Bab 25

10.7K 733 26
                                    

"Sayang, jangan engkau marah padaku.Oh, sayang. Nanti engkau cepat tua. Sayang, abang pengen dibelai.Oh sa... " Nyanyian Takiya Genji terhenti begitu sahaja apabila Tengku Nurfaiza merenungnya dengan pandangan yang tajam.

Hah, suka sangat nak memain ye.

"Kau masih marah kat aku ke? Janganlah. Sunyi hidup aku tau tak," ujar Takiya Genji meminta belas kasihan. Tengku Nurfaiza hanya sekadar memekakkan telinganya.

Malas nak layan drama Encik Suami!

"Aku enggak mahu bicara sebelum kau cerita semua. Apa mahumu siapa dirinya,tak betah ada yang lain..Aku.."

Zapp!!

Kali ini, Tengku Nurfaiza menderam geram. Rasa bengang apabila melihat Takiya Genji relaks dengan gurauannya. Siap menyanyi lagi. Bahabi betul.

"Elo enggak mahu ngomong ya? Sampai kapan? Gue cape nunggu lo bicara, " usik Takiya Genji dalam bahasa Indonesia. Sengaja disakitkan hati isterinya supaya gadis itu membuka mulutnya.

Sudah 3 hari mereka tak berbual. Hanya disebabkan salah faham yang berlaku. Eish, eish, eish. Susah juga jadi lelaki harapan wanita sedunia ye.

"Ok, aku gurau. Aku nak explain, kau tak bagi aku peluang. Camne kita nak berbaik? Tak fahamlah dengan orang pompuan ni. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak majuk. Hati sendiri juga yang sakit. Tak ke bengap namanya? "rungut Takiya Genji, selamba.

Tengku Nurfaiza menghela nafas berat tanda tidak percaya akan luahan yang baru sahaja diucapkan oleh suaminya.

Orang dah marah tu, pujuklah! Boleh sakit jiwa dapat suami macam beruk ni!

"Masih tak nak bercakap lagi? "

Tengku Nurfaiza berdiam diri. Dah kata tak nak bercakap en, so diam jelah.

"Comel pula bila kau marah erk. Hahaha, " puji dia antara sedar ataupun tidak.

Kelihatan lelaki itu merenung lama ke arah anak mata Tengku Nurfaiza sehingga gadis itu berdehem kecil. Rasa gemuruh cuba disembunyikan apabila jari jemari Takiya Genji tiba-tiba sahaja merayap pada wajahnya.

"Cantik, " ucapnya perlahan tetapi masih mampu didengari oleh isterinya.

Tanpa sebarang izin, Takiya Genji mengalihkan wajah Tengku Nurfaiza agar mereka mampu bertatapan lama.

"I love you," lafaz dia, ikhlas. Tengku Nurfaiza terdiam buat seketika. Betul ke apa yang aku baru dengar daripada mulut mamat ni? Atau aku dah gila macam dia?

Di kala itu, Takiya Genji perlahan-lahan mendekatkan bibirnya ke arah bibir Tengku Nurfaiza. Apabila bibir mereka hampir sahaja bertemu, tiba-tiba Tengku Nurfaiza menolak kepala suaminya sehingga lelaki itu tertolak ke tepi.

"Sengal! " marah Tengku Nurfaiza. Sejurus itu, dia beredar menuju ke biliknya seraya menghentak-hentakkan kaki.

"Hentak! Hentaklah! Hentak sampai kaki tu tercabut! Patah ke putus ke, jangan cari aku pulak! " jerit Takiya Genji, geram.

Seketika kemudian, Takiya Genji tergelak kecil. Dia meraup lembut wajahnya sambil bermonolog sendirian.

"At least, aku dah berjaya buat kau bercakap, " katanya perlahan.

______________________________

Tok! Tok! Tok! 

"Masuk, " izin Tengku Nurfaiza. Sejurus itu, terpacul wajah Putri Risha bersama sebuah fail hitam ditangannya.

"Ada apa, kak long? "soal Tengku Nurfaiza yang agak kelihatan sibuk.

"Kak long nak tanya sikit, boleh? " pinta dia, lembut.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now