Bab 55

10.4K 712 97
                                    

Tamao Serizawa merenung ke arah telefonnya yang sejak tadi berbunyi minta diangkat. Begitu juga Izaki, Makise dan Tokio. Ingin dijawap namun perasaan ego menguasai mereka.

"Urgent ke?" gumam Makise. Mustahil Mika menghubungi mereka tanpa sebab. Dalam kalangan mereka, Mika lah orang yang paling sayang pada kredit sekali.

Kalau dipujuk beribu kali pun, lelaki itu belum tentu ingin menggunakan kreditnya melainkan hal yang penting melibatkan nyawa.

Nyawa? Makise berfikir sejenak. Diorang dalam bahaya ke? Arghhh!! Kalau Genji dalam bahaya sekalipun, dia tak perlukan kitoranglah! Lagipun, dia dah ada Mikami Brothers.

Setakat berada dalam bahaya, dia dah biasa kut. Kacang hitam je tu.

"Ehem," dehem Tokio sebentar sehingga berjaya menarik perhatian mereka yang lain. Kelihatan dia ingin membuka bicara namun teragak-agak.

"Cakaplah apa yang kau nak cakap," kata Izaki, mendatar.

"Aku dengar Genji dah balik kat sini," beritahu dia, tenang. Tamao Serizawa hanya menunjukkan riak wajah selamba kerana dia dah tahu dari awal akan kehadiran ketua mereka.

Siap bertembung kut. Tapi tulah, dia blah sebab masih terasa hati dengan sikap Tazaki Genji.

"So?"

"Fikirlah sikit. Kepulangan dia kat sini dah satu peluang untuk para 'pemburu' tangkap dia. Terutama sekali musuh ketat kita si badak sumbu tu," sempat lagi Tokio mengutuk Narumi.

"Kau nak cakap yang Genji dalam bahaya ke? Tu sebab Mika call kita?" duga Izaki sengaja bertanya. Sebenarnya, dia pun turut terfikirkan hal yang sama. Tapi buat-buat bodoh.

"Yelah. Cuba kau tengok secara mendalam dan kronologinya. Mika tu dahlah kedekut kredit. Tiber aje makhluk tu nak call. Sah lagi disahkan oleh aku yang diorang tu memang ada masalah besar," dalam memberikan jawapan sempat lagi Makise mengutuk rakan baiknya.

"Aku rasa ....kita kena jumpa diorang. Kut-kut ada masalah besar mengalahkan masalah rumah tangga," cadang Izaki lantas memandang ke arah mereka bertiga.

Mereka bangkit hampir serentak tetapi terdiam semula apabila melihat Tamao Serizawa masih rileks menyedut rokok. Apa benda yang difikirkan mamat tu pun tak tahulah. Ada sesiapa yang tahu?

"Hoi, Serizawa! Kalau kau tak nak gerak, kitorang blah. Sejahat-jahat kitorang pun, kitorang takkan derhaka pada Genji," ujar Izaki, tegas.

Serius dia memandang ke arah Tamao Serizawa yang masih buat-buat pekak.

"Aku rasa yang kita serang rumah dia pun dah kira derhaka dah," sampuk Makise tiba-tiba. Tokio menjongketkan keningnya melihat Makise. Serius der janganlah ungkit.

Tu kan saje nak tunjuk protes. Konon je protes sampai nak bunuh orang-orang Genji kat dalam rumah tu.

"Lantak kau arh!" tekad Izaki lalu cuba mengorak langkah ke hadapan. Namun belum sempat dia melangkah, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berbaju kelabu putih.

"The heck.." gumam Tokio, jelek. Baru nak acah-acah jadi hero dah kena kacau. Potong stim betul arh.

"Dari mana pula budak-budak ni tahu yang kita selalu lepak kat sini?" pelik Makise.

"Semua orang tahu yang kita selalu lepak kat tepi jalan ni. Ni kan kawasan kita," jawap Tokio, tenang.

Izaki merengus sebal. Melihat pakaian yang dikenakan pada tubuh mereka masing-masing sudah menunjukkan bahawa mereka sememangnya orang Narumi.

Ketika itu, Tamao Serizawa bangkit seraya menghela nafas. Rokok yang berada di tangannya dicampak ke atas lantai lalu dipijak selamba.

Sekejap Tamao Serizawa mengangkat wajahnya lalu merenung satu persatu wajah musuh-musuh mereka. Pada masa yang sama, dia melihat Bitou berada di hadapan dengan senyuman yang agak sinis. Bitou?

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now