah keningnya.
"Ee.. kau ni kan. Jangan nak perasan boleh tak. Bukannya nak pujuk aku. Makin nak buat aku sakit hati. Blah ar"marah aku memukul lengan Ridzwan.
"Okay,okay. Elly, pandang aku"Ridzwan memegang tangan aku. Aku menatap wajah Ridzwan. Nak suruh pandang lama-lama pun tak apa. Uhuk.
"Aku minta maaf okay. Janji aku tak layan perempuan lain. Tapi, kau kena bagi aku upahlah"kata Ridzwan.
"Upah?"tanya ku keliru.
"Ye, upah"Ridzwan tersenyum nakal. Keningnya di jungkitkan.
"Ish!! Kau jangan nak mengada boleh tak. Habiskan sekolah dulu"aku menolak badan Ridzwan jauh dari aku. Aku lari masuk ke dalam rumah. Seram sejuk aku di buatnya. Ridzwan ketawa puas.
"Elly, Elly. Seronok betul dapat mengusik kau"kata Ridzwan sendiri.
************************************
Keesokkan harinya, Ridzwan bangun awal pagi untuk ke sekolah. Seusai mandi, dia sudah melihat bajunya sudah sedia tergosok di atas katil. Ridzwan menyarungkan baju kemeja putih dan berseluar slack hitam. Rambut di sikat kemas. Dia mencapai tali leher lalu di ikatnya di leher.
Lengan baju kemeja di lipat hingga ke siku. Beg sekolah di capai dan berlalu keluar dari bilik menuruni anak tangga menuju ke meja makan.
"Morning Abi, abang Ery"ujar Ridzwan.
"Morning, wow! Kemas menantu abi hari ni"kata abi
"Ridz kan MPP dekat KV, itu yang kena pakai kemas ni"jawab Ridzwan.
Aku menuangkan air ke dalam cawan. Nasi goreng di sendukkan kedalam pinggan Ridzwan. Isteri Mithalilah katakan...hahaha terperasan pulak.
Sesudah sarapan, abi dan Ery bergerak ke pejabat terlebih dahulu. Ridzwan menyarungkan kasut ke kaki. Baru sahaja dia ingin melangkah, aku memanggilnya.
"Hah? Nak apa?"tanya Ridzwan.
"Nak tangan?"pinta Ku. Ridzwan menghulurkan tangan kirinya kepada ku.
"Bukan tangan ni. Tangan lagi satu" Ridzwan menghulurkan tangan kanan. Aku menyambut tangan Ridzwan dan menciumnya. Senyuman manis aku lemparkan.
Ridzwan sedikit terkesima dengan tindakan itu. Dia memaut kepala aku lalu dahi aku dikucup sekilas dan terus dia menaiki motosikalnya.
Aku tersenyum bahagia. Motor Ridzwan meluncur laju ke jalan raya. Aku memasuki rumah lalu pintu rumah di kunci. Remote pagar automatik di tekan dan pintu pagar tertutup dengan sendiri.
************************************
Ridzwan tiba di KV 15 minit kemudian, tidak jauh pun rumah mentuanya dengan KV kalau dari rumah mama dan abahnya memang jauh. Terpaksalah dia tinggal di asrama.Ridzwan baru teringat akan tiga jarinya yang masih merah berinai. Macam manalah dia nak sorok. Ridzwan berjalan menuju ke kelasnya seperti biasa, memang ramai junior-juniornya yang menegur.
Setibanya di hadapan kelas, dia ternampak akan kawannya berkumpul, terus di hampirinya.
"Weh... Pengantin baru dah sampai guys!!"kata Zaim ketawa lalu berjabat tangan dengan Ridzwan.
"Kau ni memang sajakan"kata Ridzwan yang ingin mengetuk kepala Zaim tetapi sempat dielak.
"Ridz amacam? Hidup dah berbini?" Tanya Haziq menyakat. Yang lain turut tersenyum.
"Senang gila hidup aku. Baju aku tak payah iron sebab ad orang dah ironkan. Sarapan pulak tak payah beratur pagi-pagi dekat dewan makan sebab ada orang sediakan. Yang paling best tidur berteman weh.."kata Ridzwan provok. Saja dia nak kawan-kawan dia berasa cemburu.
Mereka ketawa. Tiba-tiba seseorang datang memasuki kelas itu dan suasana yang tadinya riuh kini menjadi sepi.
Mata Ridzwan dan rakan-rakannya terkunci pada muka pintu kelas. Muncul figura seorang gadis yang memakai baju kemeja berblazer dan skirt separas peha.
Terbuntang mata mereka apabila melihat figura itu di depan kelas. Gadis itu berjalan menghampiri Ridzwan yang duduk di atas meja.
"Kau nak apa datang sini? Kau tak malu ke? Baik kau balik.. kau tukar pakaian kau tu dulu"marah Ridzwan.
"I datang sebab nak jumpa you. Congrats sebab you dah jadi suami orang"kata gadis itu.
"Eh Mia! Kau balik lah. Kau ingat kau dah jadi model kau boleh datang sini dengan pakai macam ni. Huh! Geli aku tengok"kata Haziq.
"Entah! Badan bukan cantik sangat pun. Tak selera aku tengok"tambah Yazid.
"Hey! I bukan nak cari you all. I datang nak cari Ridz"marah Mia. Kawan-kawan Ridzwan menggulingkan mata menyampah pulak dengan perempuan tu.
Mia menghampiri Ridzwan. Tangannya menyentuh bahu dan dada bidang Ridzwan.
"Ridz, you tahukan i still cintakan you. I sanggup jadi isteri nombor 2 you kalau you tak kesah"kata Mia.
Ridzwan menolak Mia jauh darinya apabila mendengar perkataan isteri nombor 2.
"Wowh! Wowh! Kau nak aku kahwin dengan kau. Huh! Sorry aku tak berminat. Cukup lah sorang yang boleh jaga makan, pakai aku"kata Ridzwan berdiri turun dari meja.
"Sekarang kau dengar sendirikan Ridz cakap apa. Apa tunggu lagi? Asyilalah berambus"kata Mirul.
"How dare you do this to me. You tunggu apa yang I akan buat"kata Mia terus berlalu dari situ. Orang yang berada didalam kelas itu hanya ketawa. Ramai juga yang tak suka dengan Mia tu rupanya.
"Dia tu dah gila ke apa? Dia yang mintak putus dengan kau, lepas tu dia yang datang balik dekat kau. Hahahaha lawak siot"kata Zaim.
"Tulah. Mana dia boyfriend perancis yang dia selalu pos dekat instagram tu?"tambah Mirul. Mereka ketawa puas.
Mia memasuki keretanya. Stereng kereta di hentak beberapa kali. Rambutnya di serabutkan. Dia menjerit seorang diri di dalam kereka semacam orang tidak waras.
"Tak guna!! Sampai hati kau buat aku macam ni Ridz!! Kau tunggu apa aku akan buat"Mia yang marah kini berubah mood ketawa tak ubah seperti orang yanh kurang kewarasan. Dia memandu keretanya pulang ke rumah.
Bersambung....
YOU ARE READING
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]
Любовные романы{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan tempuh untuk mencari calon yang diberikan oleh abinya telah tamat. Dia terpaksa berkahwin dengan pili...