❝ Im not jealous, i just hate anyone whos trying to take my girl away. ❞
×
;kimsuhee
Aku menggeliat dengan penuh perasaan. Ergh, lenguhnya badan aku. Aku pandang Hannah, dia masih tidur di katilnya. Aku ambil telefonku untuk melihat waktu.
7:56 pagi.
Hah, awalnya.
Cermin aku pandang. Hm, muka ini tak boleh nak sembab lagi ke? Ha, yang kau ini pun satu emo sangat semalam apa hal? Melalak macam apa je. Nasib baik sewaktu Hannah balik itu aku dah senyap.
Adudududuhh, aku kena pakai clay mask untuk kurangkan sembab.
Tips kecantikan yalls-
Setelah basuh muka dan gosok gigi, aku mula menepek clay mask di muka dan biarkan. Kita kena biarkan dalam 5 minit. Sementara itu, aku buka wattpadku yang dah bersarang lama tak dibuka.
Alah, rindulah pula.
Aku scroll library kemudian menekan koleksi one shot story oleh seorang author yang aku tak berapa kenal.
Erm, boleh tahan juga. Meroyan aku pagi - pagi sebab berangan dengan bae.
Aku tengok jam. Elok - elok aku tunggu 5 minit, ini dah 20 minit ini. Aku bangun dan terus menuju ke tandas selepas mengambil tualaku yang tersangkut di balik pintu.
Alang - alang nak cuci mask ini, baik aku mandi terus en?
Selesai mandi, sekali lagi aku melihat mukaku di cermin. Okay, dah elok yey. Selalunya, kalau tak elok lagi, aku akan ambil ais yang dibalut dengan tuala dan tekapkan di muka.
Satu lagi tips mwah-
Hari ini barulah aktiviti akan dimulakan. Semalam? Semalam berehat je. Sebab itulah boleh melantak makan ramen semalam.
Baju kemeja berwarna putih yangku masukkan kedalam bersama ripped jeans biru. Hm, bolehlah. Nak melawa buat apa?
"Hmm, good morning Suhee." sapa Hannah yang baru bangun tidur.
"Morning." balasku tersenyum.
"Eh, dah siap dah? Kita kena berkumpul pukul berapa?" soal Hannah sambil menggosok sebelah matanya.
"Pukul 11 pagi but saya nak keluar sekejap. Nak saya belikan apa - apa tak? Rasanya saya akan singgah ke kedai untuk beli sesuatu." kataku memandangnya. Sekarang baru pukul 9:12 pagi. Sebab itulah.
"Hm, its okay. Have fun." Hannah tersenyum. Matanya tertutup.
"Saya tak bawa kunci tahu." pesanku.
"Okay." Hannah kembali berbaring di katilnya. Nak sambung tidurlah itu.
Aku buka pintu, terkejut dengan adegan di depanku.
"Suhee!" serentak dua manusia itu memanggilku membuatkan aku berkerut.
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfiction❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-