Seminggu kemudian...
Mikami Brothers mengepalkan penumbuk dalam diam-diam. Bendera hitam putih puak Suzuran ditukar menjadi hitam sepenuhnya sempena menghormati kematian satu-satunya ketua mereka, Tazaki Genji.
Seluruh ahli puak tersebut menundukkan kepala manakala tubuh masing-masing mengenakan sut berwarna hitam. Sekali lagi, mereka kehilangan keturunan Tazaki.
Mikami Brothers tidak mampu lagi menahan air mata. Tazaki Genji sudah dianggap seperti abang sulung mereka. Dialah penyuluh dan dialah jalan segala-galanya. Kini, dia telah pergi. Bagaimanakah nasib puak mereka?Tengku Nurfaiza sudah terjatuh longlai berdekatan tiang bendera. Dahlah tubuh suaminya hangus terbakar. Tak sempat nak kubur. Berkecai jadi debu.
"Biyyyyyy..." rintih Tengku Nurfaiza. Segala bicara Tazaki Genji sebelum dia pergi masih jelas terngiang-ngiang di telinganya begitu juga dengan kucupan terakhir ia.
"Onii-channn..." Mereka berdua menangis meratapi jasad Tazaki Genji yang terkorban demi mereka berempat. Pak Nizam dan Nenek Itshiko juga turut tak ketinggalan merasai pemergian cucu kesayangan mereka.
Keluarga Tengku Fazril hanya mampu menahan sebak. Walaupun Tazaki Genji itu merupakan musuh mereka namun apabila melihat keadaan Tengku Nurfaiza yang seolah-olah gila membuatkan tembok ego mereka jatuh secara mendadak.
Putri Risha menundukkan wajahnya lalu perlahan-lahan menuju ke arah Tengku Nurfaiza dan Honey. Tubuh kedua-dua orang tersayang Tazaki Genji, dipeluk erat.
"Faiza... Honey... Jangan macam ni. Kita balik ye. Dah lama kita kat sini," pujuk Putri Risha, lembut. Dah berjam-jam kut mereka berdua duduk berteleku sambil menangis.
"Suami Faiza, kak...suami Faiza...." rintih Tengku Nurfaiza bersama air tangisan yang lebat mengalir di pipi. Tak lama kemudian, tangannya ditarik oleh Alex lalu tubuhnya dipeluk erat manakala Honey pula dipeluk oleh Nenek Itshiko.
Tiba-tiba suasana menjadi tegang apabila muncul Tamao Serizawa, Makise, Izaki dan Tokio di sebalik beribu pengikut Tazaki Genji. Kelihatan riak wajah mereka mendung dan dihiasi sedikit kesan luka.
Melihat kehadiran mereka membuatkan darah Mika membuak-buak. Dia terus sahaja menerpa ke arah Tamao Serizawa lalu wajah lelaki itu ditumbuk kuat.
"Mikaaaa!!!" jerit Tokio. Dia menghalang perbuatan Mika yang cuba menendang perut Tamao Serizawa. Pelik. Lelaki itu tidak membalas malah menundukkan kepalanya seolah-olah penjenayah yang sememangnya bersalah.
"Mika!!!" Kami yang melihat tubuh Mika ditahan oleh Tokio segera menyerang Tokio dengan melayangkan sebuah penumbuk ke arah wajahnya.
"Kau jangan sentuh abang akulah, siall!!" maki Kami, menahan sebal.
Keenam-enam mereka saling bertelaga sehingga datanglah Pak Nizam mengherdik mereka.
"Woi, apa yang korang buat ni hah?! Tak nampak yang cucu aku dah mampus lagi nak bergaduh?!!" Dada Pak Nizam turun naik menahan nafas. Dia sebal dengan perangai orang-orang kanan arwah cucunya.
"Korang baliklah sial! Balik!! Ini yang korang nakkan?!! Ini yang korang nakk!! Tazaki Genji dah mati! Mati!! " jerit Mika, lantang. Tanpa mampu ditahan lagi, air mata lelakinya jatuh merembes pipi.
Tamao Serizawa, Tokio, Makise dan Izaki terdiam. Buat seketika Tamao Serizawa merenung ke arah Tengku Nurfaiza yang semakin menangis di dalam pelukan Putri Risha.
Secara mengejut, Mika mencengkam kasar kolarnya lalu merenung tajam.
"Kalau korang ada....kalau korang ada!! Tazaki Genji takkan mati!! Dia perlukan korang!! Dia perlukan kita semualah siall!! Tapi...tapi mana korang masa dia tengah dalam kesusahan?!!
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomantikSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...