❝ You yourself is an art. ❞
×
Bunyi ketukan bertubi - tubi mengejutkan Sleeping Beauty Seokjin daripada tidurnya. Dia menutup telinganya dengan bantal namun segera bangun setelah beberapa minit berlalu kerana masih ada bunyi ketukan di pintu.
"Ah, eomma pergi rumah makcik Senah." kata Seokjin sebelum menuju ke pintu rumahnya sambil menguap.
"Kenapa bising pag-- Jackson? Jaebum? Kenapa dengan Suhee? Masuk - masuk." Seokjin panik melihat tubuh adik kesayangannya lemah longlai dikendong Jaebum dengan muka yang pucat dan Jackson di belakangnya.
Suhee diletakkan di atas sofa. Jaebum menyikat rambutnya ke belakang.
"Apa jadi?" soal Seokjin.
"Suhee kata nak datang jumpa hyung. Katanya nak buat suprise untuk hyung. S-saya tak tahu, tiba - tiba dia jatuh. Lepas itu tak sedarkan diri." terang Jackson risau bunyinya.
"Er, call ambulance cepat." kata Seokjin semakin panik.
"Telefon saya takde kredit." kata Jackson sambil memandang Seokjin.
"Ah, telefon aku kat dorm." kata Jaebum pula selepas meraba - raba poket seluarnya. Seokjin menggaru kepalanya. Apa dia nak buat ini?
"Sekejap, aku pergi ambil telefon dalam bilik." kata Seokjin kalut berlari ke biliknya. Telefonnya yang sedang dicas diambil sebelum kembali berlari ke tingkat bawah.
"Jackson? Jaebum?" panggil Seokjin apabila rumahnya kelihatan kosong dan gelap. Eh, bukan tadi ada orang ke? Jangan kata dia dah gila di siang hari?
"Takkanlah sebab aku tak jumpa Suhee 2 hari berturut - turut?" Seokjin berkerut sendiri.
"KEJUTANN!" serentak beberapa suara menerjahnya. Lampu dibuka.
"Selamat hari lahir, awak." Yena tersenyum di depannya sambil memegang kek. Suhee yang tersengih segera menyalakan lilin.
Nyanyian lagu hari dimulakan. Keluarlah suara - suara yang pelbagai. Setelah selesai, semua mata memandang Seokjin yang masih terkedu.
"Oppa, cepatlah tiup!" tegur Suhee.
Seokjin tersenyum pendek. Walaupun masih bingung, dia tahu ini semua kerja Suhee.
"Suhee, stop buat aku risau aishh!" bahu Suhee digoncangnya geram. Suhee hanya tergelak.
"Ingat oppa seorang pandai berlakon? Suhee pun boleh!" kata Suhee dengan muka berlagaknya.
"Yah, kau pun sama. Haih, korang ini. Tahu tak betapa risaunya aku?" Seokjin menggeleng.
"Hyung, janganlah membebel depan crush. Nampak buruk." selamba Jackson mengutuknya membuatkan Seokjin malu.
"D-diam ah." sesekali dia memandang Yena yang turut ketawa.
"Nah, hadiah awak. Bukalah." Yena menghulurkan hadiahnya yang bersaiz sederhana.
Perlahan kotak hadiah dibuka. Patung mario dikeluarkan daripadanya.
"Thanks." tersenyum lebar Seokjin. Mana taknya, crush bagi hadiah. Dapat pula hadiah yang memang kegemarannya.
"Yah, oppa. Ini hadiah Suhee dan Jaebum. Kek ini dari Jackson. Erm, kami pergi dulu. Lagi setengah jam kena berhimpun. Bubye! Happy birthday, Seokjin oppa!" dua kotak hadiah diberikan kepada Seokjin. Seokjin dipeluk sebelum mereka bertiga meninggalkan Seokjin bersama Yena.
Aik, sekejapnya parti hari lahirnya?
"Comellah diorang itu." Yena tersenyum. Seokjin turut tersenyum.
"Yena." panggil Seokjin. Kini dia serius.
"Hm?"
"A-awak sudi tak keluar makan malam dengan saya?" soal Seokjin malu - malu. Dia cuba memandang tepat ke arah mata Yena namun gagal.
"Awak tengah ajak saya date ke ini?" soal Yena kembali. Muka memerah.
"Y-ya. K-kalau awak nak."
"Tentulah!" Yena tersenyum.
"Sebelum itu, selamat hari lahir Jinnie!" krim kek ditepek ke muka Seokjin.
Jangan risau, dia masih kacak.
Dah tentulah, Kim Seokjinkan Worlwide Handsome.
Happy birthday, my boi.
4 Disember 2018
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfic❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-