"Uwarghh!!!"
Pagi itu, Takiya Genji bangun dari tidurnya lalu mengorak langkah ke arah bilik tidur Pak Nizam. Sepanjang dia menapak ke hadapan, tangannya begitu tekun sekali menggaru punggungnya yang agak gatal.
"Aki, aki dah bangun ke? Kita nak pegi pasar macam biasa," teriak Takiya Genji lantas membuka pintu akinya dengan malas.
Sejurus pintu tersebut dibuka, Takiya Genji dikejutkan dengan kehadiran akinya yang sedang memeluk sebuah majalah wanita seksi.
Mak aih. Dah nak mampus pun masih gatal ye. Memang nak kena orang tua ni.
Dengan geram, Takiya Genji mengambil sebuah bantal busuk lalu dipukul pada kepala Pak Nizam.
"Aki!! Bangun oiii!!" jerit Takiya Genji kuat. Mendengar jeritan anak muda itu, tidur Pak Nizam terus sahaja terganggu.
"Ros, jangan tinggalkan abang!!" Pak Nizam bangun dari lenanya lantas melihat wajah cemberut Takiya Genji.
"Ros? Abang? Sape Ros? Apa benda yang aki merepek ni? Aki sedarlah sikit. Aki tu dah tua tau. Jangan berlagak muda dan macho macam Genji. Haihh," bebel Takiya Genji lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Pak Nizam.
"Apa kau ingat takde pompuan yang nak kat aki ke? Aki masih kacak bergaya tau," perasan Pak Nizam.
"Pompuan buta je lah yang nak kat aki," balas Takiya Genji selamba. Pak Nizam menjengilkan matanya lalu kepala si cucu, ditolak kuat.
"Aki masih kuat tau. Ha, tengok body aki ni. Berotot!" bangga Pak Nizam sambil berdiri di hadapan Takiya Genji. Dalam beberapa saat, dia bergaya ala-ala ahli angkat berat sehingga membuatkan tawa Takiya Genji meletus kuat.
"Hahahaha!! Kalau ye pun berotot, pastikan seterika dulu kedut-kedut kat badan tu. Aki, aki..dah nak mampus pun masih nakkan pompuan. Dahlah aki. Bawalah insaf sikit diri tu," perli Takiya Genji.
Pak Nizam merengus geram lalu tuala mandi diambil dengan kasar.
"Ha, elok! Gelak kat aki lagi. Tak bau syurga baru tau," ugut Pak Nizam.
"Kat kaki aki tu ada bau ikan je. Takde maknanya nak bau Syurga," sakat Takiya Genji lagi.
"Menjawap! Menjawap!"
"Takkan nak soal pulak?"
Sebelum masuk ke dalam bilik mandi, Pak Nizam sempat memberikan jelingan tajam ke arah satu-satunya cucu lelaki ia. Kalau tak menyakat sehari, memang tak sah. Dua-dua masuk air!
Ketika orang tua tersebut sedang membersihkan diri di dalam bilik air, Takiya Genji memandang ke arah sekeliling bilik atoknya.
Ketika itu, matanya tertacap pada sebuah dompet berwarna biru di tepi bantal Pak Nizam.
Kerutan dahi jelas muncul pada wajah Takiya Genji sebaik sahaja dompet itu diambil. Nampaknya warna dompet tersebut menunjukkan milik sorang perempuan dan kulitnya juga agak mahal serta berkualiti.
Mana mungkin akinya yang dah tua dan juga miskin sepertinya mampu membeli dompet mahal seperti itu.
Buat seketika, jantung Takiya Genji berdegup kencang tidak sekata. Jangan-jangan dompet tu sebenarnya milik...
Tanpa membuang masa lagi, Takiya Genji terus sahaja membuka dompet tersebut lalu kandungannya diperiksa dengan penuh teliti.
Kosong! Langsung tiada sehelai duit pun yang terdapat di dalam dompet itu. Hanya kupu-kupu sahaja berterbangan seolah-oleh menyindir dirinya.
Takde duit? Ke mana semua duit tu menghilang?
Takiya Genji meneruskan lagi niatnya untuk memeriksa kesemua ruangan dompet tersebut. Tak lama kemudian, dia terjumpa sekeping kad pengenalan yang agak tersembunyi.
