Narumi mendengar dengan penuh teliti pada setiap bait ayat adik kandungnya yang kini berada di Malaysia. Wajahnya kelihatan serius tanpa sebarang kegembiraan walaupun sedikit.
"Tak lama lagi, abang. Tak lama lagi aku akan bawa Genji pada kau," ujar Satsuna,sinis.
"Kau pasti? Aku dah hantar beratus orang untuk bunuh babi tu tapi semuanya sia-sia! Dia pula yang bunuh orang-orang aku! " herdik Narumi, bengang. Hampir-hampir sahaja dia ingin melemparkan telefonnya pada dinding rumah.
"Aku pasti. Kalau sebelum ni dia takde kelemahan, sekarang dia dah ada, " senyum Satsuna, jahat.
"Kelemahan? Dia ada kelemahan? Siapa? "
"Nurfaiza," beritahu dia sepatah sehingga membuatkan abang kandungnya tersenyum jahat.
Tak sangka musuh tradisinya dah ada kelemahan yang baru. Hehe.
____________________________
Tengku Nurfaiza memegang erat telefonnya sambil menolak troli. Telinganya setia mendengar arahan Takiya Genji di corong telefon.
"Nak buat apa dengan bahan-bahan ni?" soal Tengku Nurfaiza,pelik.
"Biy nak sayang masakkan ayam masak merah. Terasa pula nak makan," balas Takiya Genji,jujur.
"Eh, macam orang pompuan pula dia ni. Mengidam!" ejek Tengku Nurfaiza lalu tergelak kecil.
"Nak biy makan ayam masak merah ke atau nak biy makan sayang? Hah, pilih! "
"Hm..nak biy makan sayang boleh?" usik Tengku Nurfaiza sambil menahan tawanya.
"Dah berani erk. Sat lagi bila sayang balik rumah, biy terus terkam sayang," ugut Takiya Genji, miang.
"Ele, tak takut pun."
"Haha. Lawak ye. Nak mati biy gelak," sindir dia.
Dalam beberapa minit kemudian, Takiya Genji mematikan telefon diakhiri dengan ucapan sayangnya pada Tengku Nurfaiza. Anggota polis itu hanya mampu tersenyum lebar tanda suka. Haih, bahagianya hidup.
"Okay! Sekarang kena beli ayam pula. Mana nak cari bahagian..." Ketika gadis itu ralit bermonolog sendiri, tiba- tiba bahunya dilanggar oleh seseorang.
"Adeh!"
"Maaf, cu. Nenek tak sengaja," pinta nenek tersebut lalu mendongakkan kepalanya ke atas. Ketika mata mereka bertembung, Tengku Nurfaiza terkejut besar.
"Nenek!" jerit dia teruja.
Nenek Itshiko juga turut tersenyum lebar. Gadis yang telah menyelamatkan dia direnung dengan penuh rasa bersyukur. Tak sangka mereka akhirnya berjumpa jua.
"Nenek dah sihat? Bila keluar dari hospital? Pergi pasar ni, keluar dengan siapa?" soal Tengku Nurfaiza bertubi-tubi. Biasalah orang pompuan. Banyak cakap.
"Nenek dah sihat. Alhamdulillah. Nenek baru je keluar hospital 3 hari yang lalu. Pergi pasar pun dengan bodyguards nenek je," jujur Nenek Itshiko menjawap.
Sesaat, Tengku Nurfaiza tersengih comel. Memang dah agak wanita tua di hadapannya itu memang bukan spesies calang-calang orang.
Nak pergi keluar pun siap ada bodyguards bagai.
"Ohhh ye ke?" senyum dia.
"Ya. Ni nenek tanya. Cucu nama apa? Asyik berborak je. Takkan tak nak bagitau nama," usik Nenek Itshiko.
"Eh, ya tak ya pulak. Nama saya, Nurfaiza Liah," beritahu Tengku Nurfaiza tanpa memberitahu asalnya yang sebenar. Sikap rendah dirilah katakan. Puih.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomansaSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...