❝ Its funny how everything reminds me of you. ❞
×
"Suhee, mama akan ke hospital dengan Jaebum untuk checkup hari ini. Kamu tak perlulah ikut, takut lama pula. Buatlah apa yang kamu nak. Anggap macam rumah sendiri." aku hanya mengangguk mendengar pesanan mama.
"Kalau rindu, call okay?" aku memandang tempat lain apabila Jaebum mengenyitkan sebelah matanya kepadaku membuatkan aku memerah.
Sejak aku bekerja di rumahnya, makin galak si Jaebum ini.
Aku mula mengorak langkah ke dapur setelah bayangan Jaebum dan mama hilang dari pandangan. Nak kata lapar, dah kenyang makan sarapan pagi tadi. Aku bosan.
Tentang Jikyung, aku masih belum tanya Jaebum. Patut ke aku tanya? Aku takut aku masih dianggap orang luar baginya. Yalah, aku pun tak tahu dia anggap aku ini apa.
Kawan?
Teman wanita ke?
Atau hubungan kami semuanya palsu?
Tiba - tibaku terdengar sesuatu. Seperti deringan yang kuat datang daripada satu bilik. Aku menuju ke arah bunyi tersebut yang nampaknya seperti datang dari bilik Jaebum. Mungkin telefonnya yang berbunyi. Dia tertinggallah itu. Patut ke aku masuk biliknya?
Macam mana kalau emergency? Rasanya aku patut angkat.
Akhirnya aku jejakkan jua kakiku ke dalam bilik Jaebum. Lampu dibuka. Hm, kemas biliknya. Bagus, bagus. Saya bagi 5 bintang.
Telefon yang masih berbunyi aku jumpa di atas katil. Terus aku sambar dan angkat tanpa melihat si pemanggil.
"Tuan, saya ada maklumat baru tentang Kim Suhee. Tuan mahu saya emailkan seperti biasa atau beritahu saja di talian?"
Aku terkedu. Jantungku mula mengepam darah laju.
Hah?
Maklumat baru? Selama ini Jaebum siasat latar belakang aku? Untuk apa? Persoalan demi persoalan timbul di fikiranku. Setiap persoalan membuatkan hatiku sakit.
Apa Jaebum benar - benar tak percayakan aku?
"Tuan?" aku tersentak. Tersede dari lamunan lalu terus mematikan panggilan. Telefonnya aku letakkan semula atas katil.
Aku menyikat rambut ke belakang sambil menarik nafas panjang. Otakku cuba memahami situasi. Aku serabut. Keliru ada, geram ada, marah pun ada. Apa motif dia?
Aku terpandang meja belajarnya yang berselerak. Atas mejanya, terdapat beberapa keping gambar. Hampir luruh seluruh organku melihat gambar - gambar tersebut.
Ini-
Bukan ke ini aku? Ya, ini aku. Aku sedang berjalan di lorong yang sellauku gunakan ketika Seokjin malas untuk mengambilku dari sekolah. Gambar yang kedua, Aku dengan Seokjin ketika di mall hari itu. Ada beberapa lagi gambarku.
Apa yang jelas, semuanya gambar sebelum kami bertemu.
Apa semua ini? Dia ekori aku? Apa semua rancangan dia?
Mataku beralih pula kepada bingkai gambar yang berdiri kemas di atas mejanya. Gambar tersebut kuangkat untuk ditatapi. Jaebum tersenyum bersama seorang gadis. Molek orangnya. Irasnya sepertiku. Mungkinkah ini Jikyung?
Jikyung lebih lawa, nampak lebih feminin dengan gaun paras bawah lututnya dan aku yakin, dia lebih baik daripadaku. Jadi, betullah. Jaebum hanya menganggap aku ini sebagai pengganti Jikyung.
Dia anggap aku Jikyung.
Selama ini, aku saja yang perasan dia sukakan aku. Dia sukakan Jikyung, bukannya aku.
Sedarlah, Suhee.
"Suhee-"
Tanpa menoleh, aku sudah tahu pemilik suara itu. Langsung tidak mempedulikannya, aku berlari keluar dari biliknya. Aku lari keluar dari rumahnya.
Aku lari.
Sama seperti bagaimana aku lari dari Mark. Aku lari lagi sekali.
Aku fikir kau lain daripada Mark. Sangkaanku meleset.
Terima kasih, sebab lukakan aku.
--
ExCUsE mE,, HaVE yoU WaTCH
I WONT LET YOU GO
?
NOT YET?
WatCh Now cAuSE ITs frEaKInG doPE JSJSJSJHS
Ps : sorry lambat update ive been on a real holiday for a week lol and theres no wifi to publish-
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fiksi Penggemar❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-