Sejurus kad pengenalan itu ditarik, riak wajah Takiya Genji bertukar pucat. Bukan itu sahaja, matanya turut terbeliak manakala mulut ia terlopong luas.
Dia amat kenal pada wajah yang terdapat dalam kad pengenalan tersebut. Apakan tidak, individu itu lah yang telah banyak menyusahkan hidupnya sejak kebelakangan ini.
Sekarang,semuanya telah terbukti. Tengku Nurfaiza berkata benar manakala akinya telah menipu dia.
Rasa menyesal mula bermukim di hati apabila dia mulai mengingati semula perbuatan buruknya terhadap gadis itu pada tempoh hari.
"Aki!! Aki!!" Takiya Genji menjerit nyaring nama Pak Nizam sehingga pasu di sebelahnya pecah berderai.
"Apa?! Sakit telinga aki dibuatnya! " jerkah Pak Nizam garang sebaik sahaja pintu dikuak lebar.
Riak wajahnya bertukar pucat apabila melihat Takiya Genji sedang memegang sebuah dompet.
"Apa benda ni, aki?! Mana duit kat dalam dompet ni? Aki dah guna ke?!" marah Takiya Genji kecewa.
"Erhhh..hehehe.. alah aki tak sengaja guna. Aki nak beli makanan untuk kita berdua juga. Kang tak pasal-pasal kebulur," alasan Pak Nizam sambil tersengih lebar.
"Kebulur? Ke aki guna semua duit tu untuk beli majalah-majalah seksi ni?! Aki!! Asal tipu Genji? "
"Tipu? Bila masa pulak aki tipu kau? Mana ada!" nafi Pak Nizam.
"Aki kata tak curi dompet milik pompuan garang kat pasar hari tu. Tengok sekarang apa dah jadi! Genji dah simbah dia dengan air ikan," geram Takiya Genji merungut.
"Erhhh mana ada aki curi.." tipu Pak Nizam.
"Habistu apa? Pinjam?" Takiya Genji menjongketkan keningnya.
"Ok,ok macam ni citenya. Masa pompuan tu tengah jalan, aki nampak dompet dia dah nak jatuh. So, aki tolong kembalikan dompet tu kat poket dia. Tapi, dia kata aki mencabul pulak.
Aki tak mampu nak buat apa-apa masa tu. Aki diam je tau. Sebab terlalu takut kat dia, aki lupa nak bagi dompet tu pada dia semula," tipu Pak Nizam seraya membuat riak wajah yang tak bersalah.
"Duit kat sini terbang ke mana? Jangan kata ada toyol pulak yang mencuri," serius Takiya Genji berbicara.
"Hehehe aki tak sengaja guna. Aki terdesak. Alah takpelah. Simpan je dompet tu. Bukan pemilik dia nak minta balik," jawap Pak Nizam selamba.
"Sesedap mee goreng je aki cakap ye. Genji tetap nak pulangkan dompet ni pada pemilik asalnya. Genji tak nak bersubahat dengan aki. Tambah-tambah lagi kad pengenalan pompuan garang tu masih ada kat sini. Aki ingat senang ke kita nak pegi mana-mana kalau takde IC?" sindir Takiya Genji.
"Eh eh dia pulak yang nak ceramah kat orang," rungut Pak Nizam.
"Oh, ya! Aki dah guna berapa duit kat sini?" Takiya Genji bangun daripada tilam buruk akinya lalu ingin beredar.
"Adalah dalam seribu lebih camtu," sengih Pak Nizam selamba.
Mendengar nilai not yang telah digunakan oleh Pak Nizam membuatkan Takiya Genji mematikan langkahnya lalu menoleh ke arah orang tua tersebut.
"Da...dalam..se...seribu?!!!" Takiya Genji tergamam. Mana nak cari seribu ringgit oiii? Aku dahlah miskin. Camne nak ganti balik? Tolonglah...rasa nak mati je sekarang ni.
Tanpa dipinta, kepala Takiya Genji terasa pening dan pandangannya semakin kelihatan kabur.
"Seribu? Matilah nakkkk .."
Lalu, jejaka kacak itu pengsan kerana terlalu terkejut dengan jumlah yang telah digunakan oleh akinya.
Kesian Genji...Mana nak cari duit seribu lebih?
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...