❝ My hearts melt down every moment i see your pretty face. ❞
×
"Kau penipu! Apa lagi kau nak bohong pada aku? Sudahlah, aku dah tak tahan! Aku penat!" Aku memukul dada Jaebum. Serius, aku dah tak larat nak layan semua ini. Tolonglah, aku taknak percayakan penipuan kau lagi.
"Suhee, aku tak bohong." kedua - dua tanganku yang memukul dadanya dipegangnya. Aku memandangnya.
"Aku bercinta dengan Jikyung sebab muka dia seiras kau. Aku tak pernah lupakan kau, sekali pun tak pernah. Kaulah penyebabnya aku buat semua ini." kata Jaebum memandang jauh ke dalam mataku.
"Apa motif kau suruh orang siasat latar belakang aku? Kau nak buat apa dengan semua maklumat itu? Nak ugut aku?" kataku masih tak puas hati.
"Er, itu-"
"Baik kau jujur." Aku memandangnya tajam.
"Aku nak kenali kau lebih dalam tapi aku takut kau hanya anggap aku sekadar teman lelaki palsu. Thats why aku end up suruh orang siasat kau." kata Jaebum menunduk. Sesekali dia memandangku untuk melihat reaksiku. Aku mengeluh, kecewa sungguh demgan sikapnya.
Belum cuba dah mengalah? Betul ke ini Jaebum?
"Kenapa kau tak tanya je?" soalku.
"Aku takut kau tinggalkan aku kalau aku nak tahu lebih - lebih." aku tampar dahi. Bukan dahi aku tapi dahi Jaebum. Geram aku.
Jaebum memegang dahinya. Terkejut dengan perilakuku yang ganas.
"Kau tak pernah cuba pun, kau dah anggap macam itu. Kau cakap macam kau kenal siapa aku." Aku berkata dengan penuh perasaan.
"Aku kenal kau. Aku rasa kau je yang dah lupakan aku." katanya lagi, mengeluh. Aku terdiam. Cuba memproses kata - katanya. Aku lupakan dia?
"Kau ingat tak ini?" rantai hitam yang dipakainya dikeluarkan dari baju, menampakkan cincin mainan yang tergantung padanya.
Eh, itu-
"Nanti dah besar, kita kahwin eh?" aku tersengih - sengih. Jaebum memandangku terkebil - kebil, terkejut dengan pernyataanku yang tiba - tiba.
"Okay." Jaebum tersengih, menampakkan eyesmilenya.
"Bak sini tangan." aku menghulurkan tanganku, meminta tangannya. Jaebum menyambut tanganku tanpa banyak songeh.
"Janji tahu?" kataku sambil menyarungkan cincin mainan berharga 50 sen yangku dapat daripada gashapon tadi pada jarinya.
"Eung!" Jaebum tersenyum.
Aku menarik selimut lalu menutup mukaku apabila mengingati kembali peristiwa tersebut. Weh, malunya. Kenapalah aku yang berumur 9 tahun boleh buat macam itu? Dah besar kot waduh waduh.
Aku boleh dengar Jaebum ketawa dari luar selimutku. Ah, diamlah.
"Nampaknya kau ingat." katanya. Selimutku ditarik mendedahkan aku yang sudah merah bak tomato.
"Aku cari kau selama ini, untuk tunaikan janji aku." Jaebum mendekatkan dirinya denganku. Jantungku sudah berdegup laju. Steady woi, kantoi nanti.
"I-itu--" jari telunjuknya diletakkan pada bibirku membuatkan aku kehilangan kata - kata. Tanganku dipegang lalu dicium lembut. Aku masih lagi kaku.
"Suhee, sudi tak kau jadi teman wanita aku? This time, be my real girlfriend. Aku janji takkan sembunyikan apa - apa dari kau dan aku janji, aku takkan buat kau menangis lagi."
Aku memandang Jaebum yang sedang tersenyum. Matanya bersinar dan aku yakin daripada riaknya dia berharap aku katakan ya.
"Aku-"
(͡° ͜ʖ ͡°)(͡° ͜ʖ ͡°)(͡° ͜ʖ ͡°)
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfictie❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-