t h i r t y f i v e (end)

821 84 24
                                    

❝ My mom always told me to follow my dreams, so I followed you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

My mom always told me to follow my dreams, so I followed you.

×

Kedebuk!

"ADUH!"

Aku mengaduh sakit sambil memegang kepalaku yang terhantuk di meja. Huh, macam mana boleh jatuh katil ini? Aku berkerut, mata masih tertutup. Aku mengantuk dan mamai.

"Sayang, awak okay?" suara itu membuatku membuka mataku walaupun payah.

"Hm, hehe." mataku tertutup kembali sambil menyengih.

"Aigoo, macam mana boleh jatuh? Mimpi apa ini sampai bergolek?" soalnya.

"Mimpikan kita." kataku dengan mata tertutup. Sungguhku sangatlah mengantuk disebabkan kerja di pejabat semakin bertimbun sampaikan aku terpaksa overtime.

"Really?" Aku terasa badanku diangkat sebelum katil empukku terasa kembali. Persoalannyaku biarkan tidak terjawab.

Mataku digosok untuk menghilang kantuk yang masih menebal. Sempat aku memeluk leher Jaebum ketika dia cuba bangun setelah membetulkan pembaringanku.

"Awak tak tidur lagi ke?" soalku sambil memandang wajahnya dalam samar kegelapan. Sekilas aku memandang jam digital di dinding bilikku.

4 pagi.

"Saya ada laporan nak kena siapkan untuk esok." kata Jaebum membuatkan aku merengek.

"Awakkan doktor, kenapa kena buat laporan pula?" rungutku masih memeluk lehernya. Jaebum tergelak kecil melihat perangaiku. Laju dia mencium bibirku.

"Aish, janganlah." aku menutup mukaku dengan sebelah tangan kerana malu. Waduh, guwa baru bangun tidur kot alamak.

Jaebum tergelak lagi.

"Aigooya, kenapalah isteri saya ini comel sangat?" pujinya sebelum mencium pipiku pula.

"Yaaahh~!" aku terjerit manja. Ala ala, gedik pula kita. Hm, takpelah dengan suami kita bukannya dengan suami orang.

Aku memandang Jaebum yang sudah terbaring di sebelahku.

"Saya ada soalan." kataku sambil mengiring menghadap Jaebum.

"Hm, apa dia?"

"Kenapa awak masih simpan gambar Jikyung dulu? Kata awak cintakan Jikyung sebab saya, tapikan awak dah jumpa saya? Kenapa simpan lagi?" soalku sambil berkerut. Sebenarnya dah lama simpan soalan itu cuma asyik lupa nak bertanya. Jaebum tergelak lagi. Sakan nampaknya kali ini.

"Kenapa gelak?" soalku tak puas hati. Ha, ini nak jadi Hulk ini.

"Awak jealous ke?" soal Jaebum masih bersisa tawanya.

"Ish, malaslah cakap dengan awak ini." Aku bangun daripada pembaringan lalu memeluk tubuh. Jaebum memeluk tubuhku dari belakang membuatkan aku terkejut.

 ❛ Couple ❜ + i.jaebum Where stories live. Discover now