❝ I need you more that you need me. ❞
×
"Thanks belanja." aku tersengih memandang Jaebum. Gila tak kenyang? Orang belanja weh.
"Nah, setakat McDonalds tu apalah sangat. Lepas ini aku belanja kau tempat yang elok sikit." kata Jaebum.
"Kau nak balik ke?" soalku. Aku ingat nak singgah masuk mall bahagian daging sekejap. Nak beli daging, eomma ada pesan tadi.
Eomma ini kacau je orang date-
Fake date.
"Kau?" aku tanya dia, dia tanya aku balik. Bagus betul dia ini.
"Aku nak--" belum sempat aku menyambung ayatku, aku ternampak satu kelibat. Bukan satu, dua ketul makhluk sednag berpegangan tangan sambil ketawa.
Refleks, aku menyorok di belakang Jaebum.
"Kau kenapa?" soal Jaebum memandangku pelik.
"Mark." kataku sepatah, masih lagi menunduk. Jaebum memandang ke arah mereka.
"Blondie and that purple head?" soalnya. Aku mengangguk. Jaebum tersenyum sinis membuatkan aku bingung.
"Lah, dia ke?" Jaebum memandangku seakan memperlekehkan Mark.
Ah, sudah.
"Kau kenal dia ke?" soalku pelik. Yalah, apa maksud dia, 'Lah dia ke?'?
"Em, tak." jawabnya selamba. Muka dia tak boleh lah. Eh mamat ini aku campak juga dalam gaung.
"Kau ini memang annoying eh?" soalku tak puas hati. Tabahkanlah hatiku dalam melayani makhluk bernama Im Jaebum ini.
"Dia yang annoying, nak kata orang pula."
Aku memandang Jaebum. Ewah ewah, aku dari tadi berusaha menjadi wanita melayu terakh- mungkin tak. Tapi aku mana ada annoying ish ;-;
"Ish, okaylah bye. Jumpa esok!" aku menjelingnya sebelum melangkah pergi namun tanganku ditarik Jaebum membuatkan aku terlanggar dirinya yang galah itu.
"Apa? Sakitlah!" aku mencebik. Hidungku dipegang. Sakit wo langgar butang jaket dia.
"Alalaa, orang ejek sikit nak marah. Manjanya. Nak cendol ke?" aku menjeling Jaebum yang mengekek ketawa. Seronoklah itu.
"Awak, saya nak kena pergi. Eomma suruh belikan barang sikit. So, please?" Aku memandang pergelangan tanganku yang masih dipegangnya memberi isyarat supaya dilepaskan. Aku gunakan saya - awak dengan niat untuk mengenakannya. Sebelum ini, dia macam jijik sangat bila aku guna.
"Em, taknak."
Eh elok pula pakcik ini.
"Yah, lepaskanlah!"
"Aip, 'yah'?" Jaebum berpura - pura memarahiku. Dirinya didekatkan kepadaku. Aku menolaknya sambil menjauhkan diriku darinya namun gagal kerana pegangan tangannya belum dilepaskan.
Kenapalah aku dapat dia sebagai blind date aku?
Tapikan, aku selesa dengan dia. Sebab itulah aku boleh layan dia macam mana aku layan Seokjin muahahaha-
"Semak je kau--"
"Suhee?"
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Fanfiction❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-