Bab 44

13.3K 750 100
                                    

Rumah bak istana ketua yakuza itu dihancurkan sepuas hati bersama perasaan amarah yang kian berkecamuk. Sekumpulan yang turut berstatus yakuza tersebut membelasah setiap pelindung rumah Tazaki Genji.

"Hei, kau tak rasa benda ni salah ke?" soal si dia.

"Salah? Tak! Kita ada hak untuk tentang cara dia!" jawap rakannya. Tengah seronok menghancurkan setiap sudut rumah agam tersebut, pergerakan mereka terbantut apabila terdengar bunyi sedas tembakan dilepaskan.

Keempat-empat lelaki itu terus sahaja menoleh ke arah Tazaki Genji yang sedang menuju ke arah mereka bersama tangan di dalam poket manakala kaca mata hitamnya setia terletak di mata.

"Tazaki Genji! Apa khabar? Seronok khianati kumpulan kita?" sindir Tokio sinis.

Tazaki Genji hanya berdiam diri. Bebola matanya melirik pada setiap bahagian sudut rumahnya. Setengah daripada ia dah hancur.

"Aku dengar kau simpan pompuan tu kat sini. Kau dah mulai sayang kat dia en? Kau dah lupa ke siapa yang dah bunuh Tuan Besar?!" marah Makise merujuk pada ayah Tazaki Genji.

Kelihatan lelaki itu masih berdiam diri. Di belakangnya terdapat beberapa lelaki sado yang lengkap berpakaian sut hitam sambil mengacukan senjata ke arah mereka berempat.

"Tamao Serizawa!" panggil Tazaki Genji. Dalam banyak-banyak pengikut setianya, hanya Tamao Serizawa sahaja yang sebijik berperangai sepertinya. Sebab tu dia lebih senang memberikan arahan pada lelaki itu suatu ketika dahulu.

Namun, mereka telah merasakan Tazaki Genji sedang mengkhianati mereka dengan menikahi Tengku Nurfaiza.

Tamao Serizawa menghisap rokoknya lalu dihembuskan ke udara secara perlahan-lahan. Wajah ketuanya dipandang dengan riak wajah yang kosong.

"Korang datang kat rumah aku tanpa sebarang izin. Lepastu nak serang aku secara tertutup macam ni. Dah lupa ke siapa aku?" Tazaki Genji mengambil sebuah kerusi lalu duduk di atas ia.

Wajah satu persatu orang-orangnya dipandang silih berganti.

"Kau yang khianati kitorang dulu," sampuk Izaki setelah lama berdiam diri. Mereka merengus geram kemudian.

"Aku dah kata." Tazaki Genji mencerlung tajam ke arah mereka.

"Segala yang aku cakap, segala yang aku arahkan dan segala yang aku buat, ada sebabnya. Kenapa berani nak tentang aku?!" Serentak itu, Tazaki Genji menghumban kerusinya ke arah mereka berempat.

Nasib baik mereka sempat mengelak. Kang tak pasai-pasai kena kepala.

"Hoiii!! Agak-agaklah nak baling kerusi kat kitorang! Takde benda yang lebih sakit ke daripada kerusi ni?" sindir Makise. Mendengar bicara Makise, membuatkan Tokio mengerutkan dahinya.

"Apa benda yang kau cakap ni?" bisik Tokio. Buat malu aku je.

"Entah. Aku pun tak tahu. Arghh, lantaklah!"

Semasa mereka sibuk berbisik, tiba-tiba Tamao Serizawa melemparkan putung rokoknya lalu menerjah ke arah Tazaki Genji tanpa sebarang amaran.

Senyuman sinis terbit daripada bibir Tazaki Genji apabila melihat Tamao Serizawa melepaskan tumbukannya ke wajah dia.

Yang lain sudah terdiam. Hanya mampu melihat Tamao Serizawa menyerang Tazaki Genji secara bertubi-tubi sambil dielak serta ditangkis hebat oleh lelaki itu.

Mereka tahu mencari nahas pada Tazaki Genji seolah-olah mencari maut padanya. Takde siapa yang mampu menandingi kehebatan dia melainkan seseorang yang turut bergelar yakuza di Jepun. Musuh ketat Suzuran.

Dalam beberapa minit bertarung, akhirnya Tazaki Genji menamatkan pertarungan tersebut dengan melepaskan tumbukan terhadap perut Tamao Serizawa sehingga orang kanannya itu terdorong ke belakang.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now