Bab 47 🔞

24.6K 716 63
                                    

Tazaki Genji bersiul-siul kecil sambil tangannya mengikat seutas tali di tepi pinggang . Sudah seminggu Tengku Nurfaiza keluar daripada hospital dan malam itu dia bertekad ingin berjumpa dengan wanita tersebut walaupun berulang kali telah dihalau.

"Kau memang tak reti nak serik en? Dah kena halau berulang kali pun masih tetap degil nak berjumpa," komen Mika seraya mengunyah gula-gula getahnya.

Tazaki Genji sekadar berdiam diri. Bicara orang kanannya hanya dibiarkan begitu sahaja. Dia tak kesah apa pun pandangan keluarga Tengku Nurfaiza terhadap dirinya. Yang penting dia harus berjumpa dengan wanita tersebut.

"Bro, family bini kau tak marah ke kau balik-balik datang masa kat hospital hari tu?" soal Mika, tertanya-tanya.

"Kau ingat orang macam aku ni kesah sangat ke pasal perasaan diorang?" sinis Tazaki Genji, menjawap.

"So, bini kaulah yang halau kau selama ni? Bukan family dia?"

"Faiza perlukan masa untuk terima semua ni. Kalau family bodoh dia tu cuba nak halang aku, memang mampus aku kerjakan," dingin Tazaki Genji, menjawap.

Sambil-sambil itu dia mengetatkan talinya pada bahagian pinggang. Kalau bini dia tak bagi jumpa, so, dia terpaksa gunakan cara kasar.

"Kau dari dulu tak pernah nak berubah. Sama licik macam The King," sampuk Kami, mendatar. Tazaki Genji sekadar tersenyum sinis lalu beredar daripada situ.

Apabila kelibatnya telah hilang, Mikami Brothers saling bertatapan mata.

"Dia lagi licik daripada The King," ujar Mika, jujur.

"Macam Thanos," balas Kami sehingga membuatkan abang kembarnya menggeleng-gelengkan kepala.

"Tak habis-habis dengan Thanos. Tu sebab aku kata jangan terlalu minat dengan filem tu. Kalau Thanos datang betul-betul camne?" tegur Mika.

Hah, ni lagi sekor. Cakap lebih je. Diri sendiri pun berangan Thanos datang ke bumi. Tapi en, kalau Thanos datang ke bumi ni, rasa-rasanya orang tak takut kut dengan dia. Malah, berlumba-lumba nakkan tandatangan dia. Tak gitu?

_____________________________

Tengku Nurfaiza membelek-belek wajahnya di hadapan cermin sebelum beredar daripada bilik air. Apabila pintu dibuka, riak wajahnya tiba-tiba bertukar terkejut.

Televisyen yang ditutup sebentar tadi terpasang manakala matanya mampu melihat figura seseorang sedang duduk di atas sofa sambil rileks menonton televisyen. What the..

"Who are you?!" tengking Tengku Nurfaiza berani mati. Apabila dia semakin mendekati kelibat tersebut, tiba-tiba kelibat itu menoleh ke arahnya.

"Miss me?" senyum Tazaki Genji.

"You?! Berapa kali I nak halau you hah?! You memang tak reti nak serik ke?" marah Tengku Nurfaiza, sebal.

"And you tak reti nak serik ke halau orang?" balas Tazaki Genji sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza menderam geram.

"Jangan terfikir nak menjerit!" Sejurus Tazaki Genji memberikan amaran, Tengku Nurfaiza segera menjerit kuat.

"Alonggg!!!" Tazaki Genji berdecit malas. Kedua-dua kakinya segera diayunkan pantas ke arah Tengku Nurfaiza lalu mulut si cantik manis itu ditekup kuat.

Automatik sahaja tubuh Tengku Nurfaiza melekap pada dinding bilik.

"Hmmpphh!!" Matanya terjengil merenung ke arah Tazaki Genji yang sedang tersenyum lebar.

"You suka sangat nak menjerit en? Kalau baby tu ikut suka menjerit camne?" bisik Tazaki Genji. Sempat lagi cuping telinga isterinya digigit manja.

"Hmphhh!!"

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now