"Awak tak ingat apa-apa sepanjang kejadian tu berlaku? " Tengku Nurfaiza merenung ke arah Koperal Haznani dengan penuh tanda tanya.
Oleh disebabkan gadis itu merupakan satu-satunya anggota polis yang masih hidup selepas kejadian tersebut, Tengku Nurfaiza mengambil ikhtiar dengan bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai kes di kilang lama.
"Tak. Saya minta maaf puan. Tapi saya memang tak ingat langsung. Pandangan mata saya terasa kabur masa tu, " beritahu Koperal Haznani.
Dia berasa sedikit hampa apabila gagal memberi jawapan yang sememangnya diharapkan oleh ketuanya.
"Hmmm.. Nevermind. Saya cuma berharap awak dapat ingat tentang kejadian tu walaupun sedikit," luah Tengku Nurfaiza ,jujur.
"Maaf sebab dah hampakan puan."
"Takpe, awak boleh sambung kerja awak semula. Bila awak dah ingat, awak boleh cari saya, " ujar Tengku Nurfaiza.
Koperal Haznani tersenyum pendek seraya menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Baik puan! "
______________________________
Takiya Genji duduk di atas sofa buruknya sambil menghubungi seseorang yang telah lama ia tinggalkan. Bukan itu yang dia nak tetapi dia harus menyelesaikan apa yang wajib diselesaikan di negara ini.
"Dia...marah kat aku? Sebab kahwin dengan adik Xender? " soal Takiya Genji, tenang.
"Hmmmm... " Tokio hanya mampu mengeluh berat. Sekilas, dia menoleh ke arah Serizawa yang sedang termenung sambil memegang rokok. Kalau dah stress tu, merokok jelah yang diorang tahu.
"Kau dah gila ke? " Izaki merampas telefon tersebut daripada tangan Tokio.
"Tak, " kata dia sepatah.
"Lebih baik kau pulang kat sini sekarang. Lupakan semua yang dah pernah berlaku, " desak Izaki.
Takiya Genji hanya berdiam diri. Sesaat kemudian, dengan kurang ajarnya, dia mematikan panggilan tersebut.
"Arghh! Sial punya makhluk! Menyesal aku kenal dia! " ujar Izaki, geram walhal kata-katanya sedikit pun tidak benar.
"Lek arh. Kitorang dah nampak bini dia. Lawa. Comel-comel orangnya, " puji Kami seraya bermain catur bersama abang kembarnya.
"Lawa ke comel ke, tu bukan persoalannya! Dia kena balik sekarang juga, " marah Tokio.
Namun, secara mengejut Serizawa bangkit daripada sofa lantas memandang ke arah siling.
"Biarkan dia. "
"Serizawa... "
Tamao Serizawa hanya sekadar berdiam diri. Sesaat itu, dia menghela nafas panjang lalu beredar meninggalkan mereka semua.
_____________________________
"Ap.. Api.. Api!! Apii!! Tolongg!! Ardiel!! Jangan tinggalkan aku!! "
"Jangan.. Jangan.. Api... Arghhh!! "
"Faiza!!! " Putri Risha menjerit kuat sambil menggoncang-goncangkan tubuh Tengku Nurfaiza. Nampaknya gadis anggun itu sedang meracau dalam tidurnya.
Mujur, sahaja Putri Risha tidak terlalu terkejut ketika sedang memandu keretanya. Kalau tak, dah lama terbabas.
"Faiza, bangun!! "
"Ardiellllll!!! " jerit Tengku Nurfaiza sekaligus bangkit daripada tidurnya. Kelihatan, dia tercungap-cungap mencari nafas serta wajahnya bertukar pucat.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...