Bab 12

10.1K 662 11
                                    

Pagi yang sepatutnya indah itu tiba-tiba bertukar menjadi kelam apabila Tengku Nurfaiza merasakan ada seseorang sedang tidur berbaringkan patung kesayangannya, Pikachu.

Melihat gerangan yang berada di sebelahnya membuatkan hatinya membahang lalu dia segera menendang perut individu tersebut sehingga dia jatuh ke bawah katil.

Pak!

Oppss bunyi babi jatuh.

"Hoii, apehal dengan kau ni?! " herdik Takiya Genji garang sambil mengusap-usap lembut punggungnya yang baru sahaja mencium lantai.

"Apehal kau tanya. Amboi, sesedap kau je nak tido sebelah aku. Kau ada lesen ke?" soal Tengku Nurfaiza sombong sambil menarik Pikachunya ke dalam pelukan.

"Lesen kau jangan nak memain erk. Lesen kereta pun aku takde apatah lagi lesen nak tido kat sebelah kau, " balas Takiya Genji malas seraya bangun daripada atas lantai.

Daripada sibuk memekak awal pagi yang tak seberapa indah ni, baik dia cari makanan. Untung perut dapat makan makanan mewah. Hehehe.

Baru sahaja, si dia ingin mengatur langkah, tiba-tiba sahaja Tengku Nurfaiza membuka bicaranya.

"Hoi, mangkuk! Kau nak gi mana? Liur basi kau kat Pikachu aku ni, sape yang nak basuh? "

"Buat apa nak basuh? Kau hidu jelah. Untung-untung kau rindu gak dengan liur aku tu bila aku takde, " usik Takiya Genji lalu beredar bersama kenyitan nakal di mata.

Tengku Nurfaiza pula sudah ternganga. Hidu? Biar betik? Sampai bila-bila pun aku takkan hidu! Giler pnya orang giler!

Di tangga pula, Takiya Genji menggaru-garu punggungnya sambil menguap lebar. Di kala itu, dia berasa perutnya berkeroncong minta diisi. Tanpa membuang masa, dia mengatur langkah ke arah meja yang dipenuhi dengan makanan.

"Dah bangun pun satu-satunya menantu lelaki daddy ni, " tegur Tengku Zamil lantas tersenyum lebar. Mereka yang lain pula hanya mampu memandang sekilas ke arah mereka berdua.

Tanpa sebarang jawapan, Takiya Genji duduk di sebelah Tengku Zamil lalu mengambil seketul ayam goreng di atas pinggan.

"Erhhh Takiya... "

"Genji. Panggil saya Genji, " cantas Takiya Genji lalu menyuapkan ayam tersebut ke dalam mulutnya tanpa berasa malu.

"Okay. Genji tak turun dengan Liah ke? "Soal Tengku Zamil mesra.

"Dengan manggi asam laksa tu? Tak arh. Bosan dengar dia membebel awal-awal pagi ni. Tu sebab Genji turun dulu, "jawap dia selamba tanpa mengendahkan riak wajah ahli keluarga yang lain.

Ada yang menggeleng tak jauh juga ada yang menahan marah. Nak kutuk pun agak-agaklah bro. Kat belakang diorangkan boleh. Eh, dah kira mengumpat pulak tu.

"Genji, mummy faham Genji tak berapa suka dengan anak mummy. Mummy berharap sangat Genji mampu untuk terus bertahan dengan perangai Faiza. Dia tu baik sebenarnya.Dia tak.... "

"Hoi, mamat gergaji! Asal kau duduk kat tempat aku?! "

Sejurus mendengar jeritan Tengku Nurfaiza, Takiya Genji menjongketkan keningnya ke arah Tengku Lily yang sedang tersengih lebar.

"Tu ke baik? Tah mana yang baik dia? " soal Takiya Genji berbaur sindiran.

"Haish, tepilah! Kerusi ni aku punya, " halau Tengku Nurfaiza kasar.

"Habistu aku nak duduk mana?"

"Kau duduk jelah kat mana-mana lantai. Tu pun tak tahu, " balas dia tenang lalu berusaha menolak bahu Takiya Genji.

"Liah, jaga mulut tu. Dia kan dah jadi suami kamu, " tegur Tengku Zamil mendatar namun kedengaran tegas.

"Aku dah duduk kat sini. So, kerusi ni milik aku. Shuu shuhh pegi main jauh-jauh, " halau Takiya Genji serupa menghalau anjing.

