❛ 7 billion women in the world, only you can take my heart. ❜
--
"Suhee ah, bangunlah tenuk." bunyi ketukan yang kuat di pintu bersama suara abangku, Seokjin dari luar dapatku dengari. Aku bergolek beberapa kali atas katil sebelum bangun dari pembaringan.
Penatnya.
Apa yang penat? Penat tidur HAHA-
Masuk hari ini sudah lima hari Mark tinggalkan aku. Eh silap, aku tinggalkan dia supaya dia dapat bersama dengan perempuan yang selama ini aku anggap kawan baik aku.
Lima hari juga aku tak datang sekolah. Aku tak bagitahu sesiapa tentang ini. Ada je alasan aku reka supaya eomma benarkan aku ponteng.
Aku tahu eomma perasan perubahanku namun apabila ditanya, aku cuba mengelak. Mungkin sebab itu eomma bagi aku ponteng?
Eomma, i love you mwah.
Aku manusia juga. Bukannya mainan untuk ditinggalkan bila kau dah penat main. Aku terluka.
"Woi, dah bangun ke belum?" soal Seokjin masih mengetuk pintuku. Ey, roboh karang. Aku merungut sebelum membuka ke pintu.
"Nak apa?" soalku malas. Seokjin memandangku atas bawah sebelum memggelengkan kepalanya.
"Kau ini adik aku ke beruk?" berkerut aku mendengar kata - kata Seokjin. Ada juga yang kena tikam ini kang.
"Ish, malaslah layan kau." aku menutup pintuku kembali namun dihalang oleh Seokjin.
"Kau ini cakap sikit nak merajuk. Aku nak bagitahu ini, eomma suruh aku beli barang dekat mall. Kau nak ikut tak?" soalnya. Aku terdiam sejenak.
"Perempuan selekeh itu?"
Aku teringat kata - kata Mark. Berasap aku dibuatnya. Aku patut ubah diri aku. Kena tambahkan fab aku yang memang dah fabulous ini.
"Bolehlah. Tunggu aku siap." kataku.
"Aku bagi kau 10 minit kalau tak, aku tinggal." kata Seokjin sebelum berlalu pergi. Gila ke 10 minit je boleh siap? Dia pun bersiap 2 jam, nak suruh aku bersiap 10 minit?
Ha elok sangat.
Haih, abang aku ini. Aku pantas mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
Aku, Kim Suhee akan pastikan Mark Yien-Tuan dan Park Hyerim, melutut merayu minta maaf dengan aku.
Kau orang tak tahu apa yang kau orang dah buat.
Aku akan balas dendam--
"Suhee, cepat! Aku tinggal kang!" jerit Seokjin dari luar.
"Sabarlah, orang tengah mandi ini adoo!"
Dendamku akan bermula selepas aku tendang Seokjin yang mengetuk pintuku bagai nak roboh.
Dia ini memang nak kena-
--
;kimseokjin
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfic❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-