Bab 35

11.1K 709 99
                                    

"Tak. Az tak kenal."

Tengku Nurfaiza tergamam. Hancur hatinya apabila Tazaki Genji berpura-pura tidak mengenalinya di hadapan Nenek Itshiko.

"Biy ..." panggil Tengku Nurfaiza, kecewa. Berdasarkan riak wajah Tazaki Genji, dia tahu lelaki itu masih marahkan dia atas tindakannya yang gemar menuduh.

Tazaki Genji menunjukkan riak wajah dinginnya. Di kala itu, dia mengalihkan pandangan ia pada Tengku Fazril.

Tajam sahaja dia memandang ke arah lelaki yang telah membunuh ayahnya dahulu. Disebabkan hal tersebut, dia datang menuntut dendam lalu berpura-pura berjumpa dengan Tengku Nurfaiza walhal pertemuan mereka berdua telah sedia dirancang oleh dirinya sendiri.

Gadis itu hanyalah kunci utama untuk dia dekati Tengku Fazril. Bukan itu sahaja, dia juga turut mengubah nama 'Tazaki' ke 'Takiya' agar tiada sesiapa mengenalinya.

Seperti yang telah dijangka, selepas nama sebenarnya disebut, riak wajah mereka sekeluarga bertukar pucat.

"Az..." Nenek Itshiko berasa sesuatu pelik. Mana mungkin Tengku Nurfaiza menangis tanpa sebab.

"Az nak balik," ujar dia, serius lalu meninggalkan mereka semua.

Mikami Brothers pula sempat melihat ke arah Triple Ko seraya tersenyum penuh bermakna.

"Wow, kembar tiga," ucap Mika sehingga berjaya menarik hati Triple Ko. Mereka bertiga saling berpandangan lama.

Apabila tiga dan dua kembar bertemu.

"Let's go! " ajak Kami apabila melihat Tazaki telah jauh meninggalkan mereka.

Tengku Nurfaiza mengepalkan penumbuknya apabila melihat pemergian Tazaki Genji. Apakah motif sebenar lelaki itu dengan berpura-pura tidak mengenalinya?

Dia bertekad. Dia harus mengetahui hal yang sebenar.

"Takiya!" panggil Tengku Nurfaiza, kuat namun tidak diendahkan oleh suaminya.

"Takiya!" jerit dia lagi. Tazaki Genji berpura-pura tidak mendengar. Perbuatan Tengku Nurfaiza yang ingin menahannya pada tempoh hari masih kuat terlayar di dalam minda.

Tengku Nurfaiza tidak berputus asa. Kali ini, dia berlari pantas ke arah lelaki itu lalu menjerit sekuat hati.

"Tazaki Genji!"

Mendengar nama sebenarnya disebut membuatkan Tazaki Genji mematikan langkahnya.

"Kenapa? Kenapa biy buat sayang macam ni?!" jerkah Tengku Nurfaiza lalu menarik tangan suaminya supaya mereka mampu berhadapan.

Kini, mereka saling bertatapan mata.

"Kenapa?!" desak Tengku Nurfaiza apabila Tazaki Genji hanya berdiam diri. Masih marahkah lelaki itu terhadap dirinya?

Dia tahu dia telah melakukan kesalahan yang paling terbesar sekali dengan cuba memberkas Tazaki Genji tapi dia dah menyesal. Dia mengaku bersalah.

"Biy!!!" jerit Tengku Nurfaiza. Dada Tazaki Genji dipukul secara bertalu-talu dengan tangisan yang cukup menyayat hati.

Sesaat kemudian, tubuh suaminya perlahan-lahan dipeluk lantas tangisannya dilepaskan sepenuh hati.

"Sayang eisk eisk..ingat biy dah meninggal dalam kebakaran tu," ngongoi dia, sayu.

Zapp!!

Tazaki Genji menolak tubuh Tengku Nurfaiza lalu mata gadis itu direnung tajam.

"Aku dah kata yang aku tak kenal kau. So, stay away from me before I kill you. Remember that, young lady!" bisik Tazaki Genji, seram lalu dia beredar bersama senyum sinisnya.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now