City of stars
Just one thing everybody wants..Tengku Nurfaiza duduk termenung seraya mendendangkan lagu kegemaran mereka berdua. Sudah sejam Tazaki Genji meninggalkannya. Apa pula khabar lelaki itu di sana? Mati atau hidup? Dipenggal atau disiat kulitnya?
"Faiza..." seru Putri Risha lembut. Tengku Nurfaiza menghela nafasnya lalu perlahan-lahan menoleh ke arah Putri Risha. Sebaik sahaja dia berpusing, kerutan jelas terpamer pada dahinya apabila melihat figura Alex yang sedang berbual dengan Triple Ko.
"Kenapa diorang masih kat sini?" soal Tengku Nurfaiza, ragu-ragu. Dia mulai tidak sedap hati.
"Hmmm.. Benda ni lah kak long nak bincangkan," tutut Putri Risha, perlahan.
Dada Tengku Nurfaiza berombak kencang. Tajam matanya merenung ke arah Putri Risha yang cuba untuk menuturkan sesuatu.
"Apa kak long? Bincangkan pasal apa? Kenapa diorang masih kat sini? Ataupun diorang dah batalkan pertarungan tu?" soal Tengku Nurfaiza bersama wajah yang mengharapkan pengharapan.
Putri Risha hanya mampu tersenyum tawar. Tekaan adik iparnya itu sama sekali tidak benar. Tazaki Genji sudah lama pergi. Pergi meninggalkan mereka mafia sekeluarga.
"Faiza, Genji hmmm.."
"Kenapa dengan suami Faiza, kak? Jujur dengan Faiza."
"Dia tak suruh kitorang ikut," akhirnya Putri Risha berkata terus-terang jua.
Sejurus mendengar bicara kakak iparnya, Tengku Nurfaiza ingin menangis. Hatinya benar-benar berasa sakit dan pada masa yang sama agak terkejut.
Terasa ajal Tazaki Genji semakin dekat. Bagaimana lelaki itu ingin menentang Narumi jika Rikito dan Kaizo terlalu setia pada ketua mereka itu? Kehadiran tiga makhluk neraka tersebut sudah cukup menggugat empayar besar milik suaminya.
"Ke..kenapa macam ni? Eisk..eisk..kenapa sanggup tipu Faiza?" rintih Tengku Nurfaiza. Dia sudah penat ingin menjerit bagaikan histeria. Apakah yang ada dalam fikiran Tazaki Genji sehingga terfikir untuk tidak ingin meminta pertolongan daripada empayar Tengku Fazril?
"Faiza, dengar sini sayang. Ini bukannya kehendak kami. Genji yang nak macam ni. Genji tak nak libatkan kita sekeluarga. Katanya, ini adalah tanggungjawap dia sebagai ahli keluarga dalam rumah ni. Dia tak nak kehilangan Faiza atau satupun daripada kita," jelas Putri Risha panjang lebar.
Bagi ia, jasa Tazaki Genji sungguh besar. Meskipun lelaki itu boleh dikatakan spesies kejam tapi masih ada ruang di hatinya untuk berkelakuan baik. Dia masih ingat bahawa suami kepada adik iparnya itu pernah berjanji untuk taat setia kepada mereka sekeluarga walaupun statusnya sebagai yakuza daripada Jepun.
Tengku Nurfaiza semakin menangis teresak-esak. Tubuh moleknya ditarik ke dalam pelukan Putri Risha buat beberapa minit.
"Faiza tak nak kehilangan dia.." ngongoi Tengku Nurfaiza. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berharganya Tazaki Genji di mata ia. Tak kesahlah orang nak kata apa pasal lelaki itu. Gila? Kejam? Teruk? Persetankan semua itu! Dia tahu kebaikan suaminya.
"Tak semua benda kita kena faham. Pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat," pujuk Putri Risha bersama ayat yang sungguh dalam. Belakang tubuh wanita itu ditepuk perlahan agar dia mampu bertenang.
Dari jauh, Alex dan Triple Ko hanya menjadi penonton. Mereka saling berpandangan buat seketika.
"Aku tak tahu apa benda yang Genji cuba fikirkan," luah Ciko, mendatar.
"Setiap orang yang kenal dengan kita, terhegeh-hegeh nakkan pertolongan daripada kita. Tapi dia tak nak. Mustahil dia boleh menang," komen Riko pula.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...