t h i r t y o n e

576 83 1
                                    

❝ I dont need big houses and fame to be happy, you are my happiness

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I dont need big houses and fame to be happy, you are my happiness. As long as Im with you, Im always happy.❞

×

Badanku terasa panas namunku sedang menggigil kesejukan. Sejak daripada pagi tadi perutku terasa sakit yang mencucuk - cucuk membuatkan aku bergulung di dalam selimut di dalam bilikku yang gelap.

Aku gagahkan diri untuk keluar dari bilik menuju ke dapur. Mungkin di dapur ada ubat tahan sakit kalau aku selongkar laci ubat yang disimpan eomma.

"Yah, kau kenapa?" Seokjin yang berada di dapur memandangku pelik. Aku berkerut apabila pandanganku mula menjadi samar - samar.

Aduh, aku tak larat.

+ × + × +

"Suhee! Kim Suhee! Ish, siaplah kau nanti!" Jackson mengejarku yang sakan menggelakkannya.

"Betullah, kau pendek!" aku mengejeknya lagi. Kaki tidak berhenti berlari. Sesekali aku memandang belakang, takut Jackson dapat menyaingiku.

Buk! Aku melanggar seseorang sehingga dia terjatuh.

"Alamak, sorry! Awak okay?" Aku menghulur tanganku, ingin membantunya bangun.

"Haiyok, Suhee. Dia menangis aku bagitahu cikgu." Aku menjeling Jackson yang sedang ketawa. Nak kenakan aku baliklah itu! Aku pandang lelaki yang masih terduduk di tanah taman permainan sekolah rendahku. Dia merenungku sebelum tanganku disambutnya perlahan.

"Awak budak baru eh? Nama saya Suhee. Kim Suhee." aku tersengih menampakkan sebahagian gigiku.

"Yang pendek ini, Wang Jackson." sambungku lagi membuatkan Jackson merengus apabila perkataan pendek disebut.

"Nama awak apa?" soalku lagi sambil menghadiahkan satu senyuman kepada pelajar baru tersebut.

"Saya Im Jaebum."

Aku tersedar. Mataku melilau memandang kiri dan kanan. Walaupun tempat ini asing, aku tahu ini hospital.

Rasanya tak perlu keluarkan ayat cliche walaupun author kita ini dah kehilangan banyak idea semasa menaip chapter yang lepas.

"Suhee ah." Aku memandang eomma yang sudah terbangun dari duduknya.

"Eomma." aku memanggil dengan suara serakku.

"Aigoo, kamu tahu tak betapa risaunya eomma? Kenapa sakit tak bagitahu eomma awal - awal? Kalau eomma tahu, takdenya eomma pergi rumah kawan eomma pagi itu. Nasib baik Jin ada waktu kamu tak sedarkan diri. Kenapalah kamu selalu sangat risaukan eomma? Tak sayang eomma ke?" Eomma memukul badanku geram.

"Akh, eomma!"

"Eomma, eomma! Suheekan sakit itu. Eomma- aduh!" Seokjin yang baru tiba datang memelukku, menyebabkan dia yang terkena pukulan eomma.

Eomma berhenti memukulku. Maksud aku, kami. Eomma duduk dan mengeluh.

"Eomma." aku memanggil eomma. Sedihlah pula tengok eomma macam ini.

"Eomma, maaflah. Suhee taknak eomma risaukan Suhee." kataku sambil memegang tangan eomma.

"Kalau Suhee tak bagitahu eomma, lagilah eomma risau. Sekarang dah jadi macam ini pula. Kamu nak jadi macam appa ke?" aku tersentak apabila eomma berkata begitu.

Appa meninggal 5 tahun lalu. Ketika itu aku masih lagi bersekolah rendah. Barah otak. Appa tak bagitahu kami sampailah saat terakhirnya. Apabila ditanya kenapa batuk, muka pucat, demam, katanya kerana penat bekerja. Kematian appa mengejutkan kami kerana penyakitnya sudah lama tetapi kami langsung tidak mengetahuinya.

"Aishh, eomma. Bukan niat Suhee macam itulah." Seokjin memujuk eomma.

"Yalah, maafkan eomma. Eomma tak jaga kamu betul - betul sampai tak perasan kamu sakit." eomma memandangku. Matanya sudah berair. Ala, eomma janganlah begini.

"Jin, eomma nak balik sekejap. Eomma nak masakkan makanan kegemaran Suhee. Petang nanti eomma datang. Sementara itu, jaga Suhee." pesan eomma sambil bangun. Seokjin hanya mengangguk tanpa membantah.

"Eh, eomma takpelah. Suhee boleh makan makanan hospital je."

"Macamlah eomma tak tahu selagi kamu tak makan masakan eomma, selagi itulah kamu susah nak sembuh. Dah, jangan risau. Kamu rehat je." aku tersengih. Ada betul juga kata eomma itu.

Masakan ibu kata kau.

"Eomma pergi dulu." aku hanya tersenyum nipis melihat eomma keluar dari bilikku.

"Baik kau bagitahu aku sekarang." Seokjin memandangku serius.

"Hm?"

 ❛ Couple ❜ + i.jaebum Where stories live. Discover now