Padang besar tanpa sebarang rumput itu dipijak sewenang-wenangnya oleh ramai manusia. Begitu banyak percikan darah yang berada di merata-rata tempat tanpa diendahkan oleh seorang pun manusia.
Bunyi pedang yang saling berlaga kedengaran begitu indah dan agak mengilukan. Jeritan kesakitan turut begitu mengasyikkan bagi mereka semua.
Pembunuhan demi pembunuhan telah berlaku. Namun, ia adil apabila kesemua mereka hanya menggunakan pedang samurai dan bukannya senjata api. Di suatu tempat yang agak jauh sedikit daripada medan pertempuran, Kaizo menoleh ke arah Rikito yang masih setia dengan payung hitam kesayangannya.
Seperti biasa, riak wajah lelaki itu kelihatan kosong. Sekilas, pandangan Kaizo jatuh ke arah figura Narumi yang sedang elok menjamu telur rebusnya seraya bertepuk tangan mengejek Suzuran terutama sekali Tazaki Genji.
"Narumi.." panggil Kaizo, tenang.
Narumi tidak mengendahkan panggilan orang kanannya malah meneruskan suapan ke dalam mulut.
"Tazaki bersusah payah datang kat sini. Asal kau tak lawan dengan dia je terus?" soal Kaizo berani mati.
"Kau tak matang lagi dalam dunia kejam," balas Narumi, sinis.
Kaizo terdiam. Kata-kata Narumi begitu menghairankan walaupun ayatnya tak seberapa mendalam.
"Apa maksud kau? "
"Kau akan tahu nanti," balas Narumi acuh tak acuh.
Kaizo menghela nafas dengan berat. Pandangannya dilontarkan ke arah Suzuran yang sedang tekun bertarung nyawa demi sebuah kejayaan yang sememangnya tak berguna di dalam dunia mahupun di akhirat.
"Araaaaaaa!!" jerit Makise kuat.
Sejurus mendengar jeritan Makise, Kami menolak kuat kepala lelaki itu sehingga Makise mengerang kesakitan. Dah kenapa main tolak pula ni?
"Kau asal sial?!" maki Makise, bengang .
"Araaa araaa..kepala hotak kau araa! Ingat kita tengah buat scene crow zero fighter ke?!" herdik Kami, serius.
Makise menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah.
"Lantak akulah! Tak boleh ke aku nak tiru watak ketua yang ada dalam filem tu?!" rajuk Makise sambil menumbuk wajah musuhnya.
"Korang nak bergaduh ke nak fokus weh?!" sampuk Mika yang datang bersama Tokio. Kedua-dua jejaka tampan itu menyepak musuh mereka pada masa yang sama.
"Lap sikit darah yang ada kat dahi kau tu. Tak cool langsung!" tegur Tokio pada Izaki yang baru sahaja selesai mematahkan tubuh pihak lawannya.
Kelima-lima jejaka itu saling menyeka darah yang ada pada wajah masing-masing lantas meneruskan semula perlawanan mereka.
Di sebelah hujung sana pula, Honey dan Satsuna tak putus -putus daripada mengeluarkan 'kelakian' masing-masing. Honey dengan bijaksananya dan Satsuna dengan egonya.
"Menghinakan!!" tengking Satsuna sambil melibas pedangnya ke arah kepala Honey. Mujur Honey sempat mengelak dan disebabkan itu libasan tersebut terhiris pada rambutnya.
"Wo wowww!! Aku paling pantang ada beruk sentuh rambut aku!" Tajam anak mata Honey merenung bebola mata Satsuna. Kelihatan riak wajah perempuan itu sungguh angkuh.
Rasa nak bagi penamporrrr.
"Tu baru sikit, Edeline Honey!" ejek Satsuna yang sengaja ingin menyebut nama panjang musuhnya.
Honey terkesima sebentar. Sudah lama nama sebenarnya tak disebut semenjak kematian ayahnya, Tazaki. Tanpa dipinta, ingatan ia terimbas semula pada persahabatan Suzuran dan The Housen. Betapa rapatnya mereka dahulu sehinggalah Dark Lork datang menghancurkan segala-galanya.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomansaSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...