❝ You are my soulmate, my friend, my sweet talker, my baby- my everthing. ❞
×
This is another ending for Couple. Bukannya, sambungan //winkwink//
- × -
"Hi." aku tersenyum nipis.
"Aku datang ini." bunga yangku belikan sebelum datang ke siniku letakkan di bawah namanya.
-
IM JAEBUM.
A beloved son, a great student and a good child.
May him rest in peace.6 Januari 1998 - 20 Disember 2018.
-
"Jaebum ah." panggilku lagi. Air mataku jatuh. Tak sangka masa berlalu dengan cepat, sudah 6 tahun dia pergi.
"Maaf, aku lambat." aku menahan getaran di jiwa. Aku tak berani nak jejakkan kaki. Aku bersalah, pemergiannya salahku.
"Maaf aku tak pernah datang untuk melawat kau." Aku cuba untuk tersenyum. Kalau boleh, aku taknak menangis.
Malangnya aku gagal.
"Aku takkan terima penipu macam kau. Kau dengan Mark apa bezanya? Cintakan aku? Alasan je semua itu!"
Aku mengelap air mata yang jatuh. Kata - kataku sendiri telah memakan diri. Semua ini berlaku kerana aku.
"Ka- kalaulah aku tak cakap macam itu. Kalaulah aku katakan je ya. Mesti kau takkan ada disinikan?"
"Suhee, aku cintakan kau! Sumpah, aku tak pernah menipu tentang perasaan aku."
Maaf.
Aku tak fikirkan pun perasaan kau.
"Kau- aku benci kau! Aku benci kau! Keluar!" aku menjerit kuat. Seokjin masuk ke dalam wadku terkejut terdengar suaraku yang meninggi.
"Suhee, aku-" Jaebum aku pandang jelik.
"Keluar! Aku taknak tengok muka kau lagi! Jangan datang lagi, ak- aku benci kau." Seokjin sudah memelukku.
"Jaebum, aku rasa kau patut balik." kata Seokjin. Jaebum tidak menjawab, dia hanya berdiri kaku sambil merenungku yang masih teresak.
"Maaf, Suhee. Aku betul - betul sayangkan kau. Maaf sebab aku lukakan kau lagi. Tolong, maafkan aku." ucapnya membuatkanku bertambah sakit.
"Kalau kau taknak aku disini, baiklah aku takkan ganggu kau. Jaga diri, pastikan kau cepat sihat. Aku sayang kau lebih dari segalanya." sempat aku terpandang Jaebum tersenyum namun ada air mata yang jatuh dari kelopak matanya.
"Selamat tinggal, Suhee." aku hanya memandang apabila Jaebum keluar. Seokjin memelukku sambil cuba menenangkanku.
"Aku bodoh. Aku nafikan perasaan aku. Aku ego dan akhirnya, aku kehilangan kau." aku menunduk. Air mataku jatuh menitik di lantai.
Sungguh, aku rindu. Senyumannya, nakalnya, gelak tawanya dan-
"Saya sayang awak."
Hati aku sakit setiap kali teringat.
"Suhee!" Jackson menerjah kelasku membuatkan satu kelas terkejut.
"Jackson, kenapa ini?" soal Miss Lim apabila melihat riak muka Jackson yang cemas dan terburu - buru.
"Miss, ada emergency. Suhee!" Jackson masuk dan tarik aku keluar kelas sebelum mula berlari. Dengan aku sekali terpaksa berlari disebabkannya.
"Kau ini kenapa?" aku menarik tanganku, penat apabila tiba - tiba perlu berlari.
"Jaebum." aku tersentak. Sejak dimarahi di hospital seminggu lalu Jaebum seperti tidak wujud di sekolah. Adakah dia cuba mengelak aku?
"K-kenapa dengan dia?" aku berdebar - debar. Reaksi Jackson membuatku bertambah risau.
"Jin hyung bagitahu, Jaebum terlibat dalam kemalangan. Dia call kau tapi kau tak angkat jadi dia mesej aku." kata Jackson hampir membuatkan jantungku luruh.
"Cepat, kita takde masa!" aku ditarik lagi. Aku gagahkan juga kaki untuk berlari walaupun sudah bergetar.
Jaebum, tunggu aku!
"Jaebum ah." Hati aku hancur melihat keadaannya. Wajah pucat Jaebum yang dilitupi balutan dan wayar yang berselirat. Alat bantuan pernafasan digunakan.
"A-apa jadi? Macam mana dia boleh kemalangan pula? Bukan ke sepatutnya dia ke sekolah?" soalku memandang Aunty Dee dan mama. Jackson mengusap bahuku, menyuruhku bertenang.
"Jaebum dah 4 hari berhenti sekolah. Dia nak sambung belajar di luar negara. Hari ini katanya dia nak jumpa Suhee buat kali terakhir." kata Aunty Dee membuatkan aku tersentak.
Aku?
Dia nak jumpa aku? Jadi, akulah penyebabnya. Aku.
Jaebum nak kekuar negara untuk elakkan diri dari aku. Ya, memang tepat ini semua salah aku.
"Suhee, semua ini bukan salah kamu." mama memegang bahuku. Aku menunduk, menangis. Tanganku ditarik perlahan membuatkan aku mengangkat muka.
"Paramedik jumpa di dalam genggaman dia. Rasanya dia nak bagi pada Suhee." mama menyerahkan sesuatu ke dalam genggamanku.
Rantai yang digantung cincin mainan yangku beri. Namun kali ini, ada cincin permata ditambah padanya. Aku belek cincin permata tersebut. Ada tulisan terukir padanya.
My angel, Kim Suhee.
Aku terjelopok di lantai. Aku menangis sepuasnya. Pada saat itu aku sedar, aku dah buat satu kesilapan.
Satu kesilapan yang besar.
"Maafkan aku." aku memegang namanya yang terukir pada batu nisan. Air mata yang jatuh sudahku tidak pedulikan.
"Aku tahu aku lambat tapi, aku sayangkan kau juga. Jaebum ah, saranghae." kataku sambil menyeka air mataku. Tiba - tiba terasa angin bertiupan menyebabkan rambutku berterbangan. Rambutku diselitkan ke belakang telinga.
"Aku tahu. Sayang kau juga."
Aku tersentak lalu menoleh memandang sekeliling. Aku yakin itu suara Jaebum. Namun orangnya tiada.
Jaebum, kau ada disini ke?
Aku tersenyum nipis.
Terima kasih untuk semua memori yang telah kau berikan padaku.
--
Ohmagad, i cant do sad scenes rip mah lifeuu.
Here lies,
Maya's talent in writing.
May it rest in peace.(;Д;)
Baidaweh, any suggestion on cast for my (maybe) next new and cliche fanfic?
And,,
Happy 2K readers mwah i love yalls (•ө•)♡
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfiction❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-