"Selamat kembali, Koperal Haznani. Hampir sebulan juga awak terlantar kat katil hospital. Saya dah rindu kat awak, " usik Tengku Nurfaiza. Dia bersyukur kerana Koperal Haznani ialah satu-satunya anggota polis yang telah selamat dalam kejadian tempoh hari.
"Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terus hidup dalam dunia ni. Kalau inspektor tak datang awal masa tu, mungkin saya dah lama mati, " ucap Koperal Haznani sebak.
Tengku Nurfaiza hanya tersenyum tawar.
Datang awal? Sejujurnya, dia telah lewat sampai. Koperal Haznani sebenarnya cuma mendapat tuah dan peluang untuk hidup seperti biasa. Namun, bukan arwah anggota polis yang lain.
"Sampai bila-bila pun saya akan ingat jasa baik inspektor, " ucap Koperal Haznani, bersyukur.
"Takde masalah, koperal. Lagipun, Allah yang telah mengizinkan awak untuk terus hidup bukannya saya, " kata dia sambil tersenyum. Kemudian, dia sempat menepuk perlahan bahu ahli anggotanya sebelum beredar ke bilik pejabat.
_________________________________
"Finally, kau dah jadi sebahagian dalam family aku. Hahaha! Welcome, bro!" Alex menarik kepala Takiya Genji lalu digesel-gesel kuat dengan jarinya.
Takiya Genji hanya membuat riak wajah "annoying" seraya mengeluh malas. Apabila Tengku Fazril melihatnya, dia terus sahaja menjongketkan kening.
"Asal dengan adik kau ni? " soal dia,mendatar.
"Kau jangan layan dia tu. Otak masuk air, " kata Tengku Fazril,tenang.
Sesaat kemudian, Alex melepaskan kepala Takiya Genji lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Fazril. Wajah malas Takiya Genji diabaikan .
"Korang tak keje ke? " soal Takiya Genji yang turut melakukan hal yang sama dengan Alex.
"Tak. Malas. Bosan. Ngantuk," jawap Alex tanpa berselindung.
"Eloklah tu. Baik takyeh makan sekali. Kau ingat duit datang dari mana? Kat lubang bontot kau ke? " sindir Tengku Fazril agak sebal.
"Ceh, suka hati arh. Tak luak pun kalau aku tak kerja sehari, " alasan dia lagi.
"Haihh.. Pehallah aku dapat adik macam kau. Seanjing-anjing Miko, dia tak berperangai anjing macam kau tau."
"Thanks puji," senyum Alex lalu menjulingkan matanya ke atas. Tangan pula tak lekang daripada bermain dengan alat kawalan jauh.
Takiya Genji hanya sekadar berdiam diri mendengar pertengkaran kecil di antara mereka. Tu baru kecil. Kalau besar, nauzubillah orang-orang kat sekeliling.
"Hah, yang kau pula Xender. Asal tak pegi keje? "
"Aku pun bosan gak. Penat duk renung kertas kerja. Boleh mati dibuatnya, " alasan Tengku Fazril.
"Ceh, cakap tak serupa bikin. Sama je dengan aku," sampuk Alex, dingin.
"Aku bos. Suka hati aku bila nak cuti."
Takiya Genji mengeluh sekali lagi apabila pertengkaran mereka diteruskan semula. Dua adik beradik itu gemar gaduh-gaduh sayang. Rasa nak bagi kaki pulak.
"Pak su! Bila pak su sampai? " terjah seseorang bersama suara yang agak ceria. Sesiapa sahaja yang mendengar suaranya pasti akan tertarik.
"Eloklah tu Riley. Datang tak bagi salam. Esok-esok buat lagi, " sindir Tengku Fazril terhadap anaknya.
"Suka hati dialah nak bagi salam ke tak nak bagi salam ke. Kau pula nak marah, " potong Alex lagi.
Tengku Fazril menolak kasar kepala adiknya lalu merenung tajam.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...