"Baiklah, saya percaya. "
Serentak itu, Takiya Genji menarik nafas lega perlahan lalu tersenyum sumbing. Hehehe.. Selamat duit dia ye.
"Tapi kenapa saya tak pernah dengar atau tahu sebarang khabar berita mengenai perkahwinan kamu berdua ?" Ketua Razzher Azz tak putus-putus memberi soalan KBAT.
"Erhhh tu sebab kitorang tak nak sebarkan. Yelah, kitorang berdua kan famous meletop kebaboom macam tu. So, mesti ramai yang nak bawa mulut, "bohong Takiya Genji lagi.
Perasan famous betul. Entah-entah jiran sebelah rumah dia pun langsung tak kenal dia.
Tengku Nurfaiza yang masih berada di dalam pelukan lelaki tersebut, hanya mampu berdiam diri. Lidahnya seolah-olah kelu ingin berbicara apabila melihat wajah mulus Takiya Genji secara dekat.
Gulp!
"Kau jangan berani nak pandang aku macam tu. Kang aku cium bibir kau kat sini, "bisik Takiya Genji selamba. Buat seketika, Tengku Nurfaiza tergamam.
Mak aih, dia perasan pulak.
"Okaylah kalau macam tu. At least, saya dah ada jawapan untuk diberikan kepada ketua Terengganu nanti. Next time jangan buat kat office ye. Rumah kan ada, " pesan Ketua Razzher Azz bersama sedikit usikan.
"Hehehe... " Sesetengah daripada mereka hanya mampu tersengih lebar. Perlahan-lahan mereka menghantar kelibat ketua polis itu hanya dengan pandangan mata sahaja.
Selepas memastikan figura ketua Razzher Azz hilang dimakan masa, Tengku Nurfaiza terus sahaja menyepak bahagian celah kelangkang Takiya Genji sehingga lelaki tersebut menjerit kesakitan.
"Sakit, sial! Kau pehal tendang telur kesayangan aku?! " herdik dia, selamba.
"Pehal kau kata?! Kau sape nak sentuh aku huh?! "
"Amboi, amboi, amboi. Dasar minah tak reti nak kenang budi! Kalau aku tak tolong kau, dah lama kau nenganggur tau! Pendek akal! " ejek Takiya Genji sambil menahan kesakitan.
Buat pertama kalinya, Tengku Nurfaiza terdiam memikirkan semula akan kata-kata lelaki itu.
Ada betul juga cakap mamat ni.
"Nyesal jugak aku tolong kau ye," luah Takiya Genji sambil menguak kasar rambutnya ke belakang. Daripada terus melihat wajah musuh ketatnya, baik dia blah secepat yang mungkin.
Bukan apa. Semak doh!
Namun, belum sempat dia melangkah pergi, tiba-tiba sahaja nama uniknya disebut kuat oleh Tengku Zamil.
"Kamu nak pergi mana? Saya takkan biarkan kamu keluar daripada rumah ni tanpa bertanggungjawap. " Suara Tengku Zamil menghalang niat Takiya Genji daripada terus beredar.
"Tanggungjawap apa pulak ni pak cik? Saya tak buat apa-apa pun, " jawap Takiya Genji malas.
"Tak buat apa-apa? Kau dahlah selamba badak peluk adik aku. Tu yang kau kata takde apa-apa?"sampuk Tengku Haikal sedikit geram.
"Eh, peluk je pun. Tak ngandung en? Ada kau nampak perut dia tengah membesar macam pompuan mengandung sembilan bulan ke? "Jawap Takiya Genji bengang.
"Sial!" Tengku Haikal menggenggamkan penumbuknya lalu ingin dilayangkan pada wajah Takiya Genji tetapi sempat dihalang oleh Tengku Lily.
"Angah! "
"Budak ni berani nak tunjuk pailang kat angah!" bentak Tengku Haikal dalam kemarahan."Sudah! Mummy bukannya nak dengar pergaduhan antara kamu semua. Mummy nak kes ni diselesaikan sekarang jugak! " tekad Tengku Lily, garang.
"Dah selesai pun en? Apa lagi yang korang tak puas hati erk? Dahlah. Takiya Genji nak balik dulu. Lapar. Blah," tutur dia lalu beransur balik bersama riak wajah yang kelat.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...