Bab 2

17.5K 886 74
                                    

Liah=Tengku Nurfaiza.

                   Aishiteru

Kring...kring..

Tengku Nurfaiza bangun daripada lenanya sebaik sahaja jam loceng berbunyi menandakan dia harus pergi bekerja.

Pagi itu, dia berasa agak aneh. Bukan apa, dia cuma termimpikan seorang lelaki berbadan sasa mengucapkan cintanya dalam bahasa Jepun.

Arghhh..lantak arh! Mimpi je pun. Takkan nak anggap serius en?

Tengku Nurfaiza mengambil tuala lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya.

Usai mandi, dia keluar lalu bersiap seperti biasa. Ketika dia turun daripada tangga, tak semena-mena matanya tertangkap kelibat Mak Miah sedang menuju ke dapur.

"Mak Miah, wait! Mak Miah dah tolong basuhkan tak baju Faiza hari tu?" soal Tengku Nurfaiza lembut bak sutera.

"Baju mana?" soal Mak Miah kehairanan.

"Alah, yang bau busuk macam terkena bangkai tikus tu. Mak Miah ingat tak?" sampuk Akim sambil tersengih selamba.

Tengku Nurfaiza mencebik malas sambil menjeling ke arah lelaki itu.

"Ohh, yang ada bau ikan tu?" ingat Mak Miah semula.

"Ya, Mak Miah."

"Dah wangi dah. Teruk bebenor bau dia ye. Faiza mandi kat kolam ikan yang dah mati ke?" soal Mak Miah pelik.

"Taklah. Dia kena simbah dengan air ikan mati hari tu. Busuk nak mampus! Muahahahah!!" Gelak Akim jahat. Tengku Nurfaiza menjengilkan matanya sebagai tanda geram.

Kepala orang kanan abangnya itu ditolak kasar sehingga Akim hampir tersedak semasa ingin meneguk susu coklatnya.

"Nyebok je kau ni. Dah, pegi main dengan Kak Zalikha. Aku lapor kang baru tahu!" ugut Tengku Nurfaiza berpura-pura marah.

"Sikit-sikit nak marah. Datang bulan lah tu," gumam Akim perlahan tetapi masih mampu didengari oleh gadis tersebut.

"Kak Ikha! Tengok husband kak..hnmm..hmmm.." Bicara Tengku Nurfaiza mati begitu sahaja apabila Akim serta merta menutup mulut ia.

"Senyap arh! Wife aku tengah mengandung tu. Kang dia denda aku pulak malam ni supaya layan dia 4 rounds. Sengsara aku tau!," sengih Akim nakal. Ceh, padahal suka en? Eee..pukul kang!

Tengku Nurfaiza sekadar memberi jelingan maut lalu beredar meninggalkan Akim. Di kala itu, mulutnya sempat menyindir lelaki tersebut.

"Dahlah masa kahwin pun tergagap-gagap. Ingatkan mandi sampai basah satu badan. Rupanya peluh," ejek Tengku Nurfaiza lalu melangkah pantas ke hadapan.

"Diam arh!" marah Akim. Past is past en. Lagipun aku tak pernah kahwin sebelum ni. Sape gelakkan aku, aku sumpah bakal husband korang pun jadi macam aku. Gagap!

Takpelah macam aku. Walaupun aku gagap, aku still kacak bergaya.

Ceh, konon! Kahwin ke mandi wahai abang Akim?

___________________________

Tok! Tok! Tok!

Perhatian Tengku Nurfaiza pada kerjanya terganggu sedikit sebaik sahaja terdengar ketukan daripada pintu .

"Masuk," arah dia. Apabila pintu dikuak lebar, bibir ia segera menguntum senyuman manis lantas dia menpersilakan agar rakan setugasnya untuk duduk di atas kerusi.

"Yes, Inspektor Risha? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" soal Tengku Nurfaiza mesra.

"Eish, takyeh lah nak berinspektor bagai. Tak biasa," bantah Putri Risha lembut. Tengku Nurfaiza pula hanya mampu tersenyum sebagai balasan pada bicara kakak iparnya.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now