bab 1

47.9K 1K 37
                                    

Kedengaran bunyi music yang kuat memecahkan gegendang telinga yang mendengar. Ditengah-tengah Pavillion mall terdapat sekumpulan remaja yang membuat persembahan tarian. Kalau dilihat sekali pandang memang nampak tariannya agak merbahaya. Tetapi bagi mereka itu adalah satu kepuasan yang dapat menghiburkan pengunjung.

Sebelum mereka menari di tengah-tengah Pavillion mall tu memang mereka sudah meminta kebenaran. Kalau tak, tak pasal-pasal kena halau dengan guard.

Macam mana aku tahu? Sudah tentulah aku ni salah satu dari mereka. Aku memang suka menari sejak aku berumur 9 tahun. Jenis tarian aku, sudah tentu hip hop dan break dance.

Korang mesti ingat kan kalau perempuan mesti suka menari kpop, ballet. Aku bukan jenis macam tu.

Aku dan beberapa orang lagi penari memasuki lantai tari. Sebaik sahaja lagu smack that by akon dimainkan aku mula melenggokkan tarian hip hop mengikut rentak lagu. 11 tahun aku berlatih dan inilah hasilnya.

Pengunjung yang menonton persembahan itu mula bertepuk tangan. Tiba di korus lagu. Aku pula bergerak solo menari break dance.

************

"Weh Haziq, apa yang kau tengok tu. Aku cakap dengan kau dari tadi, kau buat derk je"tanya Ridzwan menepuk bahu Haziq dari belakang.

"Tak, aku tengok orang menari dekat sana tu. Terror gila dia dance. Perempuan pula tu."kata Haziq.

Ridzwan menarik lengan Haziq ke arah pengunjung yang berkerumun melihat tarian yang di maksudkan Haziq itu.

'apa yang hebat sangat perempuan tu menari' desis hati Ridzwan

Langkah kaki Ridzwan terhenti betul-betul di hadapan aku. Rambut aku yang tadinya menggayakan jenis bun terlerai. Rambut ingkal paras pinggang terkibar setiap kali aku bergerak.

Aku berpusing bagi menamatkan tarian. Entah macam mana aku hilang keseimbangan dan jatuh ke dalam pelukan seorang lelaki. Pandangan kami terkunci.

'Wow, hensemnya dia' sempat lagi hati aku memuji.

Lama kami berpandangan aku tersedar lantas menolak dada lelaki itu agar menjauh dari aku.

Aku melangkah ke arah kawan-kawan ku dan berlalu dari situ. Ya Allah, malunya.. Macam mana boleh terpeluk orang ni.. Muka ku yang putih kini sudah menjadi kemerahan.

"Elly, kau ni kenapa? Asal muka kau merah semacam je ni?"tanya suraya rakan ku.

"Babe, malunya aku... Tak pasal-pasal terpeluk lelaki tu tadi. Malunya..."aku menekup muka ku dengan ke dua belah tapak tangan.

Sambil aku melangkah tiba-tiba aku terlanggar sesuatu yang keras.

"aduh! Sakitnya dahi aku.. Heh jalan tu pakai mata. Bukan pakai kepala lutut"Marah ku. Aku menggosok dahi ku. Aku mendongak memandang gerangan. Terkedu aku apabila melihat wajah orang itu.

Alamak lelaki ni lagi. Malu aku pasal tadi pun tak hilang lagi, ni tambah pula satu lagi.

Tangan Suraya aku capai laju saja kaki aku melangkah. Langkah ku terhenti apabila lelaki tadi memegang tangan ku menyebabkan langkah aku terhenti.

"Kau terjatuhkan ini"lelaki itu bersuara. Tangannya mengangkat seutas gelang yang tertulis nama aku.

Eh! Itu gelang aku. Macam mana boleh ada dekat dia. Gelang di tangan lelaki itu aku ambil dan berlalu tanpa mengucap terima kasih.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now