Bab 53

10.5K 437 9
                                    

Rombongan pengantin lelaki sudah pun tiba dan bersedia di dalam masjid. Ery duduk bersila di atas pelapit segak berbaju melayu putih bersampin dan bersongkok. Di sebelah kanannya Ridzwan dan di sebelah kiri pula Hamzah masing-masing segak berbaju melayu berona beige.

Rombongan pengantin perempuan melangkah masuk ke masjid. Wajah pengantin masih di tutup dengan kipas tangan oleh Mimi yang berada di sebelah kanan pengantin. Yang menjadi tumpuan sekarang ni adalah aku.

Ridzwan yang memandang rombongan pegantin perempuan memasuki masjid tergamam begitu juga Ery dan abi. Masing-masing tercengang melihat penampilan baru aku yang ayu bertudung.

"Weh! Haziq. Kau tampar aku jap. Betul ke tu bini aku"kata Ridzwan kepada Haziq yang duduk bersila di sebelahnya tidak berkelip memandang aku.

Tanpa teragak-agak terus Haziq menampar Ridzwan. Ridzwan memandang Haziq dengan tangan di pipinya.

"Asal kau tampar aku?"tanya Ridzwan.

"Habis kau yang suruh aku tampar kau".

"Jadi ni bukan mimpikan. Tu betul bini aku kan?"tanya Ridzwan berkali-kali.

"Ye.. tu bini kau. Cantik dia pakai tudung"ujar Haziq.

Mata Ridzwan tidak lepas dari memandang aku. Nampaknya ada yang jatuh cinta buat kesekian kalinya pada isteri sendiri. Aku yang perasan Ridzwan asyik memandang ku, terus menutup wajah dengan menggunakan kipas tangan yang di pegang untuk mengipas pengantin. Wajah ku berona merah. Malu.

"Ery Julian bin Muhammad Eric, aku nikah akan dikau dengan Putri Erlina binti Mohtar berwakil walikan bapa saudaranya, dengan mas kahwin seberangkat alat solat dan senaskah Al-Quran tunai".

"Aku terima nikahnya Putri Erlina binti Mohtar dengan mas kahwinnya seberangkat alat solat dan senaskah Al-Quran tunai"ujar Ery sekali lafaz.

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah" dengan sekali lafaz Ery sudah sah bergelar suami kepada Erlina. Tok kadi menadah tangan membaca doa.

Aku memandang Erlina yang sudah bergenang air mata terus aku menghulurkan tisu. Nanti rosak pula make up. Erlina menyambut huluran tisu sengan senyuman bahagia.

Selesai Ery solat, dia berjalan menghampiri Erlina. Aku dan Mimi memberi ruang kepada Ery untuk sesi menyarungkan cincin dan pembatalan wudhu'.

Aku bangun mendapatkan suami tercinta ku yang berdiri memandang sesi pembatalan wudhu' itu.

"Teringatkan waktu kita kahwin. Tapi tak rasa macam diorang"ujar aku.

"Yelah.. waktu tu kena paksa kahwin memang tak rasa bahagia. Tapi sekarang kita dah bahagia. Oh ya, by the way, cantik sayang pakai tudung"kata Ridzwan memeluk bahu aku. Aku tersenyum sipu. Siapa tak happy kalau suami sendiri yang puji.

"Jom-jom bergambar"kata jurugambar.

Aku dan Ridzwan beriringan menghampiri pengantin. Belum sempat jurugambar menangkap gambar, Ery mengangkat tangan ke udara tanda sekejap.

Hayiz yang berada dalam dukungan abi di panggil. Hayiz di turunkan ke bawah terus dia berlari terkedek-kedek mendapatkan Ery. Setelah semua bersedia, terus gambar di ambil.

**********
Majlis persandingan berlangsung di kediaman abi. Ramai tetamu yang hadir. Kelihatan dua mempelai sedang duduk di atas pelamin. Di kiri dan kanan pengantin terdapat dua pengapit yang cantik dan tampan. Siapa lagi pengapit diorang kalau bukan Hamzah dan Mimi.

Aku yang berada di muka pintu hanya melihat dari jauh. Teringin pula mahu bersanding tetapi apakan daya. Sudah terlalu lewat. Satu suara menyedarkan aku dari lamunan.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now