"Habistu aku nak duduk mana? "

"Kau duduk jelah kat mana-mana lantai. Tu pun tak tahu. " Hah, tu dia!! Takiya Genji kembalikan paku beras kat bini dia balik.

"Daddy!! Tengok dia ni!! " Rengek Tengku Nurfaiza meminta belas kasihan.

"Takpe. Faiza duduk jelah kat kerusi aki ni, " potong Pak Nizam baik hati puihhh walhal perangai haram jadah.

Mendengar sahaja suara lelaki tua tersebut membuatkan Takiya Genji terkejut sambil mengerdipkan matanya berulang kali.

"Aki?! Sejak bila aki kat sini? Tak nampak pun, " tegur Takiya Genji pelik.

"Camne kau nak nampak aki kalau mata kau asyik kat makanan mewah ni, " balas Pak Nizam seraya memasukkan sesuap spageti ke dalam mulutnya.

"Eleh... Dia pun sama. Aki buat apa kat sini? "

"Tu lah engkoo. Engko kahwin pun sampai lupakan aki. Aki kat rumah nak makan apa? Cacing? Rumput? Aki datang sini sebab nak minta makanan. Hahaha!! " balas Pak Nizam selamba lalu menyuapkan lagi spageti ke dalam mulutnya.

Takiya Genji menepuk dahinya lantas menggeleng-gelengkan kepala. Aki, aki.. Buat malu keturunan aje.

"Atok dengan cucu sama je. Huh, giler! "Gumam Tengku Nurfaiza perlahan namun masih mampu didengari oleh Takiya Genji.

"Apa kau cakap? "

"Okay, stop! Sebenarnya, mummy and daddy yang panggil aki Genji datang ke sini. Kitorang ada sesuatu yang nak dibincangkan pada kamu berdua, " potong Tengku Lily sekaligus menyelamatkan suasana.

"Bincang? Bincang apa mummy? " soal Tengku Nurfaiza bingung.

"Kami bertiga dah bertekad untuk pindahkan Liah kat rumah Genji. Isteri kena ikut kat mana suami berada, " ucap Tengku Zamil.

"What?! Dengan mangkuk ayun ni?! Of course no, daddy! Faiza boleh jadi giler kalau tinggal sebumbung dengan mamat gergaji ni, " bantah Tengku Nurfaiza keras.

"Yupp, Genji pun tak setuju! Kang busuk pula rumah Genji dengan mulut longkang minah ni, " sokong Takiya Genji dalam ejekan.

"Eppp, tapi aki dah setuju nak keluar dari rumah tu, " sampuk Pak Nizam mendatar.

"Seriously?! Aki setuju? Habistu aki nak tinggal mana kalau tak tinggal dengan Genji? " Jelas sekali kekecewaan dia di situ.

"Sorry naik lorry. But aki dah jumpa rumah baru atas jasa ayah mentua kau. Dia dah bagi rumah baru kat aki. Besar woo! Siap ada pendingin hawa lagi tau. Rumah kau dahlah panas macam kat neraka. Tak selesa aki dibuatnya, " rungut Pak Nizam selamba di hadapan mereka.

"Cara cakap macam dah pernah pergi kat neraka, " balas Takiya Genji sedikit geram.

"Tak kesah. Yang penting, kau kena tinggal kat rumah tu dengan bini kau sekali, " tekad Pak Nizam sambil tersengih menunjukkan gigi rongaknya.

"Nooooo... Faiza tak nak! Faiza dah cukup giler dah tidur sebilik dengan dia malam tadi. And for now, untuk selama-lamanya? Memang tak lah!! Daddy.. Pleaseee... "Rayu Tengku Nurfaiza bersungguh-sungguh.

Air matanya kelihatan hampir bergenang.

"Im so sorry, dear. Ini keputusan yang terbaik untuk Liah. Liah patut belajar sebagai isteri yang baik and ikut ke mana saje suami berada, " pesan Tengku Zamil lembut.

"Isteri? Suami? Arghhhh!! Semua orang dalam rumah ni dah jadi giler disebabkan kau! Erghh!! " tengking Tengku Nurfaiza garang. Sebelum naik ke atas bilik, dia sempat melanggar bahu Takiya Genji sehingga lelaki itu terdiam seribu bahasa.

Tinggal serumah dengan mamat takde lesen ni? Oh, man! Hancussssss.......

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now