Penyakit ni datang lagi. Tengku Nurfaiza dengan susah payahnya mencari ubat yang diperlukan di dalam beg tangan sambil memegang segelas air kosong.
Time ni jugalah panik ia datang tanpa diundang. Setelah ubat tersebut ditelan rakus, dia duduk sambil menarik nafas panjang.
9 tahun bernasib seperti ini bukan halangannya untuk teruskan hidup. Dia seorang yang kuat. Semua readers dah maklum en.
Tubuh yang penat itu dibaringkan di atas katil lusuh seraya mata dipejam dengan penuh erat. Kenangan pahit 9 tahun yang lalu harus segera dipadamkan.
Kelak, tak dapat tidur malam ni. Semasa ingin melayari mimpi, tiba-tiba Tengku Nurfaiza dikejutkan apabila tubuhnya sedikit melantun daripada atas katil buruk.
Nampaknya ada seseorang yang sedang mendarat baik di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan encik suami gergaji. Elok aje nak tidur kat sebelah orang.
"What the heck man?!" Marah Tengku Nurfaiza apabila tidurnya diganggu oleh 'binatang buas. '
"Aku nak tidur kat sini, " jawapnya acuh tak acuh.
"Why?! "
"Sebab kembar mangkuk tu dah ambik tempat tidur aku. Jadi, dengan segala hormatnya, aku kena tidur kat sini. Jangan kau nak perasan erk. Aku sebenarnya boleh je halau kau supaya tidur kat luar tapi memandangkan yang diorang tu jantan, so aku benarkan kau tidur dengan aku, " ucap Takiya Genji selamba seraya menjongketkan keningnya.
"Apa benda yang kau merepek ni? Dah, tepi! Buat semak je! " halau dia rimas lantas cuba menolak tubuh Takiya Genji ke tepi. Namun, seperti tuan-tuan dan puan-puan tahu, kudrat perempuan tak setanding dengan kudrat lelaki.
Akhirnya, Tengku Nurfaiza hanya mampu merengus geram lalu tidur membelakangkan encik suami. Dinding buruk ni lagi handsome tau daripada dia! Puih!
"Asal dengan kau ni? 24 jam asyik nak datang bulan ke?" Selamba Takiya Genji menyoal.
"Diamlah. "
"Duk nak marah-marah kat aku yang handsome lagikan menjadi pujaan anak dara orang kat luar sana. Cubalah bawa bersyukur sikit sebab dah dapat laki macam aku ni, " Takiya Genji mulai masuk ke dalam bakul sendiri.
"Eish, diamlah! Aku nak tidur. Esok ada banyak hal nak dibuat! "
"Aku takkan diam selagi kau tidur menghadap dinding tu. Kau ingat elok sangat ke tidur membelakangkan suami? " tegur Takiya Genji tenang.
"So, what? " Tengku Nurfaiza masih menghadap dinding tanpa membuka kedua-dua matanya. Kalau boleh, nak je dia tutup telinga sekali supaya tak dengar suara lelaki disebelahnya.
"Aku saje nak tegur. Untung-untung kau sedar juga yang kau dah buat dosa dengan aku. Yelah, aku kan suami kau, " sindir Takiya Genji lalu berpura-pura menguap.
Sedar dirinya disindir, Tengku Nurfaiza segera mengeluh berat sambil badannya pula berpusing menghadap lelaki itu.
"Puas? " Sebelum mata dipejam erat, dia sempat menjeling tajam ke arah suaminya.
"Tak. Meh tidur kat atas tangan aku, " arah Takiya Genji lantas meletakkan tangannya di tepi kepala gadis tersebut.
"For what? "
"Untuk mendapatkan ketenangan daripada Encik Suami yang hebat lagi tampan di seluruh dunia ni, " perasan Takiya Genji sebentar. Tanpa izin daripada empunya badan, Takiya Genji mengangkat sedikit kepala Tengku Nurfaiza lalu diletakkan di atas tangannya yang berotot kental.
"Selesa tak? "
"Hmmm.. "
"Aku nak tanya sikit, boleh? " soal Takiya Genji sambil memandang lama wajah isterinya yang kelihatan penat.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...