Bab 50

13.8K 820 96
                                    

"Dah sampai!"

Tengku Nurfaiza menoleh ke arah Tazaki Genji yang sedang tersenyum lebar. Sesaat kemudian, mereka berpimpinan tangan masuk ke dalam.

Setiba sahaja mereka di dalam rumah agam tersebut, mulut Tengku Nurfaiza ternganga besar melihat berpuluh-puluh lelaki sado bersut hitam berjaga di setiap sudut rumah.

Pembantu-pembantu rumah pula kebetulan sedang mengemas meja makan. Mungkin keluarga pemilik agam tersebut baru sahaja siap menjamu sarapan pagi.

"Tuan muda!" ucap mereka serentak apabila Tazaki Genji berlalu ke arah mereka. Masing-masing membongkokkan badan tanda hormat.

"Ini rumah ke penjara?" gumam Tengku Nurfaiza. Mengalahkan penjara sangat. Setiap sudut ada je yang nak berkawal.

"You...ini..errhh rumah nen.."

Belum sampai Tengku Nurfaiza menamatkan ayatnya, tiba-tiba kedengaran satu suara menjerit.

"Az! Az!! Cucu nenek dah balik!!" jerit Nenek Itshiko keriangan. Tazaki Genji menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Nenek Itshiko.

Dah macam bebudak. Tazaki Genji segera mendepakan tangannya apabila Nenek Itshiko kelihatan ingin menyambutnya dengan pelukan.

"Cucu nenek dah balik!!" rai Nenek Itshiko lagi. Dia berlari dan berlari sehinggalah melepasi cucunya sendiri.

Tazaki Genji terkebil-kebil. Eh, eh aku kat sinilah!

"Cucu nenek dah balik! " Tazaki Genji menoleh ke belakang apabila melihat Nenek Itshiko terus memeluk tubuh Tengku Nurfaiza.

"Liah sihat? Nenek dah lama rindu dengan Liah tau," luah Nenek Itshiko, gembira.

"Errhhhh..." Tengku Nurfaiza sedaya upaya menahan senyumannya apabila melihat wajah Tazaki Genji yang seakan-akan merajuk. Cemberut habis!

"Nenek! Az kat sinilah! Sape cucu nenek ni? Az ke dia?" rajuk Tazaki Genji. Berderai gelak Tengku Nurfaiza mendengar kata-kata suaminya.

Jelas sangat tak suka miliknya diambil. Pertama kali dia melihat perangai Tazaki Genji seperti gaya kebudak-budakan.

"Yelah, dia kan cucu menantu nenek," jawap Nenek Itshiko, tenang.

Tazaki Genji mengecilkan matanya memandang Tengku Nurfaiza yang sedang menjelirkan lidah. Tak lama kemudian, datang satu suara lelaki pula mendekati mereka.

"Genji!!!" jerit Pak Nizam, gembira.

"Aki!!" Tazaki Genji juga turut berlari ke arah atoknya.

"Genji!!"

"Aki!!"

"Genjii!!"

"Aki!!

"Genji!!"

"Chop chop chop. Nenek je ke yang perasan diorang berlari dalam keadaan slow motion," ujar Nenek Itshiko, pelik. Tengku Nurfaiza menjongketkan bahunya.

"Genji!!"

"Aki!!"

"Gennn..."

Prakkk!!

"Adoiii!! Pinggang aki!! Sakittt!!" Larian Pak Nizam mati begitu sahaja apabila terasa pinggangnya sakit. Biasalah dah tua.

Tazaki Genji terkebil-kebil sekali lagi. Baru je acah nak buat drama TV3 tapi dah tak jadi. Masa ni lah nak sakit pinggang.

Tak lama kemudian, Pak Nizam menggeliat serta membetulkan sedikit postur badannya.

"Okay, sambung balik! Genjiii!!" jerit Pak Nizam lalu meneruskan lariannya.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now