Ni dia author nak vroom vroom dulu. Tak faham? Ele, maksudnya orang nak membebel lah!
Okay, ada tak sesiapa yang tak faham apa tu pedang samurai? Maybe ada maybe tak. So, berdirinya author kat sini kerana ingin menegakkan sudu yang bengkok! Bukan bongok lah! Bengkok. Maksudnya nak tegakkan keadilan.Muahahah.
Pedang samurai tu pedang lah. Yes, we know benda tu pedang cause dari kecik tengok filem Malaysia akan ada some pelakon Malaysia kata "Eh, mana samurai aku?"
Maksudnya dia tengah cari pedang dia. Rasanya orang yang lebih banyak main free fire or pubg akan lebih memahami apa maksud pedang samurai.
Okay, anak-anak sekalian. Kalau tak tahu kenapa baru sekarang tanya?! Dari first book author guna pedang samurai, ingatkan semua korang fahamlah. Sabo ni sabo. Mak cik memang marah kalau ada orang tak reti nak berbaris masa nak membeli makanan. Apa kaitan?
Okay, author gurau erk. Macam ni. Meh author explain betul-betul. Samurai sebenarnya bermaksud pemegang pedang dan pedangnya pula bernama katana.
Meaning to say, dua-dua pun boleh pakai sebab katana memerlukan samurai dan tanpa samurai takkan orang nak pegang katana yang tajam tu? So, pendek kata diorng prlukan sesama sndri sprti author memerlukan korang. Ciaaaaa kepala otak author je berangan lebih.
____________________________
Kami terduduk mencari nafas . Dia kepenatan melawan musuh-musuh yang datang menyerangnya secara beramai-ramai. Kelibat Tengku Nurfaiza sejak tadi masih hilang dan dia bertekad ingin mencari gadis itu.
Semasa dia ingin bangkit, datang lagi sebuah kereta ke arahnya. Kami mengeluh kasar lantas dia membuka kekudanya.
Ketika itu, ramai yakuza bertatukan pedang samurai dan naga keluar daripada kereta tersebut bersama pistol di tangan masing-masing. Riwayat Kami harus ditamatkan segera memandangkan lelaki itu tetap setia pada Tazaki Genji.
Belum sempat peluru dilepaskan, tiba-tiba kedengaran sebuah jeritan nyaring dan serentak itu beberapa yakuza yang sedang memegang pistol, rebah bersama darah di kepala.
Kami menoleh ke belakang lalu dia melihat abang kembarnya serta Honey tak putus-putus daripada melepaskan tembakan.
"Lambat!" keluh dia sambil duduk di atas lantai semula. Peluh di dahi dikesat kasar seraya melihat musuh-musuhnya jatuh satu-persatu.
Pada masa yang sama, Tazaki Genji datang dengan larian yang pantas lalu dia melompat ke atas bumper kereta. Tangannya yang sedang mengenggam pisau belati dilemparkan ke arah salah satu kepala musuh yang sedang menyerang ke arah mereka.
Melihat kedatangan Tazaki Genji, mereka segera mengundur lantas masuk ke dalam perut kereta. Raja sudah mari, mampuslah korang.
Niat ingin melarikan diri tetapi tiba-tiba tayar kereta mereka bocor akibat ditembak oleh Mika.
Dahlah berani serang adik aku!
"Asal tak jalan lagi?!!" jerit salah seorang daripada mereka. Dia melihat Tazaki Genji perlahan-lahan menuju ke arah mereka dengan wajah yang bengis.
"Jalan lah bodohhh!!!" desak mereka lagi. Masa semakin bergerak ke hadapan dan mereka mampu melihat Tazaki Genji sudahpun mendekati mereka.
"Kunci pintu!! Kunci!!"
Bammmm!!
Tersentak mereka apabila melihat cermin hadapan kereta telah pecah akibat ditumbuk berkali-kali oleh Tazaki Genji. Tahulah mereka perangai setan lelaki itu sudah muncul.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...