❝ I'm always gonna be here for you, my true love. ❞
×
"Bye, guys. Im gonna miss you." Veenon mencebik sambil melambai para pelajar pertukaran di depan bas.
Sedar tak sedar, dah seminggu berlalu. Sekejapnya.
Aku dan Jaebum, masih okey key-o. Mark pula, hm. Setakat ini dia tak ganggu aku. Cuma adalah kadang itu dia minta aku maafkan dia sewaktu kami bersendiri. Sejak kena tinggal dengan aku sewaktu hari lahir Seokjin. Aku pula, berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
Selepas perjumpaan pertama, Hannah bercerita kepadaku tentang pergaduhan antara Mark dan Jaebum pada hari sebelumnya. Ah, patutlah muka Mark bertampal dan mengapa pagi itu mereka sudah bersedia nak bertumbuk depan pintu bilikku.
Namun aku abaikan semua itu. Penatlah nak fikir.
"Can you guys come and visit our school?" soal Adrian tersenyum nipis. Wah, wah.
"Sure, if you pay for the whole visit lol." kata Jackson selamba lalu diberikan kick percuma dariku. Maka Jackson pun mula berdrama.
"We' ll try ask Sir Edward about it." kata Jaebum tersengih melihat Jackson tergolek di jalan tar akibat tendanganku.
"Bye!"
Kami saling lambai melambai sebelum mereka memasuki bas. Bas yang akan membawa mereka ke lapangan terbang.
Aku melambai Felix dan Chan paling beriya. Yalah, mereka berdua kumpulan akukan.
Chan membuat isyarat telefon di telinganya. Ah, dia suruh aku call dialah itu. Aku berikannya isyarat 'okay' membuatkan dia mengangguk.
"Fuh, selesai sudah." kataku lega.
"Jom makan bersama sebelum pulang nak? Ada kedai barbeque baru buka berdekatan dengan kedai runcit itu." cadang Jackson teruja.
"Nak!" Hannah bersorak. Hannah, pada mulanya dia sangat pemalu namun kini dia seperti sudah selesa dengan kami.
"Jaebum, kau ikut ke?" aku menyoalnya. Niat di hati nak suruh dia tumpangkan aku balik nanti hoho.
"Em, aku-" percakapannya dipotong dengan bunyi deringan telefon pintarnya. Segera panggilan diangkat.
"H-hah?" Reaksi Jaebum menarik perhatianku.
Jaebum nampak tak senang duduk. Mukanya diraup berkali - kali, wajahnya pucat dan dia menggigil. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku tak pernah nampak Jaebum gelisah macam ini.
"Macam mana boleh jadi? Kenapa- ya ya, Jay datang sekarang!" katanya sebelum menamatkan panggilan.
"Aku kena pergi, ada emergency." katanya. Jelas sekali yang dia sedang risau. Sangat risau.
"Okay, kalau macam itu kami pergi berlima jelah." kata Vernon.
"A-aku nak ikut kau." kataku sambil memegang tangan Jaebum membuatkan Jaebum agak terkejut. Aku tak tahu sebab apa dia nampak begitu risau tapi semua itu buat aku rasakan yang sama. Aku risau tengok dia risau.
Tengok dia begini, buat aku rasa-
Aku nak sentiasa bersama dia.
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfic❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-